Rezeki Anak

Filed under Cashflow Club

Beberapa minggu lepas saya menonton Datin Diaries dan salah satu dialog Nasha Aziz (Datin Sally? Nelly? Molly?) dengan Jalaludin Hasan (Datuk Kadir) menyebut perihal anak. Mereka berdua sudah berjanji untuk tidak mahu mendapat anak, kerana ingin menumpukan kepada kerjaya dan perniagaan. Begitulah kira-kiranya.

Apa yang menarik sepanjang saya mengendalikan permainan Cashflow 101 sebelum ini, ada satu pattern yang menarik. Pemain yang dapat anak ramai selalunya akan keluar ke fast track dahulu. Saya tidak tahu kenapa ia jadi begitu. Tidak mungkin kebetulan berlaku sehingga 10 x !

Ya, anda boleh dapat anak dalam permainan Cashflow! :)

Dalam Islam kita diajar anak merupakan salah satu rezeki dari Allah, walaupun mungkin ia tidak disengajakan (hohoho :P ) Ia adalah rezeki yang bukan dalam berbentuk wang tunai. Malah, nanti anak-anak “menghabiskan” duit anda pula.

Salah satu dialog spontan salah seorang peserta yang saya ingat sampai sekarang adalah:

“Banyak rupanya duit mak bapak aku dulu habiskan untuk aku rupanya.”

Peserta tersebut berkata begitu sebab apabila pemain mendapat anak, secara automatik perbelanjaan (expenses) bertambah. Ada kad doodads tertentu perlu ditunaikan. Dan yang paling utama, cashflow bulanan anda berkurangan! Hoho. Jadi, sudah tentu ramai yang tidak mahu mendapatkan “anak” seboleh-bolehnya dalam permainan Cashflow.

Walaupun begitu, mereka yang agak “terseksa” kerana kehadiran anak dalam permainan ini pada awalnya selalu keluar lebih awal dari rat race, berbanding peserta yang tidak mendapat anak walaupun seorang. Walaupun tidak berlaku setiap kali permainan, tetapi kekerapan itu ada.

Kenapa ia terjadi? Ia memang sukar untuk dijawab secara tepat.

Pakcik saya yang anaknya 12 orang yang dahulunya hidup keluarga mereka sangat susah, kini seorang jutawan. Walaupun statusnya jutawan segera (pampasan peneroka) tetapi ia tetap rezeki yang datang tidak disangka-sangka. Dan gaya hidupnya tidak pernah berubah menjadi gaya hidup mewah dan membazir . Dia masih meredah hujan dengan motor kapchai untuk menjemput anaknya dari sekolah!

Rezeki anak-anak…

——————————————————————-

>> Sertai Bengkel Cashflow 101 dengan mendaftar di http://BicaraJutawan.com

——————————————————————-


More Interesting Posts:
Rat Race
Cashflow 101: Bergaji kecil pun boleh kaya
Fikir Luar Otak
Fakta, Tips atau khabar angin?
The Pursuit of Happyness
Fahami Kegunaan Produk Kewangan yang anda beli
Bengkel Cashflow 101: Sesi Jemputan

16 Comments

  1. Posted April 23, 2007 at 1:06 am | Permalink

    Rezeki anak-anak,kalu tak hari ni insya allah pada masa depan.
    Invest more on anak-anak,insya allah taala sampai masanya kita akan sama2 dpt berkongsi hasilnya,baik di dunia mahupun dialam yg lagi satu.
    Amat rugilah jika orang itu mengabaikan anak-anaknya.
    Lagi rugi kalau orang itu mengelak untuk mendapatkan anak demi mencari keuntungan dunia.

    Pakdi: Ya.. anak itu amanah Allah :)

  2. Posted April 23, 2007 at 1:17 am | Permalink

    Itulah, kalau ikut apa yang Allah s.w.t kata, cash dia bagi. Kita pun kadang-kadang tak expect sumber yang Dia nak bagi tu.

    Pakdi: Iman & taqwa penentu orang tu nak percaya sepenuh hati ke tak dalam benda macam ni :)

  3. Posted April 23, 2007 at 1:45 am | Permalink

    alhamdulillah pakdi.. aku dah ada sorang.. Muaz Syatibi nama diberi.. ekau bilo laie?? :D

    Pakdi: Aku ada gak, tahun ni je dah tambah 2, nak tambah lagi 1 … er anak buah :D

  4. shueqry
    Posted April 23, 2007 at 9:19 am | Permalink

    asmkm Pakdi, bagi saya, bila kita dah ada anak, memang expenses juga akan bertambah. Jadi, perlu cari jalan create sumber pendapatan lain selain gaji untuk tambah sumber income.

