Adakah hidup anda seimbang?

Filed under Motivation


Perkara yang utama bagi saya adalah “balance” atau dalam istilah Islam yang lebih tepat, kembali kepada “fitrah.” Keseimbangan ini bukan bermaksud 50:50, tetapi keseimbangan mengikut fitrah yang ditetapkan oleh Allah swt.

Allah tidak menjadikan komposisi udara di muka bumi ini 50% oksigen dan 50% nitrogen, tetapi 79% nitrogen, 20% oksigen dan 1% gas nadir. Lalu berlaku lah keseimbangan. Apakah yang bakal terjadi sekiranya komposisi udara ini diganggu oleh tangan-tangan manusia?

Selain mencari kekayaan, anda juga harus seimbangkan kehidupan anda dengan benda-benda lain. Saya memilih keluarga dan kesihatan. Bagi saya ia perlu diseimbangkan dengan kesibukan sehari-hari. Saya perlu menyusun masa untuk bersama keluarga, untuk kesihatan saya dan juga mengejar impian kewangan saya. Ia perlu seimbang.

Cuba anda fikirkan apabila ketidak seimbangan berlaku. Semua orang terlibat dalam saham (secara professional basis). Tidak ada siapa yang jadi doktor, jurutera, peguam, akauntan dan sebagainya. Atau semua orang terlibat memilih jalan jutawan senyap (seperti berjaja dan menjual di pasar-pasar) sekali lagi, siapa pula akan menjadi hakim, arkitek, jururawat dan segala bidang lainnya? Apa akan terjadi kepada masyarakat seluruhnya?

Begitu juga dalam isu DEB. Saya lebih suka melihat kekayaan negara disalurkan mengikut keseimbangan. Ia tidak semestinya 30% mesti jadi milik bumiputera, tetapi ia mesti seimbang. Ia juga tidak semestinya sama rata, tetapi seimbang. Apakah faktor keseimbangan yang perlu diambil kira? Itu perlu kan satu kajian yang khusus, yang penting ia mesti seimbang kerana keseimbangan akan membentuk keharmonian.

Adakah anda bersetuju yang keseimbangan ini penting untuk anda, serta masyarakat seluruhnya?

————————————————————-

Adakah anda ingin mengetahui cara membentuk pendapatan yang seimbang? Hadir ke Bengkel Cashflow 101 dan sila daftar di http://www.BicaraJutawan.com

————————————————————-


More Interesting Posts:
Self Employed vs Business Owner
Bukan hanya ada satu jalan
Fakta, Tips atau khabar angin?
Jangan abaikan perkara “kecil”
Broadband Connection
Cikgu Suraya
Periksa Cashflow Bulanan Anda

6 Comments

  1. mohdabdhalim
    Posted May 3, 2007 at 1:55 pm | Permalink

    Btul tu Pakdi! Semua itu adalah ‘Sunnatullah’. Ianya perlu ada keseimbangan atau keseragaman. Tanpanya kehidupan kita ini pasti akan menjadi kucar-kacir. Kehidupan ini adalah satu perjalanan, masing-masing yang akan menentu destinasinya tersendiri.

    Pakdi: Semua kena memahami Allah itu Maha Adil :)

  2. Posted May 3, 2007 at 10:01 pm | Permalink

    ini keypoint kita hari ini: keseimbangan akan membentuk keharmonian
    :D

    Pakdi: :D

  3. Posted May 4, 2007 at 12:58 am | Permalink

    Salam Pakdi :)

    Betul tu. Keseimbangan tu memang perlu. kalau semua nak jadi CEO, takde clerk, macam mana company nak jalan.

    Setiap kejadian ada fungsinya :)

    Pakdi: ok gak kot semua jadi CEO, hehe…

  4. Posted May 4, 2007 at 1:14 am | Permalink

    100% setuju pakdi.. Tp keseimbangan tu bukan satu benda yang senang hendak dicapai dan bukan juga satu benda yang mustahil hendak dicapai.. :D

    Pakdi: Yang penting, kita berusaha ke arah tu :)

  5. impax
    Posted May 4, 2007 at 11:37 am | Permalink

    yg jadi kerani pun, tak selamanya kerani..manusia ni semua nak memajukan diri.naik tangga piramid taraf hidup. org lama naik pangkat, kerani baru pulak muncul..macamtu lah sistem mengekalkan keseimbangan.

    memang keseimbangan tak bermaksud 50:50. ia bermaksud imbangan yang optima dan berpadanan. begitulah saintis mencari formula untuk logam yang tahan lasak, bedak kompak yang berkualiti atau racun yang berkesan.

    Pakdi: Patah tumbuh hilang berganti :)

  6. kumb@ng
    Posted May 4, 2007 at 4:50 pm | Permalink

    keseimbangan tu mcm kereta lah. contoh lain spt bas,lori atau MPV pon boleh. :D

    sekiranya salah satu tayar pancit atau kurang angin sudah tentu boleh mengganggu perjalanan menuju ke destinasi. samada tiba lewat atau langsung tidak tiba.

    oleh itu sebelum memulakan perjalanan periksa lah tekanan tayar kereta anda dan sekiranya ada gegaran atau rasa berat ke kiri atau ke kanan,hantarlah utk alignment dan balancing :D

    Pakdi: hehe.. analogi kereta ye.. ;)

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It