BicaraJutawan.com terkena lagi. Dilaporkan dalam Majalah i, keluaran Julai 2007, m/s 22 bertajuk Laman Web Skim Cepat Kaya Dipantau. Terima kasih kepada sahabat BJ, Dzul, yang memberitahu melalui SMS sewaktu saya baru melakukan briefing dalam sesi khas Cashflow 101 pagi tadi.
Walaupun terdapat sedikit penerangan yang menyebut,
“Bagaimanapun terdapat diantaranya hanyalah forum bersembang seperti laman web bicarajutawan, carigold dan wangcyber.”
Tetapi ia tetap menunjukkan sifat gopoh dan kurang teliti di pihak editorial Majalah i. Saya sangkakan majalah yang menulis banyak isu mengenai persoalan tajdid dan sunnah sebegini, para wartawan dan para editor mereka akan menjadi lebih teliti berbanding wartawan dan pihak editor Utusan Malaysia.
Apalah yang boleh diharapkan lagi. Sekiranya majalah Islamik sebegini pun boleh tidak menulis berdasarkan fakta. Kalau sudah diterangkan fakta tersebut salah, kenapa perlu memetik lagi laporan tersebut?
Saya selaku founder BicaraJutawan.com telah menghubungi pihak Utusan Malaysia, dan Pusat Keselamatan Siber Malaysia dan kedua-duanya tidak mahu bertanggungjawab. Utusan kata mereka. Mereka kata Utusan.
Akhirnya, pada seminar Secret of Savvy Investor IV pada 16 Jun lalu, saya telah berjumpa dengan salah seorang pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan bersetuju untuk membantu mereka mempromosi roadshow khas untuk orang Melayu mengenai pelaburan yang sah mengikut undang-undang Malaysia.
Terima kasih Majalah i. Ini sudah kali kedua.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)
18 Comments
Ayat terakhir itu sudah cukup memberi kesan. Aku dah muak dengan berita “Copy-Paste” ini. Bila lagi kita boleh ada lidah pengarang yang tajam, setajam pejuang ilmu di masa dahulu? Semoga mereka sedar dengan situasi ini.
maksud saya berita Copy Paste tu.. oleh pihak Majalah I.. satu bumbung Karangkraf same seperti Utusan..
aiseh..tu satu company la tu.pakat2.mule2 utusan kuar,pastu majalah plak kuar,pasni kuar katne plak??alaa…biarkan je diorg tu.lame2 nanti senyap la mulut2 diorg tu..
*mungkin diorg tu jeles kot tgk kekuatan BJ n wangcyber..
saje je nak soh Pakdi buat promosi kat blog…supaya org beli majalah tu…naik sket sale bulan julai…macamane sale nak tinggi kalau editor n wartawan malas nak buat keje…fakta hentam kromo je…apela dorang ni… :-s
Rasanya memang pihak MyCERT la yang sebarkan berita ini.
Saya bagi keadaan, masa UTUSAN minta apa2 maklumat tentang pelaburan haram daripada MyCERT. Maka mereka memberikan artikel itu.
Kemudian selepas kena marah, mereka hanya tambah sahaja ayat yang Pakdi tulis itu tanpa mengedit apa2 ayat lain.(Memang pemalas)
Kemudian bila pihak editor Majalah I minta juga apa2 maklumat, jadi mereka memberikan artikel yang telah di’edit’.
Rasanya kita boleh sahaja hantar emel kepada pihak editor Majalah I.
bicara jutawan akan diblock oleh pihak kami jika ada unsur2 subversif ..harap maklum
Pakdi: Sekiranya anda benar wakil Utusan Malaysia, tunjukkan BJ bersalah kerana terlibat dalam penganjuran Skim Cepat Kaya. Kita negara ada undang-undang.
apa la mereka ni. forum bersembang yer. tu la, terlampau teliti sangat laporan tu.huhuhu
Ish3 , ada 2 hipothesis disini
1. Mereka tiad* otak
2. Mereka betul-betul jahil dan bengon*
kalau utusan malaysia kurang telus pula bagaimana?
mohon maaf secara rasmi? agak lama masa yg diambil untuk mereka membuat keputusan selepas kenyataan tempohari
Utusan Malaysia said : bicara jutawan akan diblock oleh pihak kami jika ada unsur2 subversif ..harap maklum.
Pihak kami tu nak block camner beb! Selama saya menyertai forum BicaraJutawan dan WangCyber kebanyakkan topik yang memberi kesedaran terhadap pembaca/rakyat Malaysia amnya. Contohnya mengenai pelaburan haram (HYIP, online investment) yang harus dijauhi.
Entah macam manalah pihak editor ni buat kerja ke main tumpah celup (copy-paste)/hentam kromo je.. macam dah kering idea nak buat topik lain.
agaknya utusan malaysia tu jeles sbb reader bicarajutawan lebih tinggi dari utusan malaysia…
satu peluang/promosi utk BJ, carigold, Wangcyber (dan lain-lain yg terlibat)…think at positive side pulak…mana la tau esok-esok BJ & the geng boleh beli saham utusan…. :O )
Utusan Malaysia nak block bicara jutawan?… eeeeee takut nyeeee…
Mmmm…. boleh harap ke diorang pohon maaf secara terbuka?
Kalau tak silap saya, dulu pernah mereka copy paste artikel dari blog pakdi.com; yang bertajuk “cerita adik-beradik”, sampai sekarang pun tak ada respond terbuka, kan pakdi?
Pakdi: Majalah Minda tuuu
huhuh.. sokong cakap melur tu.. macam mana kalau keadaan sebaliknya? mohon maaf secara terbuka?
Bro,sabar dan kuatkan kesabaran…
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung”. Ali Imran:200
Buta ke apa diorg ni. Main taram je.. Saman je Pak Di.
Depa nie main tangkap muat jer cerita. Bukan reti nak study dulu ka …
Susah la kalau jadi wartawan camnie…
Maknanya… kat dalam paper tue… cuma keputusan nombor ekor jer yang betul.. yang lain mengarut jer…
aku dah muak dengan dengar cerita pasal nak cari duit—–nak cari duit diinternet..tapi kebanyakkan yang dok ajar separuh jalan je…kalu nak ajar.ajarlah betoi2..
toksah dok carii duit dah jom kita rilex2…kita main tekakuiz lagi bagus ada hadiah plak tu…