Sebenarnya anda tidak perlu tahu secara terperinci fungsi utama pasaran hadapan seperti yang telah ditulis sebelum ini. Kalau tahu lebih bagus. Tidak tahu pun anda tetap boleh buat duit juga dalam pasaran hadapan ni. Tapi sekiranya anda memang tidak faham-faham juga apa yang sudah ditulis, saya sarankan anda hadir ke Suruhanjaya Sekuriti pada 21 Julai kelak. Mulakan dari yang asas.
Pasaran hadapan ini ibarat seperti menaiki Porsche …
.
.
.
.
.
.
dan seperti menunggang belakang seekor harimau kalau anda rugi

Saya hanya ingin berkongsi satu kaedah saja di sini untuk membuat duit di pasaran hadapan. Oh ya, untuk maklumat anda, pelabur kecil di Malaysia hanya memasuki KLCI Futures, CPO Futures dan Single Stock Futures (produk ini tidak mendapat sambutan)
Saya gunakan pasaran Crude Palm Oil dalam contoh ringkas ini:
Bullish market
Anda berpandangan harga kelapa sawit mentah (CPO) akan naik 6 bulan akan datang, maka anda beli (long) satu lot kontrak FCPO. Satu mata dalam pasaran FCPO bernilai RM 25.
Long 1 @ 2300.
Contoh FCPO (Long Position)
| Harga Tutup | Untung / (Rugi) RM | Untung /( Rugi) Terkumpul (RM) | |
|---|---|---|---|
Hari 1 |
2280 | (500) | (500) |
| Hari 2 | 2301 | 525 | 25 |
| Hari 3 | 2340 | 975 | 1000 |
| Hari 4 | 2370 | 750 | 1750 |
| Hari 5 | 2355 | (375) | 1375 |
Pada hari ke 5 anda membuat keputusan untuk menjualnya tanpa menunggu 6 bulan lagi, maka dalam masa 5 hari anda sudah memperolehi keuntungan sebanyak RM 1375 sebelum komisyen.
Bearish Market
Anda berpandangan harga kelapa sawit mentah (CPO) akan jatuh 6 bulan akan datang, maka anda jual (short) satu lot kontrak FCPO. Satu mata dalam pasaran FCPO bernilai RM 25.
Short 1 @ 2300.
Contoh FCPO (Short Position)
| Harga Tutup | Untung / (Rugi) RM | Untung /( Rugi) Terkumpul (RM) | |
|---|---|---|---|
Hari 1 |
2280 | 500 | 500 |
| Hari 2 | 2330 | (1250) | (750) |
| Hari 3 | 2300 | 750 | 0 |
| Hari 4 | 2220 | 2000 | 2000 |
| Hari 5 | 2190 | 750 | 2750 |
Pada hari ke 5 anda membuat keputusan untuk membeli balik tanpa menunggu 6 bulan lagi, maka dalam masa 5 hari anda sudah memperolehi keuntungan sebanyak RM 2750 sebelum komisyen.
Pasaran Hadapan bukan untuk mereka yang berhati kecil
Walaupun dalam masa 5 hari anda berpeluang mendapat keuntungan sebanyak itu, (Oh ya, ada masa baik satu hari sudah untung sebanyak itu juga) tetapi ia bukan untuk anda yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan disiplin yang tinggi.
Seperti yang sudah saya sebutkan tadi, selain ia memberikan anda kepuasan memandu sebiji Porsche, ia juga boleh menakutkan anda seperti menunggang di belakang harimau!
39 Comments
pttnye bg cnth rugi sama..
kanak-kanak memang suka benda manis.
dah besar sikit baru belajar makan sayur.
aduh…… lagi fenin….
