Monthly Archives: April 2007

Fahami Kegunaan Produk Kewangan yang anda beli

7
Filed under Cashflow Club

Dalam beberapa thread BJ, saya dan bai ada cakap menggunakan analogi. Mula-mula guna istilah memancing dan menangkap ikan. Lepas tu gunakan istilah-istilah hardware pula. Sebenarnya matlamatnya satu, “Dalam dunia kewangan, pelaburan dan perniagaan ni ada banyak alat (tools) dan kita kena tahu setiap kegunaan, kelemahan dan kekuatan alat-alat tersebut.”

“Saya dah melaburkan wang untuk anak saya, saya dah belikan dia insurans.”

Terus terang saya perlu beritahu, anda telah menggunakan alat yang silap untuk pelaburan anak anda atau anda masih belum faham apa kegunaan alat yang anda beli itu.

Apakah kegunaan terbaik kapak?

A. Menyiang ikan

B. Melapah daging

C. Meracik daun pandan

D. Menebang pokok

Ada banyak cara nak belajar mengenai alat-alat ini. Membaca, pergi ke kelas-kelas dan seminar, bertanya orang lain dan antara kaedah yang paling mudah, interaktif dan menyeronokkan adalah melalui Cashflow 101. Tetapi permainan ini tidaklah mampu memberikan semua jawapan dan penerangan tetapi ia cukup membantu anda secara umum.

Cashflow 101 secara langsung dan tidak langsung mengajar anda:

  1. Konsep Pay Yourself First
  2. Kepentingan Reserve Fund
  3. Cashflow bulanan positif
  4. Mencipta Passive Income
  5. Kegunaan Income Statement dan Balance Sheet dan aplikasinya
  6. Konsep asas pelaburan dalam akaun simpanan tetap (FD), amanah saham, saham spekulatif, saham bluechip, IPO
  7. Konsep asas pelaburan hartanah secara flipper atau penyewaan
  8. Konsep asas perniagaan konvensional dan francais
  9. Pengurusan hutang, hutang mana yang perlu dibayar segera & dikawal (bad debt & good debt)
  10. Bila kita perlu meminjam baik untuk urusan peribadi, perniagaan, hartanah mahupun share margin facility

Dan baanyaaaak lagi. Ia tidak mengajar anda satu persatu konsep tersebut, tetapi ia mengajar anda secara integrasi dalam permainan tersebut secara interaktif. Lagi banyak anda bertanya dan melakukan pemerhatian, lagi banyak anda belajar.

Manakala dalam Cashflow 202, anda akan belajar beberapa konsep tambahan yang lebih advance.

Bila anda tahu perkara-perkara sebegini, anda akan lebih bijak dalam membuat keputusan kewangan anda.

Kapak, pisau, gergaji, gunting, cutter, parang mempunyai sifat yang hampir sama. Tetapi adakah anda mencantikkan bunga orkid anda dengan kapak? Tentu tidak bukan ;)

————————————————————-

Berminat untuk menghadiri Bengkel Cashflow 101?

>>Ya, saya ingin mendaftar sekarang juga!

————————————————————-

Rezeki Anak

16
Filed under Cashflow Club

Beberapa minggu lepas saya menonton Datin Diaries dan salah satu dialog Nasha Aziz (Datin Sally? Nelly? Molly?) dengan Jalaludin Hasan (Datuk Kadir) menyebut perihal anak. Mereka berdua sudah berjanji untuk tidak mahu mendapat anak, kerana ingin menumpukan kepada kerjaya dan perniagaan. Begitulah kira-kiranya.

Apa yang menarik sepanjang saya mengendalikan permainan Cashflow 101 sebelum ini, ada satu pattern yang menarik. Pemain yang dapat anak ramai selalunya akan keluar ke fast track dahulu. Saya tidak tahu kenapa ia jadi begitu. Tidak mungkin kebetulan berlaku sehingga 10 x !

Ya, anda boleh dapat anak dalam permainan Cashflow! :)

Dalam Islam kita diajar anak merupakan salah satu rezeki dari Allah, walaupun mungkin ia tidak disengajakan (hohoho :P ) Ia adalah rezeki yang bukan dalam berbentuk wang tunai. Malah, nanti anak-anak “menghabiskan” duit anda pula.

Salah satu dialog spontan salah seorang peserta yang saya ingat sampai sekarang adalah:

“Banyak rupanya duit mak bapak aku dulu habiskan untuk aku rupanya.”

Peserta tersebut berkata begitu sebab apabila pemain mendapat anak, secara automatik perbelanjaan (expenses) bertambah. Ada kad doodads tertentu perlu ditunaikan. Dan yang paling utama, cashflow bulanan anda berkurangan! Hoho. Jadi, sudah tentu ramai yang tidak mahu mendapatkan “anak” seboleh-bolehnya dalam permainan Cashflow.

Walaupun begitu, mereka yang agak “terseksa” kerana kehadiran anak dalam permainan ini pada awalnya selalu keluar lebih awal dari rat race, berbanding peserta yang tidak mendapat anak walaupun seorang. Walaupun tidak berlaku setiap kali permainan, tetapi kekerapan itu ada.

