Ya. Saya (yang masih baru) dan En. Faizal Ibrahim yang sudah berpengalaman luas lebih 10 tahun dalam bidang ini akan bekerjasama mengadakan seminar technical analysis untuk anda. Syaratnya mudah, anda sudah ada pengalaman jual-beli, atau paling tidak sudah ada pengetahuan asas pasal pasaran. Dalam seminar ini, kami tidak expect soalan seperti, “En Faizal, stop loss tu apa?” atau “En. Faizal, moving averages tu apa dia?” Tapi ini adalah seminar yang tunjuk bagaimana meletakkan stop loss dengan lebih baik, apa yang tersirat dan tersurat dalam MA dan seterusnya.
Kelas asas sebegitu juga akan muncul menemui anda tidak lama lagi, tetapi untuk kelas pada 28 Julai 2007 ini, pengetahuan asas mengenai pasaran seharusnya sudah diketahui oleh anda. Malah, saya sendiri tidak tahu adakah kelas ini akan diadakan sekali lagi kerana bukan mudah nak minta seseorang yang berpengalaman sebegini melapangkan masa kerana beliau juga mempunyai perniagaan sendiri. (Psst, billionaire kat Malaysia pun main saham tau, cuba dapatkan tips dari driver mereka
)
Apa yang bakal anda belajar:
1. Candlestick
Ramai daripada anda trade guna candlestick. Tapi berapa ramai yang benar-benar tahu cara sebenar untuk menggunakannya. Apakah perbezaan Doji & Bearish Engulfing? Ya, sekiranya anda mengatakan kedua-duanya adalah “reversal pattern” maka anda perlu hadir ke kursus ini. Kalau tidak, jangan trade guna candlestick.
2. Pivot
Cuba cari buku yang menulis pasal pivot trading. Carilah di amazon.com, selongkarlah koleksi TA di Kinokuniya. Kenapa teknik ini tidak ditulis secara meluas seperti MA, atau ADX, atau Stochastic, dan lain-lain yang pasti ada ditulis dalam buku-buku mengenai TA?
3. Trendline
Sebelum saya mengenali beliau, saya juga silap dan tidak tahu cara yang betul melukis trendline. Bukan susah nak lukis trendline yang betul kalau tahu caranya. Kalau sudah tahu yang mana valid trendline, apa tunggu lagi?
4. Support & Resistance
S&R. Tetapi adakah ramai yang tahu cerita sebenar di sebalik Support & Resistance? Adakah ia sekadar garisan di atas chart anda? Kenapa KLCI (sehingga entry ini ditulis) masih gagal memecahkan resistance 1374 dengan sempurna? Apakah yang sedang berlaku dalam pasaran?
5. Em… (Rahsia)
Datanglah kalau nak tahu
Azizi Ali pun tak tulis semua tips hartanah dalam buku beliau.
Ding Ding Ding!
Ini bukan kelas jual trading system. Ini bukan kelas nak dapat hot tips. Ini kelas untuk menyediakan diri anda menjadi professional trader walaupun anda cuma melakukannya secara part time. Kelas ini mengajar anda alat, ya trading tools supaya anda boleh membangunkan trading system anda sendiri. Kalau anda cuba masuk ke pasaran tanpa pengetahuan yang betul, selamat jalan Romeo!
Seorang askar akan diajar perbezaan rifle, pistol, machine gun, shot gun, bazooka dan sebagainya. Dan seorang askar yang bijaksana akan dilantik menjadi seorang jeneral yang akhirnya akan menyusun strategi perangnya untuk menang dalam pertempuran. Kenapa setiap pegawai / jeneral mempunyai sepucuk pistol, dan tidak diberikan kepada seorang askar biasa?
Begitu juga dalam pasaran. Ya. Seminar ini dibuka untuk semua, sama ada anda terlibat dalam saham, futures & forex.