
Cashflow 101 bukan permainan Monopoly / Saidina. Ia lebih dari permainan tersebut. Anda belajar lebih dari itu. Dalam Cashflow 101 ada amanah saham, ada fixed deposit, saham, ada perniagaan, francais, ada auction dan sebagainya. Cashflow 101 mengajar anda konsep-konsep kewangan yang kompleks & susah menjadi satu pembelajaran yang menarik dan mengujakan.
“Macam mana seorang yang bergaji rendah pun boleh mencapai kebebasan kewangan?”
Itulah jawapan yang boleh diberikan dalam bengkel Cashflow 101 nanti. Ia memberikan asas yang baik untuk anda bermula. Anda akan mempelajari sesuatu yang anda anggap sebagai aset selama ini bukanlah aset dalam erti kata yang sebenar.
“Ya, dia orang kaya kerana kereta nya besar, rumahnya besar, maid nya besar, set golfnya besar, dan segala-galanya besar.”
Sekiranya anda memikirkan itulah maksud orang kaya, maka anda telah melakukan kesilapan kerana ada perkara asas yang begitu penting yang anda mesti tahu terlebih dahulu.
Ya, sesi Cashflow 101 semalam menunjukkan sekali lagi betapa pentingnya konsep sedekah diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat serta konsep rezeki anak sebagai pedoman.
Zakat diberikan mengikut kiraan tertentu. Tetapi sedekah anda boleh berikan pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. More you give, more you’ll get back. Syaratnya anda mesti ikhlas. Ganjaran yang pasti adalah di akhirat sana
p.s. Nantikan artikel, “Sell Box, Not Time” untuk menambah kefahaman anda tentang “Work in your business vs work on your business.”
p.p.s. Adakah anda menyedari Top Commentator sudah diubah mengikut Top Monthly Commentator? Banyak betul hadiah menanti anda ![]()