Kenapa ia terjadi? Ia memang sukar untuk dijawab secara tepat.

Pakcik saya yang anaknya 12 orang yang dahulunya hidup keluarga mereka sangat susah, kini seorang jutawan. Walaupun statusnya jutawan segera (pampasan peneroka) tetapi ia tetap rezeki yang datang tidak disangka-sangka. Dan gaya hidupnya tidak pernah berubah menjadi gaya hidup mewah dan membazir . Dia masih meredah hujan dengan motor kapchai untuk menjemput anaknya dari sekolah!

Rezeki anak-anak…

——————————————————————-

>> Sertai Bengkel Cashflow 101 dengan mendaftar di http://BicaraJutawan.com

——————————————————————-

The Ah Kau Story

11
Filed under Cashflow Club, Motivation

Saya mendapat cerita yang baik mengenai Ah Kau. Emel yang diberikan oleh abang saya, dan kini saya ingin berkongsi dengan anda semua.

Selamat membaca

———————————————————————

Ah Kau is a guy who sells newspaper every morning next to your apartment, and you are one of his daily regular customers. Before dashing off to your office every day, you will go to his small stall and buy The Star newspaper. Wearing a newly pressed shirt, a tie, and a pair of Clarks shoes, you grab a copy of The Star, pay RM1.20 and exchange smiles with Ah Kau and greet him.

“Apa macam Ah Kau ini hari? Bisnes ada baik?” The normal greeting like you do every day. Yes, Ah Kau doesn’t speak English. He speaks Chinese and knows a little bit of Malay. He speaks a little bit of Malay but with a very thick Chinese accent. “Biasa saja! ini bisnes aa, kadang kadang baik, kadang kadang tada untung.”

“Biasalah hidup. Kadang kadang ok, kadang kadang tak ok.” You give Ah Kau a pat on the back. You smile and walk away and get into your car. You start the engine and start driving to your office, a multinational semiconductor company located in a premier industrial area. You are a young and promising finance executive and the future looks bright for you.

A year goes by and things look pretty good on the track. You decide to marry your fiancé and have your new wife moves in to your place. Both of you feel happy because you can save more money as the two of you will be sharing one apartment and can live as one. Ah Kau is still selling the newspaper as usual. Sometimes in the morning your wife gets the newspaper from Ah Kau instead of you.

A year later a child comes along, and you decide to buy and move into a newly developed condominium just across the street. This place is bigger so it will be perfectly fit for the 3 of you. But since both of you are working, you decide to get a maid to take of the household and your kid. By this time you’re offered a managerial job from another multinational; the remuneration package offered is much better in terms of the pay, contractual bonus, medical benefits, ESOS scheme and a few others which make it impossible for you to decline. So you join this company happily.

You get busier. You realize that you spend less and less time with your family. When your department is busy preparing for the next audit, your working hours become more and more ridiculous. Any internal issues arising in the office means you’ll be stuck in the office until 8 or 9 pm. Sometimes, during the weekend, you’ll spend your time in your office, buried under paper works and documentation’s, instead of taking your family for a walk in the park.

One morning, on your way to get your copy of The Star, you realized that Ah Kau is no longer in his stall. So is his rundown motorbike. Instead, there’s another young Chinese guy at the stall. “What happen to Ah Kau?” You ask out of curiosity. “Oh, he is still around, but he is no longer taking care of this stall as he has opened up a new grocery shop down town. I am running this newspaper stall for him.”

“Ok.” you smile. You feel happy for Ah Kau. At last he manages to improve his life. Your normal life continues. A year passes by and at the end of your company’s fiscal year; you’re rewarded for your effort with a 5 months bonus pay-out by your employer. Wow. Now that is a very handsome reward. You feel your effort has been equally compensated. To celebrate, you decide that it’s time to trade your 5-year old Proton Wira to the latest Honda Civic model. It won’t be much a problem to you to get a loan scheme from the bank as your pay slip will provide you an easy gateway to access financial help from any bank.

One day, the hardest reality of life hits you right on the face. The company that you’ve been working for years announces that they’re moving their business to China for cost and competitive reason and has asked you to find a job somewhere else. “What?” You scream out cold. “I got a lot of liabilities on the card! Who’s gonna pay for my mortgage? My car? My credit card? My gym fees? My bills?” You yell like there’s no way out.

This is the first time you feel let down by your own employer. All your hard work seems to go up on the smoke. You feel sick. You now hate your company. On the way home, you stopped by at a mamak restaurant for a cup of teh tarik while pondering about your future. Alone. Suddenly you saw this new, shiny BMW 3 series being parked nearby. And to your surprise, it was Ah Kau.

