Accumulation or Distribution?

Filed under Stocks


Jawapan Kuiz Saham

Ada 2 kemungkinan sebab laporan sebegitu keluar.

1. Accumulation; atau

2. Distribution

Ia berkait. Kalau laporan tersebut bukan untuk accumulation, maka ia akan jadi distribution, dan sebaliknya.

Tahniah kepada En. Aku sebab dia dapat bagi jawapan untuk kedua-dua possible probability of the market price action.

Penerangan jawapan

Mula-mula saya baca penulisan Robert T. Kiyosaki yang lebih kurang membawa maksud, “You need to understand about a business before you start to invest.”

Kesilapan anda dalam pasaran saham adalah apabila anda “terlupa” atau “tidak ambil peduli” tentang perniagaan yang sebenar disebalik harga-harga saham. Baik anda terlibat dalam saham, forex, futures, commodites, ia tetap sama. There is a real business behind the price!

Investing in a market is a business. You must treat it as a business. Look and understand what is behind an ask and a bid price. What is resistance all about? What is support all about? What is price all about? What is value all about? It is more than a number.

Accumulation & Distribution

Anda bukan institutional investor yang mampu mempengaruhi pasaran. Ibaratnya anda adalah pembuat roti buku, tetapi anda masih bukan pengilang roti buku seperti Gardenia atau High 5. Adalah tidak bijak bagi anda untuk menyaingi mereka tanpa memikirkan teknik pemasaran yang betul bagi bisnes roti anda.

Kalau dalam market, tindakan anda disebut sebagai throwing bad money. Anda perlu follow smart money dan bukan sebaliknya.

Accumulation period adalah saat jerung-jerung di pasaran sedang mengumpul ekuiti mereka. Mereka memerlukan kehadiran anda untuk mencapai price target mereka.

Distribution period adalah saat jerung-jerung di pasaran sedang menjual dan mengambil keuntungan ekuiti mereka. Mereka juga memerlukan anda setelah price target mereka tercapai.

Average investor masuk ke pasaran semasa 2nd phase accumulation period, manakala stupid investor masuk ke pasaran semasa distribution period dan professional investor pula membuat accumulation dan distribution sama seperti yang dilakukan oleh jerung-jerung di pasaran.

Mereka beli anda beli. Mereka jual anda jual. Bukannya mereka jual anda beli, mereka beli anda jual.

Adakah anda melihat sekumpulan professional investor dalam gambar di atas?

Justeru, apa pelabur perlu buat sekarang?

Berita (news), bagi saya ia bukan buy or sell signal. Ia cuma pelengkap kepada analisis pasaran yang sudah anda buat. Kalau anda mahir dengan teknikal analisis, anda sebenarnya tidak perlu bergantung dengan news.

Sekiranya analisis anda menunjukkan price target sudah dicapai, chart anda sudah menunjukkan sesuatu, momentum semakin lemah, volume berkurangan dan disusuli dengan berita sebegini, apa tunggu lagi, jual!

Tetapi sekiranya analisis anda menunjukkan sebaliknya, dan disusuli berita sebegini, apa tunggu lagi, accumulate bersama mereka, beli beli dan beli lagi!

Ingat, pasaran saham, forex, futures dan commodities adalah pasaran bernilai bertrillion-trillion USD setelah digabung kesemuanya dan pasaran forex sahaja nilainnya adalah jauh lebih besar dari pasaran saham sedunia.

Kalau anda bukan orang yang menguruskan dana berbilion-billion dollar, seharusnya anda tahu siapa diri anda. Jerung atau ikan bilis?

Berikut adalah pesanan dari Warren Buffet:

You are neither right nor wrong because the crowd disagrees with you. You are right because your data and reasoning are right.

Dan berikut pula adalah pesanan dari Jesse Livermore, How To Deal With Media Releases:

I have always been suspicious of everything I read in the newspaper and I never accept what I read at face value I try to look for hidden agendas and self-serving reasons that could have generated the articles, no matter what paper published the information. I understand that the market is composed of the reflections of the attitudes in the minds of millions of people. But I try to read between the lines and formulate my own judgment; that is why I like to be alone to use my own judgment in situations such as reading the newspaper.

Often people use the media to promote their stock and to influence public opinion to persuade the public and the pools into buying or selling, this is particularly true of large stock owner, pools and insiders.

Sekarang anda sudah tahu bukan how to read between the lines apabila membaca sebarang laporan pasaran yang juga dibaca oleh berjuta-juta pembaca lain?


More Interesting Posts:
Visa - World’s Leading Credit Card

10 Comments

  1. mael
    Posted April 11, 2007 at 6:15 am | Permalink

    mmm….. dah ada pun jawapannya..

