Apa itu Pengurusan Kewangan?

Filed under Personal Finance

Apabila disebut maudu’ pengurusan kewangan, ini lah yang perlu anda tahu:

1. Pengurusan Cashflow
2. Perancangan Cukai
3. Pelan Insurans
4. Pelan Pelaburan
5. Pelan Persaraan
6. Estate Planning

Asasnya adalah pengurusan cashflow. Sebab ia akan memberi kesan besar kepada hal-hal lain. Kalau anda gagal melakukan active savings dan tidak mengawal perbelanjaan, sebenarnya anda sendiri mencipta barah kewangan sendiri yang anda akan rasai 20-30 tahun akan datang. Malah, salah guna kad kredit boleh menyebabkan barah itu merebak dalam masa 5-10 tahun sahaja.

Kesilapan seterusnya adalah apabila anda menyamakan pelan insurans, pelan pelaburan dan pelan persaraan dalam satu produk. Baik dalam unit amanah, investment-link insurance dan lain-lain. Pelan-pelan ini sebenarnya adalah lebih dari sekadar anda membeli produk-produk daripada ejen yang mendekati anda.

Perkara yang selalu dilupakan adalah pengurusan cukai dan estate planning. Berapa ramai orang tidak tahu cara tidak membayar cukai dengan cara yang sah dan berapa banyak aset yang tidak dapat dicairkan kerana tidak merancang pembahagian harta.

Dan selaku orang Islam, ada 2 pelan tambahan yang mesti anda masukkan:

1. Pelan Fardhu Haji
2. Pengurusan Zakat

Ingat, perancangan kewangan adalah pelan yang komprehensif dan ia bersifat personal. Pelan anda dan pasangan anda pun pasti ada perbezaan. Perancangan kewangan bukan sekadar membeli produk ABC dan dana XYZ. Itu bukan merancang kewangan, itu namanya anda tolong bayarkan installment kereta mewah ejen tersebut.


More Interesting Posts:
Langkah Pertama Jadi Jutawan
Periksa Cashflow Bulanan Anda
Jangan abaikan perkara “kecil”
Fahami Kegunaan Produk Kewangan yang anda beli
Anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda?
Refinance dengan Perbankan Islam lebih mahal
Urus duit anda: 3 Plan Kewangan

7 Comments

  1. Posted July 25, 2007 at 11:38 am | Permalink

    betul2 harap agar pakdi dapat kupas pelan2 tersebut satu persatu. Antara mender yg saya ingin sgt tahu ialah taktik2 dan juga “core” idea sesuatu pelan tersebut. Dapat wat 1 post for each plan pon best gak rasanya… ;)

    yg berharap

  2. Posted July 25, 2007 at 11:45 am | Permalink

    in general boleh la kot tulis-tulis, tapi utk spesific advice kena refer licensed financial planner ;)

  3. Posted July 25, 2007 at 1:20 pm | Permalink

    Pakdi,
    I think, in Malaysia, terutamanya orang melayu ni, masih kurang faham dan arif dalam perancagan kewangan, lebih2 lagi debt management. Tengok sahaja pelanggan courts mamoth, siapa ramai.

    Topik ni sahaja kalau buat betul2 boleh buat buku kan :)

  4. Posted July 25, 2007 at 1:23 pm | Permalink

    dalam FP pekara paling penting adalah DIRI SENDIRI & DISPLIN..
    memang ramai yg tahu tentang asas perancangan kewangan..tapi yang dah berjaya mengimplementasi plan yg dibuat boleh dikira…

    RISIKO terbesar dalam FP dan susah dielak adalah DIRI anda kita SENDIRI

  5. Posted July 25, 2007 at 1:35 pm | Permalink

    buku? Tak mau ah, orang nanti label gua buat duit tru buku. kiki… ;)

  6. Posted July 25, 2007 at 1:36 pm | Permalink

    DISIPLIN tu kena ada cikgu. itu pun ramai budak tak makan saman lagi. hehe… ;)

  7. Roslan Ismail
    Posted January 13, 2008 at 4:08 pm | Permalink

    Boleh tak dapatkan buku untuk pengurusan kewangan II BBPW3203 dalam Bahasa Malaysia

One Trackback

  1. [...] rajin buat ‘part time’ mahu pun yang bekerja sendiri masing-masing mempunyai tabiat dan cara pengurusan wang yang berbeza di antara satu sama [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It