Yes, Ah Kau who used to sell newspapers nearby your old apartment. “What happened to old Ah Kau?” You whisper to yourself. Ah Kau still recognizes you, and sit next to you, and shared his story. To make it short, Ah Kau had accumulated his money from selling newspapers to open more stalls, one after another. Every new stall is run by his workers so that he focused on opening more and more stalls, which in turn give him more and more money. Over the years, he had accumulated enough cash to open up new grocery store while at the same time buying more assets to grow his wealth. And his current wealth and success is achieved without any loan or financial help from banks and other financial institutions.

There you go. That’s the story. While Ah Kau is set to become financially free, you’re back to where you’re started before. Ground zero.

Before leaving, Ah Kau gives you a familiar quote, ” Biasalah hidup. Kadang kadang ok, kadang kadang tak ok.” He gives you a pat on the back and walks away.

In reality, if you’re observant enough, there are a lot of Ah Kaus out there, that you will see every day and every where you go. The names are different, but inside them is every character of Ah Kau. They might be Uncle Dorai, Ah Chong, Pak Abu, Makcik Gemuk, Pak Man nasi lemak or others.

They look to be struggling on the surface, but if you look carefully and compare with you life, many of them are living with little or no liabilities. They ride an old kapcai bike. They live in an old rundown house. They don’t have credit card to swipe. They wear a 10-year old shirt and short. No new, shiny Toyota Harrier. In short, their living means are far below than yours. But what you don’t realize is that many of them can save more money than yours, and over the years generate enough money to expand their business, or invest in properties. Their asset columns are much thicker than that of yours.

So the next time you see Ah Kaus, never look down on them, and never under estimate them. Or else you’re up for a harsh reality lesson.

————————————————————————

Anda mahu tahu bagaimana orang seperti Ah Kau boleh jadi begitu? Sertai bengkel Cashflow 101. Sila rujuk http://www.BicaraJutawan.com

————————————————————————

Majalah Pelaburan Berbahasa Melayu?

3
Filed under Economy & Finance


Saya baru mendapat The Traders’s Journal keluaran April 2007 secara percuma setelah memohon free trial semasa menjadi peserta ATIC 2007 yang lalu. Majalah ini berpengkalan di Singapura & Australia.

Kalau anda mahu membaca banyak berita perniagaan, saya yakin anda akan mencari akhbar The Star dan New Straits Times. Tapi kalau anda mahu berita hiburan, apa lagi Utusan Malaysia dan Berita Harian lah. Lebih-lebih lagi kalau pada hari Ahad.

Kasihan kita orang Melayu, sudah lah rakan-rakan, keluarga anda yang banyak menyertai skim cepat kaya, majalah-majalah semasa berkaitan ekonomi, pelaburan & kewangan yang berbahasa Melayu amatlah sukar nak didapati. Dewan Ekonomi ?

Adakah tiada demand dari masyarakat Melayu atau tiada supply untuk mereka?

Saya kurang pasti. Mungkin anda ada pendapat tersendiri.

Penerangan Ringkas

1
Filed under Me


Satu pagi tiba-tiba masuk satu SMS:

“Ko ada antor ke soklan kat u.zaharuddin, kuar dlm mjlh i” - fiddeen.

Maka hari ini saya membeli majalah I, Mei 2007 tersebut dan pada muka surat 78 & 79, dengan headline Peguam Terlibat Riba , soalan tersebut datang dari “Pak Di”.

Sebetulnya saya terkilan kerana soalan tersebut diterbitkan dalam majalah tersebut kerana saya langsung tidak emel / menghantar surat ke majalah I sebarang persoalan untuk dijawab dan diterbitkan, melainkan persoalan tersebut adalah sebahagian dari thread forum yang bertajuk: >> Kerja dengan bank konvensional

Dulu artikel saya, Kisah Adik Beradik pernah diplagiat oleh majalah Minda, dan kini hal ini pula berlaku. Kalau mahu ia diterbitkan, saya berpendapat seharusnya keseluruhan perbincangan dalam forum tersebut diterbitkan sekali kerana persoalan saya perlu dilihat dari konteks yang sangat luas. Bukan konteks bekerja sebagai peguam dan pegawai di perbankan konvensional semata-mata. Dan saya pun mahu di bawah nama Pak Di tu diletakkan alamat www.pakdi.net. Hoho…

Saya tidak mahu mengulas lanjut. Cuma saya ingin menerangkan kepada pembaca majalah I yang barangkali juga membaca blog ini, nama “Pak Di” yang dimaksudkan itu sememangnya saya. Tetapi persoalan asalnya adalah dalam konteks yang perbincangan yang lebih luas dan strategik untuk mencapai satu kesepakatan. Kalau anda membaca thread forum yang asal, barangkali anda boleh membaca dan menilainya sendiri.

Harap Maklum.

p.s. saya ada sebab kenapa persoalan tersebut ditanyakan dalam internet forum sahaja, dan tidak dalam medium lain, kerana internet forum adalah sangat sesuai untuk perbincangan sebelum sebarang kata putus disepakati bersama. Ada perbezaan antara forum, website, blog dan lain-lain.

Rujukan:

1. Hukum Kerja Peguam, Saksi & Penjamin Pinjaman Bank
2. Internet Forum

Close
E-mail It