Monthly Archives: July 2007

Apa itu Pengurusan Kewangan?

8
Filed under Personal Finance

Apabila disebut maudu’ pengurusan kewangan, ini lah yang perlu anda tahu:

1. Pengurusan Cashflow
2. Perancangan Cukai
3. Pelan Insurans
4. Pelan Pelaburan
5. Pelan Persaraan
6. Estate Planning

Asasnya adalah pengurusan cashflow. Sebab ia akan memberi kesan besar kepada hal-hal lain. Kalau anda gagal melakukan active savings dan tidak mengawal perbelanjaan, sebenarnya anda sendiri mencipta barah kewangan sendiri yang anda akan rasai 20-30 tahun akan datang. Malah, salah guna kad kredit boleh menyebabkan barah itu merebak dalam masa 5-10 tahun sahaja.

Kesilapan seterusnya adalah apabila anda menyamakan pelan insurans, pelan pelaburan dan pelan persaraan dalam satu produk. Baik dalam unit amanah, investment-link insurance dan lain-lain. Pelan-pelan ini sebenarnya adalah lebih dari sekadar anda membeli produk-produk daripada ejen yang mendekati anda.

Perkara yang selalu dilupakan adalah pengurusan cukai dan estate planning. Berapa ramai orang tidak tahu cara tidak membayar cukai dengan cara yang sah dan berapa banyak aset yang tidak dapat dicairkan kerana tidak merancang pembahagian harta.

Dan selaku orang Islam, ada 2 pelan tambahan yang mesti anda masukkan:

1. Pelan Fardhu Haji
2. Pengurusan Zakat

Ingat, perancangan kewangan adalah pelan yang komprehensif dan ia bersifat personal. Pelan anda dan pasangan anda pun pasti ada perbezaan. Perancangan kewangan bukan sekadar membeli produk ABC dan dana XYZ. Itu bukan merancang kewangan, itu namanya anda tolong bayarkan installment kereta mewah ejen tersebut.

Islam suruh umatnya jadi kaya

31
Filed under Motivation

“Pakdi dah berubah. Dia sudah takde ideologi. Asyik-asyik cerita pasal duit dalam blog dia.”

“Dalam Islam mana ada suruh umat dia jadi kaya!”

Ya. Itulah antara komen yang saya terima. Saya sudah berubah. Saya sudah tamak. Saya sudah hub ad-dunya. Saya tidak lagi mempunyai ideologi.

Dalam Quran, banyak ayat yang suruh umat Islam bayar zakat.

Dalam hadis yang shahih pun dinyatakan Islam itu tiangnya 5. Salah satu adalah zakat.

Adakah zakat dalam Islam itu hanyalah zakat fitrah? 8)

Adakah orang faqir dan miskin wajib bayar zakat?

Kalau tidak mahu berfikir, jangan baca blog ini :)

Buying a car is the most stupid thing to do

19
Filed under Personal Finance

Dia ada 16 biji kereta. Tapi dia suka ke sana ke mari dengan kereta Honda Accord lama dia je. Ada nostalgia katanya. Yang mata bulat, yang besar-besar dia simpan di hotel. Dia pakai bila perlu je macam semalam.

“Bagi la saya simpan satu, hehe..”

“Eh, kamu hari tu tak tahu ye saya ada jual kereta-kereta saya? Saya jual je berapa-berapa.”

“Tak beritahu mana saya tahu.”

“Alah, takpe. Yang penting untuk kamu sekarang savings. Pedulikan apa orang lain nak kata. Lagi berasap-asap kereta buruk kamu, lagi saya suka. Sekarang masa untuk savings. Biarlah orang lain kutuk kamu pakai kereta buruk pun. Diorang bukan tahu apa kamu buat.”

Dia pun tahu, “Buying a car is the most stupid thing to do.”

Millionaire yang sorang tu pun cakap macam begitu. Super Millionaire macam dia pun cakap benda yang sama. Orang yang belum millionaire je yang terus nak beli kereta baru lepas 3 bulan kerja.

p.s. Kenapa orang sangat-sangat kaya ni ada berbelas-belas biji kereta? hehe …

Harga Sebuah Kejayaan

3
Filed under Motivation

Ramai orang inginkan kejayaan. Tetapi tidak ramai orang sanggup membayar harga sebuah kejayaan. Hanya sedikit yang sanggup mengorbankan banyak masa, wang & tenaga demi mencapai cita-cita mereka. Selebihnya, hanya berangan-angan kosong.

Syurga pun ada harganya.

[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Surah As-Saff

Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?

19
Filed under Business

Tak faham. Tak logik. Tapi itulah hakikat.

Budak pandai ditawarkan biasiswa, lepas habis belajar dia kena kerja dengan pemberi biasiswa. Dia suka ke tak suka ke, kerja tetap kerja.

Budak kurang pandai tak diberikan biasiswa. Lepas habis belajar, pandai-pandai dia lah nak carik kerja sendiri. Kalau dah apply sana sini tak dapat, mari sini join skim usahawan khusus untuk mahasiswa menganggur.

Oh, perniagaan rupanya untuk budak kurang pandai. Bukan sekadar kurang pandai, penganggur pulak tu. Budak pandai jangan berniaga, tapi dia kena kerja jadi pegawai sahaja.

Siapa pembuat dasar tak masuk akal ini? Dia ingat seseorang itu dah jadi usahawan berjaya, dah jadi peniaga yang cemerlang selepas dia dapat loan dari gomen dan bukak kedai sahaja? Bukak kedai baru langkah pertama … ada 1001 lagi cabaran menanti.

1001 masalah itu perlu diatasi dengan akal yang bijaksana, bukan diuruskan oleh orang yang dalam interview pun tak boleh tawan hati para penemuduga.

Kalau dengan 3 orang panel pun budak tu tak boleh jual diri sendiri, dia ingat mudah ke nak jual produk dan servis pula kepada beribu-ribu orang lain pula?

Close
E-mail It