Nak berniaga ni, selalunya ada 3 masalah.
1. Ada idea / peluang, modal tiada.
2. Tiada idea / peluang, modal ada.
3. Tiada idea / peluang, tiada modal. Kalau anda termasuk dalam kategori ni memang anda kena belajar banyak lagi pasal perniagaan. Sebab selagi mana manusia wujud, selagi tu ada peluang perniagan.
Jadi, mari kita lihat fenomena yang sering berlaku, ada idea / peluang tapi modal tiada dan sebaliknya.
Bila masalah sebegini timbul, selalunya perniagaan berbentuk perkongsian (partnership) akan diwujudkan. Kalau tidak timbul masalah sebegini, selalunya perniagaannya akan berbentuk sole-proprietor. Sebabnya dia ada modal sendiri, dia ada idea sendiri.
Apa yang orang yang baru mula berniaga tidak sedar adalah, partnership yang anda harapkan adalah sebab utama perniagaan anda bungkus. Antara isunya:
1. Partner tidur nyenyak sangat (Janji awal musharakah, tapi akhirnya jadi mudharabah)
2. Partner ingat business ni skim cepat kaya
3. Profit loss-sharing yang tidak adil
4. Partner tak sebulu
5. Semua partner nak jadi CEO
serta masalah-masalah yang disebut dalam blog Baker’s Place
Masalah partnership ini selalunya bermula dengan tidak meneliti hak, tanggung jawab dan liabiliti semasa memulakan perniagaan. Tetapi, walaupun sudah diteliti perkara sebegini, bukan mudah bila perniagaan sudah berjalan pun sebab takkan lah perniagaan yang modal di bawah RM 100,000 pun kalau bergaduh sanggup keluarkan kos tambahan untuk tuntutan di mahkamah kelak, lebih-lebih lagi kalau partnership ditubuhkan itu terdiri daripada dikalangan keluarga dan kawan-kawan rapat.
Maka, antara penyelesaiannya adalah melaksanakan konsep associateship terlebih dahulu sebelum perniagaan tersebut diubah kepada partnership atau entiti yang lebih kompleks seperti syarikat sdn. bhd.
Ya, dalam perniagaan ini mesti ada trust. Trust kepada partner. Trust kepada kontraktor. Trust kepada supplier. Trust kepada klien dan sebagainya. Tetapi kepercayaan ini bukanlah sesuatu di mulut atau di atas kertas perjanjian perkongsian perniagaan yang telah di stamp sahaja, tetapi yang lebih penting adalah perlaksanaannya.
Maka, sebelum anda mendapat partnership yang ideal dalam perniagaan, maka adalah lebih baik anda memulakan dalam bentuk associateship terlebih dahulu dalam satu jangka waktu yang dipersetujui kerana bukan mudah nak dapat partnership yang sesuai.
Bagaimanakah bentuk dan perlaksanaan associateship dibuat akan diceritakan dalam post seterusnya ![]()
13 Comments
Bagi saya paling baik ialah Sdn Bhd. Semua partner jadi shareholder dan director. Partner aktif ambil gaji bulan2. Lagipun dengan sdn bhd lebih clear bape percentage share masing2. Liabiliti pun ikut pegangan. Kalu partnership, semua partner tanggung 100%
Pakdi: Sdn Bhd tu bukan semua orang boleh terus buat
pakdi, aku letak link blog ni kt blog aku jgn marah yek
Pakdi: Dipersilakan….
huhu..teringat mase skolah dulu, subjek kemahiran hidup kalau tak silap, ade terangkan pasal jenis2 perniagaan ni macam perseoranganlah , partnerlah..dulu ingat mende nie tak penting pon,sebab tak paham lg.maklumlaa..kecik lagi.sekarang ni barulah tau kepentingannya.
Pakdi: Ini bukan subjek buku teks aje ye…
Pakdi, satu lagi masalah perniagaan. Ada produk, ada modal, tapi tak leh jual! Perniagaan cepat berjalan dan lagi cepat bungkus.
Pakdi: Isu marketing, itu kena ulas lain
Hurm..saya ni mmg selalu jek, ade idea, tapi modal tadak.huhu..modal ade jek, idea ilang entah kemane..camne eh?
setiap kali ada idea.. tulis dalam kertas dan simpan bawah tv.
Assalamualaikum,
Topik yang patut diketengahkan.Semoga bakal peniaga dan usahawan dapat manfaat dari topik ini..Dua-dua nih baguih.Cuma kena tengok pada keperluan dan keadaan kita.
Kalau yang baru nak bertapak eloklah dikoboikan dulu..Yang dah ada income masyukkk tuh eloklah di sdn bhdkan atau diberhadkan supaya boleh p jauh lagi dan lebih selamat…
far_east masih student kan. boleh hubungi saya tak? emel ye.
err… TV? bawah TV?
ya, ilmu koboi ni ramai tak tahu
Ape eh emel Pakdi..takpe2 saya guna form kat About tu je la eh..Bleh gak kan..?
ok, dah dapat. saya dah reply. lepas ni communicate guna emel ye utk hal tu
hehe..tolla 2 sub.budak skola,kui2
2 Trackbacks
[...] sebab kenapa boleh jalan ini dipilih, selain dari sebab-sebab dalam artikel yang sudah ditulis sebelum ini, antara sebab lain juga adalah untuk membolehkan orang mempelajari sesuatu perniagaan dengan lebih [...]
[...] sebab kenapa boleh jalan ini dipilih, selain dari sebab-sebab dalam artikel yang sudah ditulis sebelum ini, antara sebab lain juga adalah untuk membolehkan orang mempelajari sesuatu perniagaan dengan lebih [...]