Kalau anda tanya kepada saya saat ini, siapakah manusia yang paling menyusahkan hidup orang lain, maka saya akan jawab pencuri kabel telefon TM. Saya sudah “bercuti” tiga hari akibat perbuatan pencuri-pencuri ini.
Dalam masa kurang 2 minggu, sudah 2 kali mereka mencuri kabel telefon TM di kawasan saya. Harga nya di pusat kitar semula, RM 22 untuk satu kilo. Sampai operator TM sudah tahu saya sudah komplen 3x dalam masa 4 hari saya terputus capaian telefon dan internet.
Business Venture saya memerlukan saya mempunyai 2 talian telefon, 2 real time data dan 2 capaian internet broadband yang berterusan (1 utama, 1 backup). Dan barangkali 3 - 4 apabila masanya sudah tiba.
Tetapi saya baru mempunyai 2 talian telefon sahaja dan saya masih perlukan backup real time data dan sambungan internet yang lain.
Saya kini sedang meneliti plan broadband DiGi. Adakah anda mempunyai cadangan yang lebih baik sebagai backup capaian streamyx yang kini diancam dengan masalah kehilangan kabel telefon yang menjadi-jadi pula?
p.s. Jangan lupakan back-up plan untuk perniagaan anda.
15 Comments
Aku tgh tunggu Maxis broadband. Still waiting for them to install.
Lets go!
Pakdi: Me still not decide
kenapa maxis?
Saya dah guna Maxis Wireless Broadband selama 3 bulan ni.. Best.
Kini isteri saya boleh melayari internet dari ruang rehat di belakang oven di kedai saya..
Speed? Ntahla.. macam lebih kurang sama je speed ngan pc kat opis ni. Sedangkan kat kedai tu saya cuma guna pc zaman P3 je. Kira ok la untuk layan internet.
Pakdi: Testimonial utk maxis. Hehe… speed pc kat opis tu laju tak?
Cadangan saya.kalau kawasan rumah Pakdi boleh menerima ‘coverage’ 3G rasanya elok digunakan sebagai ‘backup line’. Buat masa ini hanya Celcom dan Maxis ada perkhidmatan tu. Digi dgn perkhidmatan Edge(2.5G). Mana2 antara 3 operator tu pasti menyediakan plan yg menarik.
Ada operator yg menyediakan package ‘unlimited’ semurah RM50.00 utk ‘browsing internet’ tidak termasuk call. bayaran RM50 tu tetap tiap2 bulan walau digunakan atau tidak.
Sebenarnya masalah ini bukan berlaku pada TM shj.Operator mobile pun mengalami masalah yg sama.Gangguan tetap berlaku walaupun tak guna kabel sbb dikawasan pencawang juga ada kabel spt pencuri nak.Cuma yg bagusnya keberangkalian perkhidmatan utk pulih tidak ambil masa smpai 3 hari.biasanya kurang dari 6 jam.
Cadangan lain.boleh guna servis satellite-VSAT.Fee mgkin lebih mahal tapi kelajuan pemindahan data kurang separuh dari streamyx. Kemungkinan gangguan biasanya disebabkan hujan dan equinox.
Pakdi: Terima kasih… Saya ada terdengar pasal wimax. kumbang tahu apa-apa?
Sedikit info pasal WiMAX atau Wireless High Speed Internet…
WiMAX ni sebenarnya kesinambungan atau sistem yg lebih maju dari WiFi. Kelebihan WiMAX dibandingkan dgn WiFI ialah dari segi ‘coverage’ dan kepantasan pemindahan data.
Dijangka perkhidmatan WiMAX akan berada dipasaran paling awal hujung tahun ini atau 2008. Kalau tak silap baru bulan lepas Kementerian yg berkaitan meluluskan lesen kpd 4 syarikat baru sebagai operator. Bukan TM,Celcom,Maxis atau pun DIGI.
Dengar cerita TM pun dlm proses nak majukan sistem WiFI nya dengan meluaskan ‘coverage’ ke kawasan luar. Bukan spt sekarang,WiFI hanya terhad di tempat ‘hot spot’ shj. TM risau agaknya, operator dah bertambah kenalah bersaing.
