Sekiranya anda tertanya-tanya apa itu permainan Cashflow 101, berikut adalah sedikit penerangan untuk anda:

1. Rat Race
2. Kad Small Deal
3. Kad Big Deal
4. Kad Market
5. Kad Doodads
6. Fast Track
7. Financial Statement
Matlamat utama permainan ini adalah anda perlu keluar dari Rat Race dan masuk ke Fast Track seterusnya menamatkan permainan. Kira-kira 80% masa permainan ini dihabiskan dalam Rat Race, di mana anda berpeluang belajar membina passive income, portfolio income selain active income anda yang sedia ada melalui Small Deal & Big Deal yang merangkumi urus niaga perniagaan, hartanah dan saham. Bukan itu sahaja, malah anda boleh dipecat kerja dan mendapat anak juga.
Manakala kad Market pula adalah sesuatu yang berada di luar kawalan anda seperti pengumuman kenaikan interest, ada orang sedang mencari hartanah, perniagaan yang ingin dibeli dan sebagainya. Umpamanya anda mendengar si anu ingin membeli rumah, tetapi dalam dunia sebenar, adakah anda sudah mempunyai sebuah rumah untuk dijual kepadnya?
Manakala kad Doodads adalah kad-kad liabiliti dan perbelanjaan sehari-hari dan dalam permainan ini anda akan belajar bagaimana anda seharusnya mengawal perkara sebegini dengan memahami fungsi financial statement.
Apabila anda sudah melepasi Rat Race, anda sebenarnya sudah mempelajari banyak perkara dan thrill permainan Cashflow 101 telah sampai ke penghujungnya. Di sini anda akan melihat dunia dari sudut yang lain pula kerana Small Deal, Big Deal, Market dan Doodads sudah tidak ada kesan lagi kepada anda kerana anda sudah memasuki padang permainan yang lebih advance.
Walaupun anda tidak bermimpi untuk menjadi jutawan, tetapi anda sebenarnya perlu belajar untuk membaca financial statement (Hoho, siapa yang nak jadi jutawan mestilah lagi kan…) Apabila anda sudah pandai menguruskan financial statement anda sendiri dalam permainan ini, anda boleh mengaplikasikannya dalam dunia yang sebenar. Anda akan mendapati book keeping sebenarnya tidak lah sebegitu susah. Justeru, anda seharusnya tahu untuk bertindak sekiranya duit sentiasa tidak cukup pada hujung bulan.
Oh ya, setiap permainan akan dimulakan juga dengan semua peserta akan mempunyai active income berdasarkan pekerjaan yang anda dapat, sama ada anda doktor, juruterbang, peguam, jurutera, mekanik, pemandu lori, janitor, jururawat, cikgu, pegawai polis dan sebagainya, anda akan dapati bukan pekerjaan bergaji besar sahaja yang boleh keluar dari rat race, malah seorang janitor selalunya lebih cepat keluar dari rat race berbanding seorang doktor. Yang penting anda mesti memahami prinsip-prinsip asas kewangan dan pelaburan yang dipelajari dalam permainan ini.
—————————————————————–
Sertai Bengkel Cashflow 101 dan daftar segera di http://www.BicaraJutawan.com
—————————————————————–



