Apa itu Pasaran Hadapan (Futures Market) ?

Filed under CPO, FKLI, Investing, Stocks

Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan pasaran hadapan. Kebanyakan daripada anda hanya mengetahui secara umum mengenai pasaran saham. Tetapi apabila disebut mengenai pasaran hadapan, memang tidak ramai tahu kepentingan & faedah kewujudan pasaran hadapan ini.

Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:

“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”

Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio anda. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.

Futures market adalah perkembangan dari spot market dan juga forward market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:


Spot: Abu penjual buah nenas di pasar. Ali pembeli buah nenas dari Abu. Ali membayar RM 1 untuk sebiji nenas, dan mendapat buah nenas pada masa itu juga.

Forward: Abu penjual buah nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan nenas sebanyak 100 kg dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Abu dan menawarkan harga RM 1 sebiji kerana bimbang harga nenas berkemungkinan naik menjadi RM 1.50 sebiji 3 bulan lagi. Samad mahukan nenas tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.

Abu juga menerima tawaran harga RM 1 sebiji kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM 0.50 3 bulan lagi . Justeru, Abu juga bersetuju untuk menghantar 100 kg nenas 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan.

Futures: Abu peladang nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan 1 tan nenas dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti forward contract di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan diantara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Nenas Exchange.

Nenas Exchange yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta mempunya data-data dan tugasan lainnya. Nenas Exchange juga adalah pihak yang menetapkan harga-harga nenas untuk semua yang terlibat dalam sektor nenas. Bukan sekadar jual-beli antara Abu dan Samad sahaja.

Peniaga dan penjual kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan, kalau mahu beli sekadar 1,2 biji nenas, cari sahaja di pasar-pasar secara tunai (cash market)

Tetapi sekiranya anda memerlukan nenas dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Di Malaysia, produk derivatives atau pasaran hadapan ini sudah dikendalikan oleh Bursa Malaysia sepenuhnya. Ada 9 pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu:

Pasaran hadapan adalah instrumen kewangan yang sophisticated. Tetapi ia bukanlah terlalu sukar untuk difahami. Asalkan anda berusaha lebih sedikit seperti auntie-auntie dan uncle-uncle (ya, saya rasa mereka sudah berumur lebih dari 60 tahun) yang berusaha untuk hadir ke Seminar Secret of Savvy Investor IV: Using Futures To Protect Your Stock Investment pada 16 Jun yang lalu maka anda akan mengetahui peluang besar yang wujud di dalamnya.

Kalau mereka yang sudah berumur itu pun tidak jemu untuk menimba ilmu pengetahuan dalam dunia pelaburan, kenapa tidak anda?


More Interesting Posts:
Kesilapan BESAR anda dalam pasaran
Buat Duit di Pasaran Hadapan
Catatan Pagi Ahad
Jangan melabur tanpa ilmu
Crude Palm Oil news
Mr Market is always right
Accumulation or Distribution?

19 Comments

  1. Posted July 11, 2007 at 12:17 pm | Permalink

    Assalamualaikum,

    Terima kasih lah Pakdi.Pasai buat kupasan tentang Urusniaga pasaran hadapan nih.Aku nih dah lama dok dalam bidang nih.Tapi bab asal usul dan kepentingan dia langsung tak ambik peduli.Yang aku tau Untung!!! untung!!! untung..hee.hee…heee.
    Nasib baik tak kena jawab kertas ujian,Kalau tidak dah tentu gagal punya.Walauapapun Urusniaga pasaran hadapan memang best….

    Sekian terima kasih..

  2. Posted July 11, 2007 at 12:41 pm | Permalink

    cam penah bc je cte nenas ni tapi di mane ek.. dlm BJ kn?

    hoho.. cam sama je dgn zam tapi x se’experience’ zam la ;)
    mujur la ms nk wat any transaction x kena jwb soklan.. what is the meaning of futures ;p

  3. Posted July 11, 2007 at 12:43 pm | Permalink

    hang speculator. hehe…

    tak tau pun takpe. tapi saja je tulis function dulu baru tulis tang made money in futures market. hehe…

    kang terus cakap futures market boleh generate ratus ribu ramai orang tak caya laks.

  4. Posted July 11, 2007 at 12:44 pm | Permalink

    buku byk bagi taknak baca betul2. ishk.

    ni ubah suai sikit dari dalam BJ tu.

  5. Posted July 11, 2007 at 12:52 pm | Permalink

    hoho :p

    dipak.. kt ruang top commentators tu linkkn la sy nyer blog. hehe.. br bsedia nk share tapi ntah pape je ;)

  6. Posted July 11, 2007 at 12:56 pm | Permalink

    URL tu kena letak sendiri. kan bawah nama, emel ada URL. heehee

  7. Posted July 11, 2007 at 1:14 pm | Permalink

    dh letak la.. kt ruang comment ni jd je tapi kt ruang top commentators tu xde pn. huuhuu..

  8. Posted July 11, 2007 at 3:27 pm | Permalink

    sebab tak letak dari awal comment kot. maksudnya, dari 1st comment bulan ni patut dah letak address tu.

  9. Posted July 11, 2007 at 6:14 pm | Permalink

    Deskripsi analogi yang baik! Gud info Pakdi. Ada sambungannya tak?

  10. Posted July 11, 2007 at 6:39 pm | Permalink

    ada. how to trade. inilah part buat duit :D

  11. Posted July 11, 2007 at 8:33 pm | Permalink

    fenin…fenin…..

    fenin kefala bila baca pasal saham ni ….

  12. Posted July 11, 2007 at 8:59 pm | Permalink

    Pakdi bila nak kuar e-book pasal saham?

  13. Posted July 11, 2007 at 9:36 pm | Permalink

    21 Julai ni, kalau takde apa-apa jom datang Suruhanjaya Sekuriti. Langkah pertama nak kenal dunia saham :)

  14. Posted July 11, 2007 at 9:41 pm | Permalink

    ebook… hmm… tgh berkira-kira lagi ni.

  15. Posted July 11, 2007 at 10:28 pm | Permalink

    lame ke nak kira-kira tu?? sure bole boom nyer e-book tu…hehe :D

  16. Posted July 11, 2007 at 10:39 pm | Permalink

    kaboom daboom.

    kalau nak buat duit ok je, tapi mungkin buku biasa jugak lebih seswai :D

  17. Posted February 13, 2008 at 5:08 pm | Permalink

    Sempoi!! berapa modal nak trade ni semua…camner nak belajar ?

  18. Posted February 14, 2008 at 2:19 pm | Permalink

    currently RM 10k is advisable amount.

    nak belajar rujuk sini: Bengkel Pasaran Hadapan

  19. ridj
    Posted April 17, 2008 at 6:47 pm | Permalink

    Assalamualaikum, saya orangbaru dalam laman ini dan kalau boleh saya nak tahu apa yang membezakan antara Composit dengan CPO? yang mana lebih berisiko tinggi dan yang mana lebih berbaloi antara 2? bagaimana nak tengok charta naik turun CPO?

3 Trackbacks

  1. [...] anda tidak perlu tahu fungsi utama pasaran hadapan seperti yang telah ditulis sebelum ini. Kalau tahu lebih bagus. Kalau anda memang tidak faham-faham juga apa yang sudah ditulis, saya [...]

  2. [...] anda tidak perlu tahu secara terperinci fungsi utama pasaran hadapan seperti yang telah ditulis sebelum ini. Kalau tahu lebih bagus. Tidak tahu pun anda tetap boleh buat duit juga dalam pasaran hadapan ni. [...]

  3. [...] 1. Apa itu Pasaran Hadapan (Futures Market) ? [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It