    Tahniah en Aku… sekali lagi ko pemenangnya… Raja Kuiz. he2.

    Terima kasih Pakdi atas ulasan diatas. Sudah nampak between lines nya.. T.Q.

    Pakdi: Mintak en. Aku belanja. hehe

  2. Posted April 11, 2007 at 8:27 am | Permalink

    Fuh rugi..terlepas kuiz. Hehe..macam tau jawapan jek. Tahniah En. Aku. Hang mmg terer. Ilmu yang bagus Pakdi. Tenkiu

    Pakdi: Dah en Aku dapat jawab dulu… hehe..

  3. Posted April 11, 2007 at 9:22 am | Permalink

    wah.. tq pakdi.

    really appreciate this info.

    Pakdi: Really appreciate ur participation :)

  4. al_qamaru
    Posted April 11, 2007 at 10:07 am | Permalink

    ooo.. skrg br btul2 fhm.. reason stiap news tu 1 je.. either accumulation or distribution. cane nk tau? go back 2 our analysis.. btul la kn pakdi?

    Pakdi: Yup. Analisis sendiri. So foundation on chart analysis kena betul

  5. Posted April 11, 2007 at 3:41 pm | Permalink

    okie dokie.sungguh make sense untuk orang seperti saye =)

    Pakdi: Orang spt saye? apa maksud tu :)

  6. nadzate
    Posted April 11, 2007 at 7:40 pm | Permalink

    hebat!!! tq pakdi dan aku kerana jawapan yang betul telah menyebabkan pakdi mengulas dengan bernas… alhamdulillah

    Pakdi: Afwan :) benda ni pun saya baca-baca je. bukan ada apa.

  7. Posted April 12, 2007 at 5:08 am | Permalink

    Tahniah En. Aku! disebabkan kepersisan anda menjawab akhirnya anda bertemu dengan jawapan yang sebenar.. :) Ish den ketinggalan nih.. Kono bolajar banyak laie..

    Ada beberapa persoalan yang hendak aku timbulkan..
    1. Siapa yang mengeluarkan berita tersebut? Kiranya dia memang tahulah pasal agenda di atas ini? Kiranya orang yang mengeluarkan berita tersebut berpakatlah ye dengan jerung2 ataupun dia sendiri adalah jerung? Kurang faham sikit di sini..

    2. Kendian, melihat daripada keadaan di atas, kiranya kebarangkaliannya ialah 1/2 la yek. Maksudnya tak A, mesti B ataupun sebaliknya. Jadi kalau tersilap langkah buruk lah padahnya kan..Sekadar nak memastikan, kalau salah minta betulkan. Soalan saya di sini ialah, adakah tips di sebalik agenda ini sesuai untuk TA sahaja atau untuk FA pun boleh amalkan juga? Kalau mereka yang buat FA sahaja camana dia nak mengesan situasi sekarang ni berada di agenda yang mana satu? Ke nak tak nak kena belajar TA jugak?

    Pakdi:
    1. Cuba tengok siapa yang buat press conference tu?
    2. Boleh je, cuba kaji kes Enron.

  8. kumb@ng
    Posted April 12, 2007 at 11:59 am | Permalink

    semlm bru start belajar saham…sbb nak exercise ESOS…hehe :D hari ni dpt blajar lagi dr blog ni.thanx pakdi and tahniah! aku…pemenang kuiz… :D

    Pakdi: ooo… belajar camana tu? :)

  9. Kamal
    Posted April 12, 2007 at 8:34 pm | Permalink

    Salam lagi Pakdi.
    Ada beberapa sites pasal saham yang saya dah kumpul banyak.
    Byk analisis dan recommendation dibuat. Ada beberapa recommendations yang dibuat tu capai target.
    Saya cuma nak kongsi:
    http://sensecents.blogspirit.com/
    http://whereiszemoola.blogspot.com/
    http://www.tradingmalaysia.com/
    http://malaysiafinance.blogspot.com/
    http://tradebursamalaysia.blogspot.com/

    Pakdi: Terima kasih. Hati-hati apabila membaca recommendation orang lain, believe with your own analysis :)

  10. Posted April 12, 2007 at 9:53 pm | Permalink

    ada sedikit perubahan informasi:

    “Average investor masuk ke pasaran semasa 2nd phase accumulation period, manakala stupid investor masuk ke pasaran semasa distribution period dan professional investor pula membuat accumulation dan distribution sama seperti yang dilakukan oleh jerung-jerung di pasaran.”

    - Dow Theory.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It