Aset vs Liabiliti

Filed under Cashflow Club, Personal Finance

Ramai daripada kita gagal membebaskan diri dari perlumbaan Rat Race kerana gagal membezakan antara aset dan liabiliti.

Menurut Dictionary.com, aset adalah:

items of ownership convertible into cash; total resources of a person or business, as cash, notes and accounts receivable, securities, inventories, goodwill, fixtures, machinery, or real estate

Manakala liabiliti adalah:

moneys owed; debts or pecuniary obligations

Tetapi ayat kamus sebegini agak komples dan mengelirukan. Pengertian aset dan liabiliti yang lebih mudah menurut Robert T. Kiyosaki adalah, aset adalah sesuatu membuatkan duit kita bertambah. Dan liabiliti merupakan sesuatu yang mengurangkan duit kita.

Liabiliti utama anda pada hari ini adalah kereta, rumah dan pinjaman-pinjaman yang anda lakukan, baik dari pinjaman pelajaran sehinggalah pinjaman peribadi.

Tetapi tidak ramai yang mempunyai aset yang mampu menampung liabiliti yang dikumpul saban hari. Kebanyakan daripada kita barangkali hanya mempunyai sedikit simpanan dan amanah saham. Tiada langsung ekuiti perniagaan, tiada pelaburan saham, hartanah atau pun royalti.

Orang kaya membina aset. Orang miskin membina liabiliti.

Ada tanah di kampung, kita jualkan untuk beli kereta baru. Mahu berkahwin, kita berhutang. Tidak cukup duit saban bulan, kita tidak mahu berniaga kecil-kecilan, tetapi menambah kad kredit. Ada duit simpanan, kita leburkan di skim cepat kaya dan tidak mahu belajar mengenai pelaburan dan perniagaan yang sebenar.

Apabila tertekan akibat bebanan hutang dan kos hidup berlebihan, kita menyalahkan orang lain. Sikit-sikit orang lain yang salah. Sedangkan kita sendiri tidak merancangkan situasi kewangan kita dari hari ke hari.

Jangan sampai kita menderita sakit yang kronik, barulah kita sedar yang kita sudah lama tidak bersenam, tidak pernah mengawal pemakanan, tidak mahu menjaga kesihatan sepenuhnya. Begitu juga dalam urusan kewangan, jangan biarkan situasi kewangan anda membengkak sehingga menjadi kanser yang sukar diubati.

Bukankah Muhammad b Abdullah ada berpesan, “Ingatlah saat kaya mu sebelum miskin.” ?


More Interesting Posts:
Doodads (?)
Siapa Ambik Duit Aku?
Jom Bina Aset Sendiri
Cashflow 101: Bergaji kecil pun boleh kaya
Fundamental Investor vs Technical Investor
Wajah Globalisasi
Downsized!

One Comment

  1. Posted May 22, 2007 at 2:53 pm | Permalink

    Memang benar tu Pakdi. Pantang ada duit sikit, mesti nak beli barang2 baru.. tambah2 lagi bila naik ada yang dah berangan nak tukar kereta baru, hutang baru… sedangkan hutang lama pun tak selesai lagi..

    Pakdi: Hehehe…

3 Trackbacks

  1. [...] menurut definisi yang mudah adalah nilai aset melebihi nilai liabiliti. Aset, seperti dalam artikel sebelum ini, adalah sesuatu yang membuatkan duit kita bertambah. (Hoho.. anda rasa kereta tu aset [...]

  2. [...] menurut salah satu definisinya adalah nilai aset melebihi nilai liabiliti. Aset, seperti dalam artikel sebelum ini, adalah sesuatu yang membuatkan duit kita bertambah. (Hoho.. anda rasa kereta tu aset [...]

  3. By Siapa Ambik Duit Aku? | [My] Esprit De Corps on December 18, 2007 at 4:19 pm

    [...] menurut salah satu definisinya adalah nilai aset melebihi nilai liabiliti. Aset, seperti dalam artikel sebelum ini, adalah sesuatu yang membuatkan duit kita bertambah. (Hoho.. anda rasa kereta tu aset [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It