Terkini Kuiz di Pakdi.net
Terima kasih kepada mereka yang telah menjawab. Segala jawapan tidak akan didedahkan sehingga hari Rabu, 14 Mac 2007, jam 5:15 petang. Siapa yang dah mencuba, boleh terus jawab lagi.
Tips dari juri: Kenali sasaran pelanggan anda.
Soalannya: Sekiranya di tempat anda ada lombong emas, apa yang patut anda buat?
———————————————————————————–
Sekiranya Linda Onn terhalang menjadi pengacara red carpet dalam majlis Oscar baru-baru ini kerana isu baju, apa pula yang menghalang anda untuk menjadi seorang usahawan?
Jawapan yang biasa diberikan adalah:
1. Modal
Modal memang penting. Tapi ia bukan perkara yang paling penting. Kerana ada perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal yang paling minima. Minima itu bermaksud di bawah RM 50.
Isu modal menjadi masalah kerana barangkali anda belum cukup humble untuk menjadi usahawan. Terlalu ego mungkin. Fikir nak terus bukak kedai cantik-cantik. Fikir nak terus ada pejabat hi-class. Menjaja di pasar malam dan di tepi jalan, menjual dari pintu ke pintu, kutip sampah, cuci longkang, potong rumput, jual air depan rumah anda tak mahu.
Mulakan lah perniagaan anda mengikut apa yang anda ada. Kalau dalam simpanan ada RM 100 sahaja, buat cara RM 100. Kalau ada RM 10 000, buat cara RM 10 000. Tanpa sikap merendah diri, tidak perlu jadi usahawan. Memang dunia usahawan bukan untuk anda.
2. Tak tahu nak berniaga apa
Ini adalah jawapan yang biasa jugak didengari. Mungkin anda terlalu memikirkan idea boombastic. Idea paling unik. Idea paling kreatif. Idea paling baru. Betul, idea-idea sebegitu boleh membantu. Tetapi kalau baru nak bermula, mulakan dengan prinsip paling asas.
Masalah adalah peluang perniagaan.

Soalan Kuiz
Kalau di tempat anda ada lombong emas, apa yang patut anda buat?
(Siapa bagi jawapan yang betul akan diberi satu tiket percuma filem The Pursuit of Happyness semasa gathering BJ atau tiket percuma ke Asia Trader & Investor Convention di KL Convention Centre pada 17-18 Mac ini. Rujuk: 6th Meeting BicaraJutawan.com)
22 Comments
kalau sy mmg tak dpt dinafikan tanpa aktif income, masalah besar adalah income. Tp, apapun perlu kumpulkan slow2. Walaupun lambat janji niat tak terbengkalai.
Pakdi: Slow & steady pun ok
pakdi, lupa nak bagitau, tgk wayang minggu nie saya takleh nak join. Ada hal di kampung.
Soalan kuiz>> Kalau di tempat anda ada lombong emas, apa yang patut anda buat?
“Melombong ler.. nak buat apa lagi?” jawap saya dengan muka yang tidak bersalah..
klo saya ada lombong emas, sy xnak gitau pak di dn sesapa pun.
saya lombong sorang2. klo heboh2 nanti jadi mcm Lubuk Mandi.
saya nk bniaga tapi sy xder aper barang nk jual, dan sy teringin MLM tapi sy xder skill bcakap.
Jawapan saya:
Bagitau semua orang kat situ ada emas.
Pastu buka satu kedai emas kat situ untuk diorang jual emas yang diorang korek tu.
Jadi tokey emas la apa lagi..
hohoho, pakdi, saya nak tiket tu, tp utk partner in crime blh tak?
kalo di tempat saya ada lombong emas, saya wat bisnes pengangkutan kat situ. guna van2 buruk angkut org kampung pagi n petang, tengahari siap jual air lagi.
4 tahun kemudian: wat biz logistik n kontraktor melombong
4 thn lagi: mutual shareholder hohoho keep diggin’
ade org suruh jwb.. try je la..
kalu d tpt sy ade lombong emas.. ape sy wat?
hmm… sy
1- paling mudah.. sy buka restoran
2- complicated sket.. buka pusat penapisan emas
3- xpn.. jual peralatan or teknologi plombongan
4- len sket.. buka agensi pkerjaan yg mbekalkn tenaga buruh
so???
Pada aku masalah paling besar ialah fokus. Aku penah jual ice blend, tup2 bile kerja semakin busy busines terabai.
Soklan kuiz tu jawab katne? Macam kene rahsiakan jek jawpan dia.
Pakdi: Jawab kat sini je fuad. tapi saya akan moderate semua jawapan tu
, so rahsia jawapan tak pecah.
Mula2 saya pagarkan kawasan. (tempat kitakan? kita punyalah). Sebab saya tak ada pengalaman dalam melombong emas ni, jadi saya upahlah consultant buat semuanya.
