Perniagaan Multi-Level Marketing atau MLM adalah fenomena baru dalam masyarakat dunia. MLM juga dikenali sebagai Network Marketing. Secara asasnya, MLM adalah gabungan perniagaan direct selling dan francais.
MLM adalah fenomena baru kerana ia hanya dikesan sekitar tahun 1950an dan ia berjaya menghasilkan ramai orang kaya baru dengan kadar yang pantas. Seperti yang sedang berlaku di Malaysia sekarang, penduduk di Amerika juga pernah curiga dengan kehadiran MLM kerana ia seolah-olah seperti skim Ponzi dan skim cepat kaya.
Akhirnya pada 1979, dalam kes In re. Amway Corp. , ia diputuskan sesungguhnya MLM bukanlah satu skim penipuan piramid, ia adalah asas perniagaan yang sah. Dan Federal Trade Commission di Amerika telah menggariskan 7 panduan asas untuk mengenal pasti skim penipuan dan syarikat MLM yang sah.
Setelah hampir 30 tahun kes tersebut diputuskan, barulah umat Islam “demam” mengenai hukum MLM. Seperti panduan yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin dan juga Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Pusat ini.
Saya tidak mahu mengulas dari sudut hukum, tetapi saya ingin mengulas isu demam hukum MLM ini dari perspektif lain.
1. Kenapa setelah kira-kira 50 tahun MLM wujud, baru umat Islam membincangkan mengenai MLM?
Antara syarikat awal MLM, Amway telah bertapak di Malaysia sejak 1976 lagi. Seperti mana yang kita ketahui, industri MLM dikuasai oleh masyarakat Cina.
Adakah ini bermaksud masyarakat Islam terlambat 30 tahun dalam hal ini? Syarikat-syarikat MLM milik bukan Islam sudah mula masuk ke papan-papan saham Bursa Malaysia barulah kita terhegeh-hegeh nak mengambil tahu mengenainya.
Itu pun masih ramai yang keliru antara MLM palsu dan MLM tulen.
2. Kekeliruan ustaz-ustaz celup
Apabila timbul isu begini, kita dapat lihat betapa cetek pengetahuan masyarakat Islam tentang perniagaan dan ketinggalannya kita dalam bidang ini. Ditambah lagi dengan kehadiran ustaz-ustaz celup yang hanya melihat duit sebagai matlamat tanpa pernah untuk cuba memahami konsep perniagaan dan pelaburan yang sebenar, terus mengusutkan keadaan.
“Ustaz ni kata MLM ni halal. Kau bukan ustaz, apa kau tahu.”
Alangkah mudahnya seseorang itu dilabel sebagai ustaz, dan betapa taksubnya masyarakat kita dengan title “ustaz”, sehingga untuk menyanggah mereka dalam bidang yang bukan dalam kepakaran mereka pun masyarakat tidak berani. (Oh ya, pelajar degree usuluddin, Bahasa Arab, Tafsir, Hadis, malah syariah pun belum tentu mahir dalam fiqh dan usul, apatah lagi berkaitan dalam fiqh al-muamalat)
3. Sifat tidak sabar ustaz-ustaz segera
Keadaan kusut kini dimasaikan (kusut masai) pula dengan kehadiran “ustaz segera” atau “ustaz copy-paste“. Dalam istilahnya kita sebut mereka yang bertaqlid. Mereka sendiri tidak faham dan kurang arif apa yang mereka copy-paste secara online atau offline. Apa yang mereka tahu, “Ustaz A kata ini haram, Ustaz B kata ini halal.”

Tahu apa itu marketing? Guerilla Marketing? Four P’s? 8 p’s? Generate lead? Viral Marketing? Matrix system? Branding? Referral?
Apa benda tu. Ntah, saya tidak pasti kebanyakan ustaz segera ini pun tahu. Apa yang mereka tahu, forward-forward-forward dan forward segalanya dalam kantung emel.
Contoh mudah dalam isu ASB (Oh saya suka ambil ASB sebagai contoh kerana semua orang mudah nak faham)
“Pakdi, kau ni tak paham-paham lagi ke, ASB haram lah.”
Bagi saya, apabila ASB haram, ia bukan sekadar hukum RM 100 000 dalam akaun ASB anda. Ia juga adalah hukum dana ASB yang berjumlah berbilion-bilion di dalam pasaran.
Kalau setakat RM 10,000 hatta RM 1 juta pun dikeluarkan dari pasaran, ia tidak mempunyai kesan apa-apa pun terhadap pasaran dan sosio-ekonomi. Tetapi kalau RM 1 atau 10 bilion diambil keluar dari pasaran tanpa persediaan yang betul, ia mempunyai kesan yang besar dalam pasaran dan juga sosio-ekonomi negara.
