Posted by pakdi on July 10, 2007 – 12:01 am
Zaman globalisasi membolehkan ramai orang jadi kaya sekelip mata. Muda-muda sudah boleh jadi jutawan. Masih bersekolah menengah lagi sudah boleh dapat pendapatan yang lumayan. Di sebalik peluang di hadapan mata ini sebenarnya juga ada persaingan yang anda perlu ketahui.
Zaman internet ini juga menyebabkan perniagaan anda sama seperti pelabur kecil dalam pasaran saham. Penglibatan anda sebagai pelabur kecil di dalam pasaran sebenarnya adalah penglibatan anda dalam pertempuran para pengurus dana professional yang mempunyai berbilion ringgit dalam akaun mereka. Pengurus dana seperti ini adalah pengurus dana unit amanah, pengurus dana pencen KWSP, pengurus dana ASB, bank-bank dan pelabur professional lainnya yang menguruskan hedge fund.
Justeru, sekiranya anda tidak mempersiapkan diri anda sama seperti mereka ada, adalah amat sukar untuk anda membuat untung dalam pasaran. Saya tahu cabaran pelabur kecil seperti kita semua, sebab itu lah saya menyediakan untuk anda seminar cara melabur seperti pelabur professional pada 28 Julai 2007 nanti.
Kerana isu tertentu seperti support & resistance amat berkait rapat dengan cara para big investor berjual beli. Pengetahuan sebegini amat penting untuk mengelakkan anda kerugian dengan lebih banyak di dalam pasaran.
Zaman Informasi: Persaingan secara Global
Perubahan zaman menyebabkan peluang dan cabaran perniagaan semakin hebat. Anda juga sebenarnya bersaing dengan syarikat global sama seperti keterlibatan anda dalam dunia saham. Apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat yang besar sebenarnya mempunyai banyak pengaruh dalam perniagaan anda. Isu harga, customer service, marketing, pengiklanan dan lain-lain akan menentukan bagaimana pelanggan berurusan dengan anda kelak.
Namun, ramai daripada anda tidak menyedari hakikat ini apabila anda melangkah ke dunia perniagaan. Anda fikir mereka tiada kaitan dengan anda. Sedangkan anda sebenarnya bersaing secara langsung dan tidak langsung dengan syarikat-syarikat tersebut.
Read More »
Share This
Posted by pakdi on July 9, 2007 – 2:10 pm
Tauke Visi Optometri kata salah satu cara nak atasi masalah dalam partnership adalah penubuhan syarikat Sdn Bhd. Tapi saya lebih suka, kalau baru nak bermula lebih baik jangan terus buat Sdn Bhd. Mula je berniaga cara koboi, lepas tu daftar sole proprietor lepas tu buat associates lepas tu boleh tubuhkan perkongsian yang serius seterusnya kepada syarikat Sdn Bhd.
9/10 perniagaan akan lingkup pada tahun yang pertama, jadi kalau nak lingkup pun biarlah terlungkup dengan tidak berkos
kalau ada kos pun, tidak tinggi.
Business Partner
Susah nak carik business partner yang baik. Business partner yang baik bukan semestinya kawan baik, bukan semestinya isteri dan bukan semestinya ahli keluarga. Barangkali mencari business partner susah nya macam nak cari sleeping partner jugak. Hee Hee… (En. Aku, adakah ia lucah?)
Associateship
Associates selalunya digunakan untuk perniagaan yang berbentuk sementara atau on project basis. Justeru, modal tidak dikeluarkan untuk keseluruhan perniagaan, tetapi hanya untuk projek tersebut sahaja. Untung / rugi pun tidak dikira pada akhir tahun akaun kira-kira syarikat, tapi sejurus selepas habis projek tersebut. Kalau partnership, setiap partner perlu keluarkan modal, maka secara automatik untung rugi dan liabiliti akan ditanggung bersama.
Firma guaman, arkitek, jurutera, akauntan dan kerjaya professional lainnya banyak mengamalkan associateship. Firma Tetuan Pakdi & Makdi ada ada 3 orang partners, dan 8 orang associates dan 15 orang pekerja.
Kenapa associates?
Read More »
Share This
Posted by pakdi on July 8, 2007 – 1:51 am
Nak berniaga ni, selalunya ada 3 masalah.
1. Ada idea / peluang, modal tiada.
2. Tiada idea / peluang, modal ada.
3. Tiada idea / peluang, tiada modal. Kalau anda termasuk dalam kategori ni memang anda kena belajar banyak lagi pasal perniagaan. Sebab selagi mana manusia wujud, selagi tu ada peluang perniagan.
Jadi, mari kita lihat fenomena yang sering berlaku, ada idea / peluang tapi modal tiada dan sebaliknya.
Bila masalah sebegini timbul, selalunya perniagaan berbentuk perkongsian (partnership) akan diwujudkan. Kalau tidak timbul masalah sebegini, selalunya perniagaannya akan berbentuk sole-proprietor. Sebabnya dia ada modal sendiri, dia ada idea sendiri.
Read More »
Share This
Posted by pakdi on July 4, 2007 – 10:12 am
Penjual kotak dan penjual masa tidak ditentukan oleh pendapatan. Ia ditentukan oleh bagaimana mereka bekerja. Penjual masa perlu menggunakan banyak masanya sendiri untuk bekerja, penjual masa tidak boleh digantikan dengan penjual masa yang lain, dan penjual masa selalunya menjual dirinya sendiri.
Tetapi penjual kotak tidak begitu. Penjual kotak mencipta sistem. Penjual kotak membina aset yang boleh djual beli. Penjual kotak mengeluarkan produk. Penjual kotak tidak perlu menjual dirinya sendiri. Penjual kotak boleh mengupah orang lain untuk menjual kotak-kotaknya.
Siapakah penjual masa?
Penjual masa adalah konsultan, peguam, doktor, akauntan, pensyarah, jurutera, speaker, motivator, ejen insurans, ejen saham amanah, jurujual, fashion designer dan sebarang kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Dalam erti kata lain, he is a professional!
Read More »
Share This
Posted by pakdi on July 3, 2007 – 11:54 am
Optimus Prime…! Bumblebee…! Megatron…!
Kanak-kanak generasi 80-an adalah antara golongan yang paling teruja menantikan filem arahan Michael Bay ini masuk panggung. Memori menonton kartun Transformers 20 tahun yang lalu kembali ke ingatan. Ya, saya antara kanak-kanak 80-an yang menjadi sasaran mereka untuk masuk panggung menonton filem ini.
Transformers adalah contoh “sell the box” atau pun “work on your business”.
Kartun yang bertemakan “Robot in Disguise” mula ditayangkan pada tahun 1984, dan mulai saat tersebut Hasbro telah meraih berjuta-juta juta-juta dollar keuntungan hasil dari royalti penjualan permainan Transformers, majalah, animasi, filem dan pelbagai lagi produk Transformers.
Read More »
Share This