Mane tau kawasan rumah Pakdi bakal ada ‘coverage’ WiFI ni. Tunggulah nanti atau kena rajin2 pegi pejabat TM.
Pakdi: Byk tahu ek..
Pernah pakai Maxis 3G. Speed dia ok, tapi ada jugak time bila dia buat hal.
Pakdi: Lama & selalu tak dia buat hal tu? Kalau ada 2 line, better protection kot. itu purpose nya pun.
Alamak kg saya pun kena curik gak dah 2 kali. Dah seminggu xdak talian tepon.
Rasa Maxis ok la.
Pakdi: Senasiblah kita… guna broadband maxis ke?
adeh.. lahanat nye pencuri kabel..
Haha..mcm skema plak cete pasal teknologi tadi. Sket2 boleh la…sbb memang dlm bidang ni…
Pakdi: skema ka? hehe… mmg perlu ada yang mahir dalam bidang ni
Hmmm,
Rasanya, after this saya kena bagi testimoni la sama Pakdi tentang Maxis ni.
Pakdi: Sudah merasa broadband maxis yaa…
sy dah tanya celcom nya 3G. mereka kata plan unlimited berdasarkan ‘minutes’ sbg contoh amik plan C250(rm50) + plan 3G D99 rm99 = rm150-+. untuk internet browsing dah termasuk dalm pakej tu. Untuk DOWNLOAD, tidak termasuk dlm pakej tu.
walla weh…. sebulan mau spend rm150 wooo…. itu tak msk download lagi.
Pakdi: Download lain harga ka… amboih..
yaa….betoi pakdi lain harga. upload saya tatau lak lain harga atau termasuk dlm pakej.
tp lately tengok digi ngan maxis je. hehe..
Pakdi: Hm.. nanti saya cek balik. dulu pernah cek. dulu… masa awal2 dulu
kat opis ni Dell, P4 cpu 2.40Ghz, 256mb ram, network speed 100mbps
tapi camna lak aku nya p3 cabuk jenama Gateway (jenama dah pupus) internetnya sama laju je ngan kat opis ni…
Pakdi: Siapakah pakar network yang baca blog ni? dia tahu jawapannya
hehe…kenapa ek bole jadi camtu?
PC P4 + TM streamyx ???kb… vs PC P3 + Maxis broadband ???kb…
secara teori kalau speed sama,PC low spec pasti lebih slow dr PC high spec. pendapat saya, sekarang ni customer base TM net lebih ramai dr Maxis broadband dan ini yg sbbkan server TM jadi sesak dan slow.
manakala customer Maxis broadband sekarang ni kira beruntung lah sbb belum ramai lagi. akan datang?…hehe..
mmm…Maxis wireless broadband..pilihan yg baik juga tu…tapi kena pastikan ada ‘coverage’ tu…:D
Pakdi: congestion rupanya…
Hmm, maybe sbb network speed dier samer. Kiranya bottleneck dier kat network speed, so kalau pakai pc laju mana pon, still sama gak kelajuan internet tuh…
rasanyala, saya bukan pakar network.. hehehe
Pakdi: I know nothing mah… hehe
hurm…aku baru jer subscribe maxis wireless broadband… kalau tempat dapat coverage 3g(3.6 mbps) okey laju..tapi yang paling hampeh kalau coverage x der..
so bagi aku terpulang kat korang nak amik aper either maxis o celcom o digi.. tiga-3 same jer… ni penilaian aku :
Malaysia Belum cukup maju lagi dalam teknologi internet networking kot….
maxis :
good-speed bagus(3G), dapt modm, coverage 3G lebih dari
Bad- Fee mahal Tul( x berbalaoi dengan pengunaanya, coverage aku x puas ati!!!
Celcome :
good-Speed bagus (3G), fee dier berbaloi(murah siket)
Bad-Modem kena beli lain(mahal Plak tu),
Digi : aku x survey sgt pasal digi coz dier x der 3G..hehehehe
good- fee memang murah, tapi org kata edge(digi) coverage luas
Bad- Speed slow..huhuhu
One Trackback
Broadband Dilemma…
I need internet access in my house. I need broadband.
I’m interested in Jaring Wireless Broadband since I terminated my streamyx account (after more than 2 years service) due to some failures of my telephone line 6 months ago. I’m not going for…