4. Integrasi ilmu
Kalau dia ada degree dalam bidang agama (walaupun CGPA dia hanya 2.0) anda akan tetap panggil dia ustaz. Apatah lagi kalau dia pakai kopiah dan jubah.
Tetapi kalau dia ada PhD dalam bidang ekonomi dan kewangan (hoho, ini ilmu sekular) jangan harap masyarakat akan panggil dia ustaz walaupun dia dah tulis pelbagai tajuk jurnal akademik dan buku.
Masalah umat Islam berlaku apabila “orang agama” tidak belajar ilmu di luar bidang agama, dan “bukan orang agama” tidak belajar ilmu agama. Sejak bila lah ilmu Islam itu hanya bab haid dan nifas serta mandi wajib sahaja?
Saya berpendapat kewujuduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah titik awal integrasi ilmu ini dapat diwujudkan untuk kebaikan jangka masa panjang. Justeru, kita bakal menyaksikan pakar ekonomi yang boleh bercakap tentang teori ekonomi Keynesian serta prinsip zakat secara perbandingan!
5. Adakah umat Islam sudah bersedia?
Apa yang saya baca tentang persoalan-persoalan hukum MLM yang ditulis setakat ini masih belum membincangkan hukum MLM yang tulen secara mendalam. Kebanyakannya masih bersifat untuk membezakan skim MLM penipuan dan perbincangan yang masih bersifat surface dan perbahasan yang masih belum cukup matang.
Sama ada ia perlu dibincangkan secara mendalam atau tidak, saya kurang pasti keutamaanya. Tetapi sekiranya ada diantara ilmuwan kita yang mahu mengkaji mengenai MLM yang tulen dan hukumnya disisi Islam, saya pasti satu buku tebal dapat diterbitkan, dan bukan hanya satu artikel yang ringkas.
Anda perlu maklum, perniagaan MLM mempunyai banyak kelebihan berbanding perniagaan secara konvensional. Sekiranya model MLM yang sedia ada ini sememangnya tidak syari’e maka tindakan segera perlu dilakukan kerana industri amanah saham, insurans dan takaful juga sedikit sebanyak mempunyai mempunyai model perniagaan yang sama.
Adakah umat Islam sudah bersedia mengisi kekosongan tersebut? Model MLM yang syari’e?
Betul, mencari yang halal itu adalah fardhu bagi umat Islam. Tetapi bukan sekadar itu, segala usaha dan penat lelah untuk menyediakan yang halal juga adalah kefardhuan. Kita sudah terlalu jauh tertinggal sehinggakan kita perlu mengutip di jalanan, segala ilmu-ilmu yang sudah lama hilang dari tangan orang Islam.
Masyarakat Muslim setakat ini hanya gemar membeli end-product yang halal semata-mata - bermentaliti pengguna, berbanding untuk memikirkan untuk menjadi pengeluar, yang menyediakan end-product yang halal kepada semua.
Hal ini menyebabkan ada yang tidak mahu bekerja di bank-bank konvensional kerana berpendapat ia adalah pekerjaan yang haram tanpa menyedari perbankan Islam masih terlalu baru dan mentah dan kita masih perlu banyak mempelajari dari sistem perbankan yang lebih maju dari sudut aplikasi perniagaan dan konsep pengurusan mereka.
Sekiranya anda berpendapat model MLM yang sedia ada ini haram, tetapi tidak mampu memberikan model MLM yang patuh syariah, maka saya fikir kita semua - umat Islam - memang terlalu jauh lagi dalam persediaan untuk menyediakan ruang pelaburan halal yang nilainya melebihi RM 100 bilion (jumlah ini baru untuk memenuhi demand KWSP)
Akhir Kata
Seperti mana yang saya telah sebut sebelum ini, kita perlu tahu bertanyakan soalan yang betul untuk keluar jadi manusia yang biasa-biasa.
Gelombang pencarian rezeki dan produk yang halal memang sudah bermula. Ia adalah satu perkembangan yang sangat baik. Justeru, sudah pasti persoalan hukum MLM adalah salah satu kesan dari gelombang tersebut.
Namun kelihatan umat Islam seluruhnya belum bersedia secukupnya untuk memenuhi permintaan halal sebegini lagi. Kita masih belum cukup pengeluar / pemodal / usahawan yang mampu memenuhi permintaan tersebut.
Barangkali ini adalah first wave sahaja, dan menurut Elliot Wave Principle, 3rd wave adalah gelombang yang paling kuat dan di saat inilah umat Islam perlu benar-benar bersedia.