Pakdi, nanti kita jumpa ok, utk belajar lagi byk pasal saham!
fenin aje kalu pasai saham.. srh ‘akak’ sy yg kt umah tu la blajar ;p
Assalamualaikum,
Tambah sikit,Bagi saya kalau sesiapa yang pernah lihat pertarungan metador dengan seekor lembu laga yang ganas, yang ada dekat Sepanyol tuh.Aaaa…..macam tuh lah keadaannya dalam pasaran hadapan.Kalau anda pandai bermain dengan lembu laga yang ganas itu, anda akan menang.Tapi kalau tidak pandai untuk berhadapan dengan lembu tersebut.Jawabnya anda akan kena tanduk dengan lembu tersebut.Nasiblah kalau anda dapat selamatkan diri.Jadi Urusniaga ini memang sangat berisiko … Walaubagaimana pun saya tetap sukakanYA.Biarpun sudah kena tanduk banyak kali…..
Ayuh ramai-ramai kita berurusniaga disini…Kalau tak tau tanya Pakdi..hee…heee…heee.
Sekian terima kasih.
consultation caj .. hm…
nanti i koling koling u hee hee
kawan-kawan, tanya zam !
blog dia cerita gak pasal futures market
nampaknya macam paham sikit…sikit…
sikkit.. sikkit je?
soalan bisa diutarakan.
thanks pakdi.. asas sama.. tapi ini memang naik porch la.. aku naik keta wira dululah hihihi..
btw.. aku bookmark post ni..
Ada bayangan sikit… rasanya sama dgn cashflow202… kan pakdi?
futures laju, tak boleh main-main
salah terus cut loss… degil kena makan rimau le.
tk.
cashflow 202 takde pasaran hadapan. ada options je. artikel ni saja nak dedahkan pasal futures market. ramai orang tak tahu
ada syarikat broker nak taja saya tak?
bape kali ek kena mkn rimau? hmm.. ade smpai msk icu.. mujur idup lg ;p
hoho.. nk pnaja ke? jd je broker ;p
Kalau nampak Porsche tentu teringin sekali nak memilikinya, apatah lagi kalau menunggangnya. Laju jerkhh… Semua orang nak!
Tp kalau nak tunggang rimau, kena tahu caranya sesilap bleh kena baham. Paling tidak pun kena sergah & cakar. Eh, Pakdi! Sambungan pasal kenapa seseorang itu boleh kena baham rimau takde ke? Hihih…
Sorry melalut kit!
semua dia nak jadi, kesian la orang lain. jadi speaker pakdi. cr speaker pakdi. buat BJ pakdi. ajak orang gi SC pakdi. fbr pun nak jugak. hish… tamak tol
rasa orang minat cakar harimau lagi kut. hihi…
Lagi satu, pasaran hadapan bukan syariah-compliant utk sesiapa yang x tau lagik.
berikan hujah sdr
p.s. saya sudah tukar nick “seseorang ” yg sdr gunakan kepada alamat emel sdr.
Mungkin link ni boleh membantu:
Ask Scholar in IslamOnline.net
Berikut adalah penerangan dari Shariah Advisory Council, di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
FAQ dengan SAC
13. Apart from the list of Shariah-compliant securities, what other instruments are approved by the SAC?
Since the establishment of the SAC, several capital market instruments have been evaluated and approved:
1. Ordinary shares
2. Warrants/TSR
3. Call warrants
4. Non-cumulative preference shares
5. Redeemable preference shares
6. Crude palm oil futures contracts
7. Crude palm kernel oil futures contracts
8. Khazanah zero-coupon bonds
9. Index futures contracts (if the underlying is Shariah compliant), and
10. Islamic asset securitisation/Islamic debt securitisation.
Nota tambahan: Ini juga termasuk lah Single Stock Futures (SSF) sekiranya mother share adalah halal, maka SSF tersebut juga halal.
Dari Ask Scholar:
The resolution issued by the OIC Fiqh Academy continues to say that if futures are reorganized on the basis of As-Salam-type sales contract
Dari komen Pakdi:
6. Crude palm oil futures contracts
7. Crude palm kernel oil futures contracts
8. Khazanah zero-coupon bonds
9. Index futures contracts (if the underlying is Shariah compliant), and
10. Islamic asset securitisation/Islamic debt securitisation.
Kalo semuanya ikut syarat… melaburlah.