Jawab macam ni, boleh ke?
Boleh jawab byk2 jawapan kan:
1) Jual barang2 atau alat2 keperluan pekerja lombong emas
2) Bukak khidmat perlancongan & cenderamata emas
3) Bukak trading company utk emas (kalo leh dpt harga murah ler)
4) Jual face mask.. Keh keh.. Selalu lombong ni udara dia tercemar..
ok try skali lagi
saya mmg nak seSANGAT emas tu. tp xde duit.
mula2 saya mendulang sorang2,payah..susah nak kaya angkut2 BALDI camni, tanah xkan habis2 bila nak jumpa emas..
so kena korek TELAGA, ganding bahu pula dgn org2 kpg mengGALI lombong tu..gali sikit2 sehari, lagi lagi lagi
mantapkan TERAS, kukuhkan TIANG
2thn kendian dah jadi KUARI..
kerja menggali dah bertambah senang
telaga emas dah jd lombong emas
hmmm.. kalau ada lombong emas kat tempat aku ni, dah tentulah aku pergi carik/ belajar dulu apa yang diperlukan untuk melombong.. termasuklah mencari tools yang diperlukan, mencari orang yang boleh menolong aku dan juga mencari teknik yang terbagus sekali untuk melombong emas tuh..
jawapan soklan kuiz dr org bukan biz thinking…heheh
–>buka kedai jual peralatan melombong…spt dulang,cangkul,pengorek dll.Kalau ade bulldozer lg bagus..sewakan..
kalau ada lombong emas, bagi sewa tanah kepada syarikat pelombong emas dengan kadar sewa tetap + minimum 10% daripada hasil lombongan.
amacam, ok tak?
aku teka lagi nih.. tapi aku tak tahu langkah/prosedur yang betul.. cuma key point dia adalah, sasaran pelanggan = government.
adeh.. terasa kepedasannya di situ.. hehehe..
sebenarnya pakdi.. idea2 bernas yang baru lagi unik ciptaan aku tu utk bisnes masa hadapan aku je.. hehe.. utk permulaan aku akan start dengan yang kecil dan sederhana dulu insyaAllah.. saje berkongsi dengan kawan2.. kot2 diorang berminat leh la cuba..
tapi kalau nak jadik kaya betul2 kenalah unik kan.. pastu kenalah berdaya saing.. barulah senang nak naik.. tak gitu ke?
Pakdi: Hehe… Relax Abu Muadz. Ini pendapat peribadi sahaja
by the way.. jawapan saya ialah.. beli tanah tu dan kita boleh bayarkan harga tinggi kepada sesiapa yang nak melombong di situ.. kalau takde orang luar nak melombong saya melombong sendiri so emas tu boleh jual.. kalau ada lagi bagus, tapi saya tak kasi semua tanah kasi sebahagian jer..
hartanah + gold = kekayaan berganda2.. salam
salam,
penin juga nak fikir tu…
selepas 2 ari dok fikir, x nak pikir lagi dah…jawab saja la… betul ke x tunggu petang nih macamna..
kalau tempat aku ada lombong emas, aku akan bukak kedai makan saja.. sbb ramai yg akan datang.. he2.
kalau tempat saya ada lombong emas ? let say saya sorang je yang tahu, then saya beli land tu cepat2.
if tuan punya tempat tu pun dah tahu, then buat proposal utk majukan tempat tu kat tuan tanah tu. profit sharing.
if tuan tanah tu nk majukan sorang2, jgn risau ikut je dia, mesti dia tak larat buat semua punyalah. dapat gak bahagian kita nanti. jgn putus asa
ni jawapan lain lak.
mengikut tips juri : kenali sasaran pelanggan
so sasaran pelanggan saya ialah tokey lombong emas aka pemaju lombong.
panggil ramai2…buat bidding pastu panggil wakil gomen skali…mana la tau last2 minit bila nak finalise bidding, epf pulak tawar harga best yg x masuk akal…jual la kat epf..hahaha
huhuhu… ramai kepala, banyak idea.. best!
hm.. penuh dgn alasan.. penuh dgn kegagalan… alih, penuh dgn penyesalan… pastu tak dak kegunaan…
kalau saya….
sy jual nasi dengan air je. sebab modal saya kecik. Lagipun msti ramai yang lapar bila penat korek. Yg korek2 2 msti kaya2 dah. saya caj tinggi skt. Org bila dah kaya bukan berkira sangat. x la saya penat2 korek cari emas 2. 2 korek pun belum tentu dapat. berniaga dah tentu dapat untung. Mana ada orang berniaga x untung..
One Trackback
[...] soalan kuiz blog Pakdi suatu masa dulu….dan aku salah seorang [...]