Kebanyakan daripada kita hanya mengetahui mengenai Robert T. Kiyosaki daripada bukunya yang terlaris, Rich Dad Poor Dad. Ia memang satu buku yang baik. Malah ia akan jadi lebih baik kalau anda bermain Cashflow 101 & 202 ciptaan beliau sekali.
Tetapi saya berpendapat, ada buku penulisan Robert T. Kiyosaki yang lebih baik dari Rich Dad Poor Dad, iaitu:
1. Rich Dad’s Guide to Investing: What the Rich Invest in, That the Poor and the Middle Class Do Not!
2. Rich Dad’s Prophecy: Why The Biggest Stock Market Crash in History is Still Coming…and How You Can Prepare Yourself and Profit From It!
Tetapi 2 buku ini tidak sebegitu popular buku Rich Dad Poor Dad. Saya kurang pasti kenapa. Barangkali buku ini sudah menyentuh beberapa isu teknikal yang agak kompleks dan sukar difahami secara mudah. (Hm.. tapi sebenarnya ia tidak lah complicated sangat pun berbanding buku lain yang saya baca berkaitan pelaburan
)
Ataupun mungkin kebanyakan daripada kita hanya mencari satu buku yang boombastik - Bagaimana untuk menjadi Jutawan dalam masa 33 hari! (Haha… skim cepat kaya sahaja yang offer anda peluang sebegini) dan tidak mahu dan tidak rela bermula dari bawah.
Saya mencadangkan kepada anda, sekiranya anda memang serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, dapatkan buku-buku yang sebutkan di atas tadi. Buku-buku tersebut bukan yang paling sempurna (Hm… ada ke buku yang sempurna ye?) tapi setakat ini itulah buku berkaitan kewangan dan pelaburan yang menggunakan bahasa paling mudah sehinggakan orang yang tiada asas ekonomi, kewangan dan pelaburan (oh, istilah Inggerisnya - layman) boleh membacanya tanpa perlu membuka kamus istilah.
Selamat membaca!