Adakah anda sudah mempersiapkan diri apabila gelombang ketiga tersebut tiba kelak?
17 Comments
wah, masuk elliot wave skali tuuu…
tengah hadam apa yang pakdi tulis ni.. jadi tak dapat mengeluarkan komen yang bermutu
aku sebagai pekerja di syarikat MLM Bumiputera Muslim, aku rasa, MLM ni ok, just terdapat kecenderungan ahli yang atas untuk bermain money game. Orang Islam perlu lebih banyak membuka MLM macam HPA, semoga dapat memenuhi keperluan umat Islam yang lain dari segi penyediaan makanan/keperluan hidup yang halal DAN peluang menambah pendapatan yang baik.
p/s: ada soalan kat post baru blog aku. mintak tolong jawab.
Pakdi: Hehe… Kau kerja di syarikat MLM ke… ooo
pak di … i find ur articles very interesting … u give us the muslims especially malays different perspectives to think of. Kalau selama ni kita sebagai melayu islam mempunyai budaya meng’iya’kan apa sahaja cakap2 sang ustaz tak kira celup atau tak. Ada tak kita berhenti untuk benar2 mengkaji hujah2 yang diguna pakai oleh sang ustaz? Ini tak bila dengar ajer haram terus kita semua melatah dan habis kita labelkan apa/siapa yang terbabit sebagai haram.
Saya juga berpendapat kita tidak boleh dengan mudah melabelkan sesuatu produk/aktiviti itu halal atau haram kerana kita hidup dalam dunia ekonomi yang didominasi oleh kuasa sekular atau bukan islam. Kalau kita sentiasa mengatakan itu ini haram dan tak boleh terlibat dengannya sampai bila kita umat islam boleh mempunyai ekonomi halal yang berlandaskan islam.
Walau bagaimanapun ini bukanlah platform untuk menghalalkan apa yang sudah terang haram seperti wang hasil pelacuran!! Dunia ekonomi sekarang lebih komplikated dari zaman Rasulullah s.a.w dulu. Kalau dulu mana ada institusi bank dengan perniagaan wang yang melibatkan bilion/trilion dollars di niagakan di kaunter2 seluruh dunia. Dimanakah bijak pandai islam semasa perniagaan wang ini dimulakan dahulu?? Tapi sekarang setelah perniagaan ini establish dengan konsep2 sekular dimana juga bijak pandai islam ini? Adakah kita masih melabelkan halal/haram dan kerana ini kita tidak boleh terlibat dan akhirnya ekonomi islam ketinggalan seperti yang kita lihat semasa revolusi industri pada abad2 yang lepas??? Adakah jihad umat islam hanya terhad di medan perang atau bukan kah jihad pada zaman sekarang lebih kepada jihad di sektor ekonomi?? Satu lagi persoalan yang perlu dilontarkan dimanakah ’standing’ kita umat islam dalam ekonomi berbanding dengan pihak sekular yang menguasai pasaran. Mungkin ini lebih patut kita juangkan daripada asyik sebok berdebat yang ini halal/haram dan tanpa membuat apa2 untuk mengubah nasib ekonomi umat islam itu sendiri!!
Pakdi: Umat Islam masih suka berbalah hal cabang dalam berbanding isu yang mendasar. Kita perlu byk bekerja dan kurangkan bercakap.
bekerja dengan menjadi ahli SANGAT2 berbeza ye
aku buat keje aku je (walaupon turut memberi buah fikiran tentang promosi)
ini memang MLM tulen. terasa tempias dengan kedatangan MLM ntahapaapantah.
secara ikhlas, dalam jangka masa pendek kebelakangan ni, MLM yang benar2 jual produk agak kalah dengan MLM yang menjanjikan wang ala skim cepat kaya. tapi only time will tells how far they can go.
Pakdi: Skim Cepat Kaya memang merosakkan ekonomi. Gua pernah buat simulasi skim cepat kaya ni. Mmg ekonomi terbarai. So, bukan MLM tulen je ada effect, tapi ekonomi negara pun ada effect kalau skim cepat kaya ni byk sgt.
akhir-akhir ni jadi pembaca setia lak kat blog ni..hehe. sbbnya, ada sesuatu yg menarik minat saya utk terus menanti,membaca disamping ada sumber ilmu yg boleh dijadikan panduan.
hmm…artikel kali ni menarik.walau panjang lebar tapi saya faham maksudnya.cuma tak tau nak komen part mana sbb setiap persoalan dah ada huraian yg lengkap
cuma apa yg boleh saya perkatakan ialah penyediaan utk menyampaikan ilmu kpd masyarakat masih tak menyeluruh. orang2 agama yg utama sendiri masih bercanggah dari segi pendpt dan bagi org yg cetek ilmu, tentu tak mahu ada sesuatu yg boleh menyukarkan hidup mereka.
