Posted by pakdi on July 18, 2007 – 7:30 pm
Wahai orang-orang Johor Bahru dan kawasan sewaktu dengannya, jangan pergi ke mana-mana pada 25 & 26 Ogos 2007 melainkan ke Hotel Seri Malaysia, JB. Kerana Bengkel Cashflow 101 akan di adakan di JB. Jumpa anda di sana.
Dan seperti biasa, bengkel Cashflow 101 akan di adakan di Rumah Kelab BicaraJutawan.com pada 11 Ogos 2007.
Daftarlah cepat-cepat yeee…
p.s. Untuk pengetahuan anda, logo BicaraJutawan.com direka oleh sdr Irfan (IrfanReka.com)
Share This
Posted by pakdi on July 18, 2007 – 11:25 am
Shalin Zulkifli telah pegang bola bowling sejak kecil lagi. Bertahun- tahun selepas itu baru dia berjaya menjadi jaguh dalam arena bowling. Bertahun-tahun selepas dilatih secukupnya.
Nicol David juga telah memegang raket squash sejak kecil lagi. Bertahun-tahun dia berlatih sebelum dia menjadi juara dunia. Jadual latihan yang ketat.
Begitulah pasukan bola sepak atlit yang berjaya. Mereka sedar kejayaan tidak datang hari ini juga. Hari ini baru bercadang nak main badminton, esok sudah boleh menang Kejuaraan Dunia.
Tetapi dalam dunia pelaburan & perniagaan, ada orang fikir dia boleh berjaya sekelip mata dengan formula ajaib. “Kau join skim bantuan ini, confirm kau jadi usahawan berjaya.” “Kau datang je kelas main saham ni, confirm kau buat duit esok juga.”
Read More »
Share This
Posted by pakdi on July 17, 2007 – 5:41 pm
Jom bersama BicaraJutawan.com ke Suruhanjaya Sekuriti pada 21 Julai 2007, Sabtu ini untuk seminar bijak pelabur berbahasa Melayu.

Percuma!
Kalau anda nak pergi, segan nak pergi sorang-sorang, geng-geng BJ ada.
Saya mensasarkan 50 orang peserta datang dari BicaraJutawan.com
Jom kita ramai-ramai ke sana!
Share This
Posted by pakdi on July 17, 2007 – 1:50 pm
Setiap atlit yang berjaya, pasti ada seorang jurulatih yang cemerlang. Sama ada sukan berpasukan atau sukan individu, jurulatih memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang atlit.
Dalam dunia perniagaan dan pelaburan juga begitu.
Anda memerlukan seorang jurulatih, sama ada ia dikenali sebagai coach, trainer, mentor atau consultant. Dia adalah orang yang boleh memberikan tunjuk ajar kepada anda tentang sesuatu perkara. Orang yang boleh memberikan nasihat.
Sama ada jurulatih yang bersifat berkala, atau jurulatih yang bersifat tetap, anda perlu mencari mereka. Kejayaan adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai, tetapi ia tidak mustahil, justeru anda memerlukan seseorang untuk membetulkan kesilapan anda.
Sesiapa yang sudah biasa berusrah maka jurulatih ini dikenali sebagai naqib.
Siapa jurulatih anda?
Share This
Posted by pakdi on July 16, 2007 – 2:46 pm
Adakah ia berita gembira?
Timbalan Presiden FAM letak jawatan
5-1 sudah. 5-0 sudah. Yang terakhir? Jamie Carragher patut ditawarkan menjadi rakyat Malaysia kerana beliau sudah tidak mahu bermain untuk England. He He He..
Share This