    Bila dah stabil sumber income yang tadi tu selain gaji, tambah lagi sumber pendapatan lain dan mantapkannya supaya jadi stady income.. sedar tak sedar, kita create multiple streams of income..

    Pakdi: Ya… begitulah kesedaran yang perlu ada :)

  5. al_qamaru
    Posted April 23, 2007 at 10:08 am | Permalink

    sy tgk sdiri abg chaq sy. selang sthn or 2thn dpt anak. dia mmg target nk 1 team bola skali dgn pmain smpnan. skrg dh nk msk 6org anak. umur br 35thn tapi rezeki dia mmg makin tmbh. kiranye anak btmbh aset pn btmbh gak. anak ni bkn skadar rezeki di dunia. kalu btul didikannye.. insyaallah ade rezeki di ’sana’ :)

    sy pn dh ramai anak.. 10org. hehe.. anak sdara :D

    Pakdi: Anak kambing? :)

  6. kumb@ng
    Posted April 23, 2007 at 10:57 am | Permalink

    Setelah membaca artikel dan komen-komen diatas, aku mengambil keputusan untuk bersedia dari sekarang… :D

    Pakdi: Bersedia untuk berkahwin? ;)

  7. Posted April 23, 2007 at 12:10 pm | Permalink

    First..mmg setuju sgt pasal rezeki anak tu. Sebenarnya aku selalu gak dok bertekak ngan orang yang ckp.. Ko kalo dok KL paling banyak anak 3 je. Kalo tak susah la hidup ko. Bapak ko yang ada 10 orang anak tu takpela dok Klantan.

    Pada aku, lahirnya seorang insan ke dunia. Allah dah tulis semua rezeki, jodoh, mati dll. Selamat beranak ramai. Nak anak ramai, isteri kene ramai.. Opss.. ;-)

    Teringat adik bongsu saya yang main cash flow..setiap kali dpt anak mesti dia tepuk dahi.. Hahak.. Pasni boleh crita point pakdi nih.

    Pakdi: Hehe… adik bongsu mu berapa tahun? :)

  8. Posted April 23, 2007 at 12:11 pm | Permalink

    kahwin pun Allah akan murahkan rezeki.. ada ayat dalam Quran yang menerangkannya..

    ada kisah sorang sahabat yang miskin. nabi suruh kawin.. dia kawin 1 masih miskin, nabi suruh kawin lagi. kawin 2 masih miskin, kawin 3 pun sama juga, sampailah yang keempat barulah dia dapat hidup senang sebab isteri yang keempat ada kepandaian menjahit..

    so sapa2 yang tak kawin lagi tu.. tak teruja ke.. :D

    Pakdi: Cuba kau cakap kat family, nak nikah je, pastu video nikah upload di youtube, kenduri kecik2 cam majlis tahlil je, agak-agak berapa ramai parents yang ndak buat gitu ;)

  9. Posted April 23, 2007 at 3:23 pm | Permalink

    aku sejak dilahirkan dah ada anak. anak mata.. hahaha.. buat lawak di petang yang bosan + pening.

    Pakdi: Anak tekak? :P kenapa kau pening? tengok bullish harami tetiba muncul doji pulak? hehe

  10. apsallak
    Posted April 23, 2007 at 7:07 pm | Permalink

    Anak kecil main api…
    eh..silap..ni lagu..hehehe

    Pakdi: Terbakar hatinya yang sepi …

  11. Posted April 23, 2007 at 9:13 pm | Permalink

    Rezeki anak2. Ia benar.. Bukan kebetulan :D.
    Berminat kat cashflow ni tp jauh la plak..

    Pakdi: Lokasi di mana rizal?

  12. Posted April 24, 2007 at 8:50 pm | Permalink

    Kuala Kangsar, Perak..

    Pakdi: Oo.. Orang Kuala :)

  13. Posted April 25, 2007 at 4:08 pm | Permalink

    Pakdi ckp ooo tu cam biasa je ngn kuala..?

    Pakdi: Ada 3,4 kali jugak ke kawasan sana. rumah kawan. tapi bukan di kuala.

  14. Posted April 26, 2007 at 4:45 pm | Permalink

    Patut la.
    Teman bukan tinggal di kuala gak.. Teman tinggal dekat dengan kawasan lata ulu kenas(rasanya tahu kot) :D

    Pakdi: Teman ke jenalik… :)

  15. Posted April 27, 2007 at 12:32 am | Permalink

    Owh.. Tempat yang mengemparkan Malaysia dulu.. :)

    Pakdi: hehe..

  16. zam
    Posted April 2, 2008 at 2:58 am | Permalink

    ialah klau ramai anak ramailah umat islam.janji rezeki untuk mereka jangan di makan.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It