Anda barangkali tidak berniaga kerana fear of rejection. Anda takut untuk ditolak. Anda takut untuk gagal. Anda takut untuk tidak diterima.
Lelaki yang macho adalah lelaki yang memulakan langkah untuk mengurat awek idamannya. Ho ho ho…
Ya, sekiranya anda adalah wanita, cuba tanya suami, tunang, kekasih anda, “Kanda dulu ngurat dinda tak tebal muka ke?”
Andainya suami, tunang, kekasih anda itu tak tebal muka mengurat anda, anda rasa adakah itu pasangan anda sekarang?

Perniagaan memerlukan anda tebal muka, tak tahu malu dan buat bodoh je. Anda malu nak jumpa more people, make more call, make more appointment, make more sales. Betul, dari 10 sales call yang anda lakukan, barangkali hanya 1 yang closed sales. Jadi, untuk mendapatkan 10 sales, secara logiknya anda perlu buat 100 sales call, satu perkara yang memalukan bagi ramai orang untuk membuatnya. Barangkali sistem pendidikan kita mengajar kegagalan itu adalah satu “kejahatan”.
Perniagaan mengajar anda, lagi banyak anda gagal maka lagi hampir anda dengan kejayaan. Believe it or not, itu lah hakikatnya. Anda yang takut dengan kegagalan - fear of rejection - bermaksud anda tidak faham sesungguhnya kegagalan adalah satu proses.
Apabila disebut kegagalan adalah satu proses, maka anda perlu menghadapinya. Tiada short cut. Anda mesti merasai kegagalan. Anda pasti jatuh jua satu hari nanti. Anda confirm akan rugi juga kelak. Kerana ia adalah proses.
Kegagalan adalah satu fitrah. Perkara semula jadi yang pasti akan berlaku. Ia adalah ujian. Apabila anda menerima ujian kegagalan, sebenarnya anda mampu untuk mengatasinya. Apabila anda bangun dari kejatuhan itu, anda akan jadi manusia yang lebih kuat dan lebih berkualiti.
Hadapi sahaja kegagalan itu dengan tenang. Yes, it is a lot easier said than done. Tetapi mahu tidak mahu, ia adalah proses yang mesti anda tempuhi. Kalau anda mahu berjaya, face it. Don’t run.
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Al-Insyirah: 5-6)
Lawatan sambil belajar: The best teacher is Mr Mistake & Mrs Failure