Big Deal, Small Deal

Filed under Business, Cashflow Club, Investing, Personal Finance, Real Estate, Stocks


Pepatah Melayu ada menyebut:

Ukur baju di badan sendiri

Dan pepatah ini ada diterjemahkan dalam permainan Cashflow 101 apabila anda diajar mengenai konsep Big Deal & Small Deal.

Konsep ini amat baik kerana ia memecahkan persepsi anda mengenai “Nak berniaga mesti ada kedai” dan “Mahu berniaga mesti ada modal besar.”

Apa itu Small Deal?

Small Deal adalah urusan jual beli yang tidak melibatkan modal yang besar. Umpamanya membeli kaunter saham yang memerlukan modal dari RM 1000 - 5000. Pelaburan hartanah untuk rumah yang berharga kurang dari RM 100 000 - RM 150 000. Perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan dari rumah.

Konsep nya adalah, “Mulakan dengan apa yang anda ada.”

Apa itu Big Deal?

Ia adalah pelaburan yang sama tapi dengan taraf kemahiran dan modal yang lebih tinggi. Kalau anda sudah biasa membeli saham-saham dengan modal di bawah RM 5000 dan membuat untung, maka sudah tiba masanya anda membeli saham-saham dengan modal RM 50 000 dan ke atas pula.

Kesilapan biasa pada pemikiran kita

Ramai daripada anda menjadi payah dan liat untuk berniaga atau melabur apabila mereka memandang pada sudut big deal sahaja. Anda sering berfikir untuk mahu mula berniaga itu mesti mempunyai kedai, pejabat dan pekerja.

Pada peringkat awal, ia tidak perlu begitu. Cari peluang perniagaan dan peluang pelaburan yang sesuai dengan kemahiran dan modal yang anda ada. Dan permainan Cashflow 101 ini boleh mengajar anda untuk start small dan belajar melihat peluang (opportunity) perniagaan dan pelaburan yang ada.

Apabila anda sudah berjaya dengan small deal, maka sudah tiba masanya anda melangkah ke big deal. Perniagaan dan pelaburan yang maju setapak lagi.

Tetapi ingat, small deal & big deal baru 2 peringkat yang pertama dan ia masih belum melayakkan anda untuk ke peringkat fast track.


More Interesting Posts:
Permainan Cashflow 101
More on Maxis Privatization
Quiz: The Result & Cashflow Special Session on 24 June 2007
Downsized!
Bengkel Cashflow 101: Sesi Jemputan
Jangan abaikan perkara “kecil”
7 Ways To Finance Your Business

8 Comments

  1. Posted March 31, 2007 at 6:31 am | Permalink

    good info. aku baru small deal. tapi sellau tolong boss buat big deal. jadi, adala belajar sikit2.

    Pakdi: Pengalaman bagus tuuuu :)

  2. Posted April 2, 2007 at 4:17 pm | Permalink

    hehehe, rasa cam nak main cashflow101 ngan pakdi jer… mesti banyak ilmu leh dapat.. ;)

    Pakdi: Pernah main belum?

  3. Posted April 3, 2007 at 8:29 am | Permalink

    ada org kata “kalau takat kecik2, baik takyah….”
    nak layan deal yg besar aje…..

    Pakdi: dari seringgit boleh jadi 10 ringgit tau ;) cakap dekat dia.

  4. Posted April 16, 2007 at 2:17 pm | Permalink

    Saya amat setuju dengan Pakdi.. saya ada pengalaman serupa. Saya ada tulis dalam laman blog saya. Sekarang saya ada buat perniagaan roti kecil-kecilan dari rumah. Sila lawati:-
    http://drazwan.blogspot.com/2007/04/biar-kecil-asalkan-berhasil.html

    Pakdi: Tahniah, berkembang industri roti halal :)

  5. Posted June 6, 2007 at 3:11 am | Permalink

    big deal, small deal..
    pilih deal tengah2.. :)

    PS: just joking..

  6. dillah
    Posted December 26, 2007 at 8:05 pm | Permalink

    assalammualaikum Pakdi,
    saya ingin mmulakan perniagaan kecil.modal ada tapi tak tahu perniagaan apa yg nak dimulakan.harap dapat idea dari Pakdi

  7. Posted December 26, 2007 at 8:34 pm | Permalink

    salam dillah dan pembaca blog lainnya,

    blog bm pakdi boleh dibaca di http://my.pakdi.net

    persoalan dillah ini boleh dirujuk di forum di BJ. ada beberapa perbincangan telah dibuat.

  8. iskandar
    Posted January 29, 2008 at 2:06 pm | Permalink

    dengan modal seratus pernigaan kecil yang mcam mana boleh diceburi dahulu, saya masih kabur lagi bagaimana untuk merancang perniagaan

One Trackback

  1. [...] Pakdi ( kalau nak buat deal, kena ada card) Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It