BicaraJutawan.com terkena lagi. Dilaporkan dalam Majalah i, keluaran Julai 2007, m/s 22 bertajuk Laman Web Skim Cepat Kaya Dipantau. Terima kasih kepada sahabat BJ, Dzul, yang memberitahu melalui SMS sewaktu saya baru melakukan briefing dalam sesi khas Cashflow 101 pagi tadi.
Walaupun terdapat sedikit penerangan yang menyebut,
“Bagaimanapun terdapat diantaranya hanyalah forum bersembang seperti laman web bicarajutawan, carigold dan wangcyber.”
Tetapi ia tetap menunjukkan sifat gopoh dan kurang teliti di pihak editorial Majalah i. Saya sangkakan majalah yang menulis banyak isu mengenai persoalan tajdid dan sunnah sebegini, para wartawan dan para editor mereka akan menjadi lebih teliti berbanding wartawan dan pihak editor Utusan Malaysia.
Apalah yang boleh diharapkan lagi. Sekiranya majalah Islamik sebegini pun boleh tidak menulis berdasarkan fakta. Kalau sudah diterangkan fakta tersebut salah, kenapa perlu memetik lagi laporan tersebut?
Saya selaku founder BicaraJutawan.com telah menghubungi pihak Utusan Malaysia, dan Pusat Keselamatan Siber Malaysia dan kedua-duanya tidak mahu bertanggungjawab. Utusan kata mereka. Mereka kata Utusan.
Akhirnya, pada seminar Secret of Savvy Investor IV pada 16 Jun lalu, saya telah berjumpa dengan salah seorang pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan bersetuju untuk membantu mereka mempromosi roadshow khas untuk orang Melayu mengenai pelaburan yang sah mengikut undang-undang Malaysia.
Terima kasih Majalah i. Ini sudah kali kedua.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)