SAC merupakan shariah regulating body utk urusan sebegini di Malaysia, lebih berautoriti dari shariah advisor di bank-bank Malaysia. Justeru, apabila SAC sudah beri lampu hijau, bermaksud ia sudah menepati kehendak syara’.
berkaitan dengan isu futures trading secara umum, mmg ada khilaf di kalangan ulama’.
Em… boleh post kan x resource2 yg baik utk future market?
boleh rujuk:
1. http://malaysianfutures.blogspot.com/ - blog seorang FBR
2. http://niaga24jam.com/ - blog seorang futures trader
3. http://finance.groups.yahoo.com/group/BicaraJutawan/ - Newsletter BicaraJutawan.com : satu ebook mengenai futures telah diberikan dalam egroup ni dan bakal menyusul lagi kelak
dan http://fkli.blogspot.com/ - tak tau sape punya.
fkli.blogspot tu Chinese man nyer. lupa nama dia. dl ade je profile dia. skrg dh hide lak. dia pn futures trader gak.
perghh…selepas mendapat ikhtibar ramadhan 1428…. sy rasa mcm teruja dgn futures dan option..apa ntah lagi sambil merenung kebun kelapa sawit kepunyaan abah saya terbentang luas menghijau dihadapan mata..TAPI dengan bersyarat dulu..penuhkan ILMU dan DUIT..
sekarang dalam proses ke arah itu….doakan semoga berjaya …saya juga mahu seperti kalian semua..insya allah…
cite cite gak, baper minima bajet nak join pasaran hadapan ni pak di?1K@10K@100K?
current market situation: RM 10k.
En.Pakdi nie mst dah kaya raya main saham jer…tu lah penting nyer pngalaman..brapa lama dah yer terlibat dalam market nie??
takde lah mewah lagi. modal bukan besar lagi. kalau berminat boleh rujuk sini: Link
Teringin nak belajar.. jauh sesgt lak.. modal lak cipu ya amat..Pakdi xwat ke perkongsian trade? aharks.. (jgn mare)
Haa? 10K? besar tu.. tapi dgr crite untungpun besar..(tupun kalu pandai trade..) Suka sgt dgr org2 kita pandai dlm bab nih..
Pakdi..
Biasanya brape lama seseorg tu blajo, boleh trade sdn..? Sebab baca info yg pakdi bagi tu pun payah sgt nak faham .. (benak sgt la tu) Maaf la tanya soklan b*d*h ni..
pakdi leh tanya ada yang tawarkan khidmat melabur dalam
saham minyak sawit. (area rawang)
menyesal tak izin somie masuk cpo last year…skrang terhenggeh2 nak join..kalo tak dh balik modal…hu3
semalam naik lg RM3500 semetrik tan..adoiiiii
yup..mmg ade kat area rawang..try carik kat bandar mutiara rawang..modal dlam 5k - 10k.tapi setiap nme yg nak join, diorg kena refer ngan bank negara dulu.kalau blacklist..harap paham la, cannot join.labur dalam pasaran kelapa sawit.
aiii…penah dengar pasal cpo ni…macam interested nak join…sape2 tau how to invest in…
sesiapa berminat utk belajar trading futures (FKLI & FCPO) sila check weblog saya at http://grepstrader.blogspot.com... saya sudah trading futures market dari tahun 1995 dan masa itu ia dipanggil KLOFFE.
2 Trackbacks
[...] berisiko sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang betul. Baca kembali artikel sebelum ini: Buat Duit di Pasaran Hadapan dan tukarkan hipotesis keuntungan yang diberikan menjadi hipotesi kerugian. Anda rasa adakah anda [...]
[...] berisiko sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang betul. Baca kembali artikel sebelum ini: Buat Duit di Pasaran Hadapan dan tukarkan hipotesis keuntungan yang diberikan menjadi hipotesi kerugian. Anda rasa adakah anda [...]