Oleh itu, buat masa ini terima aje apa yg ada dan niatkan dlm hati inginkan sesuatu yg lebih baik akan berlaku pada hari esok dan seterusnya. kalau dpt disertakan niat dan perbuatan pun lagi baik
Pakdi: Terima kasih-terima kasih jadi pembaca setia. Komen je apa-apa yang salah, saya bukan ma’sum. Kita kena merancang dengan betul untuk merealisasikan sesuatu yang baik
haha w’pun aku degre bahasa arab… aku tak belajar bidang agama secara detail. ade la sentuh sikit bab tafsir untuk mengaplikasikan teori terjemahan tapi ada orang panggil aku ustaz juga. aku segan sebenarnya dgn istilah tu ditujukan pada aku.
Pakdi: Kalau orang lughah bercakap tentang lughah, memang kita akui kelebihan & kepakarannya dalam bidang tu. tetapi adakalanya orang yang tidak tahu apa-apa pasal fiqh dan usul pun cuba mengeluarkan fatwa. ustaz zamri tak mahu buat kelas bahasa arab ke? byk potensi jugak tu.
Tiba kat part 3rd Wave.. termangu sekejap.. tapi perasan ada link..Nasib baik..
memang best blog ni.. macam tau2 jek kat mana reader die stuck..
tabik spring sketttt…nyet.. nyet…(hehe..)
Adakah ini yang dikatakan zaman dugaan terbesar umat Islam? ..saya sedikit bimbang dengan ahli saudara seagamaku..minta dilindungi semuanya..Amin..
Pakdi: Islam ni hanya menunggu umatnya yang ahli untuk membolehkan ia naik semula. Apabila orang yang bukan ahli nya yang memegang amanah, maka ia akan menjadi fitnah kepada Islam.
Satu artikel yang menarik Pak Di nampaknya kita dah terkebelakang dalam soal ini. Bila kena tipu barulah nak heboh nampknya kajian memang tidak dilakukan oleh mereka. harap artikel ini memberi kesedaran
Pakdi: Alang-alang isu ini sedang diperkatakan di media, kita semua perlu ambil kesempatan beri penerangan
“ustaz zamri tak mahu buat kelas bahasa arab ke? byk potensi jugak tu.”
aisehh pakdi jgnla panggil ustaz. ana tak confiden la nk mengajor org stakat ni. dah lama tinggal makin berhabuk jadi. encik abd rahman http://www.belajarbahasaarab.com tu layak wat kelas.
Pakdi: Takkan seorang je. Dia pun tak larat nak cater all the demand. Sekarang ni orang mahukan “Islam” dalam segala hal. Jadi bahasa al-Quran pun ramai yang berminat
takpa.. mula sikit-sikit.
ermm, bagus. br jumpa blog ini..
Pakdi: salam encik blek
kawan ‘ajil ka
pakdi, bila agak² akan ada solusi nyata?
Pakdi: Kena tanya orang yang b’tanggungjawab dalam bidangnya
Pakdi ,leha dak mentah..aper tuh 3rd Wave?
Org lain pun leh tlg criter kat leha ker?
3rd wave tu teori elliot wave
time kasih pakdi sbb mengeluarkan artikel yang amat berfaedah ni.saya ni bukanlah seorang yg tinggi ilmunya,tapi sy nak cite la psl pengalaman sy yang pernah jadi ahli dalam salah 1 mlm ni.bagi sape2 yg nak tengok cam ne penipuan yg diorg lakukan kt sy leh la masuk kt blog sy.
iqtisadiyatuna.blogspot.com
assalamualaikum..
honestly, to all of people who talk about haram in MLM.. actually, they dont know what they dont know and they dont understand what they dont understand..
think about it..
Bagus ne
Pada pendapat saya, pilihan terletak ditangan anda. Sifat mengkaji dan meneliti setiap hujah sistem mlm berkaitan agama adalah perlu. perkaitan setiap amalan di dalam sistem mlm dalam syarikat adalah berlainan antara syarikat yang lain. Ada mlm yang betul-betul memberi kebaikan kepada sistem ekonomi, agama dan kesihatan tetapi ada juga mlm yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Syarikat sebeginilah yang memberi gambaran buruk terhadap seluruh MLM.
syah
http://www.premiumbeautiful.wordpress.com
http://www.dclraub.wordpress.com
salam..
utk mengatakan MLM perlu melihat secara detail sistem tsbt.
UZAR ada mengupas isu MLM ini.. secara dasarnya MLM perlu memenuhi syarat2 dan ciri2 tertentu utk mengHARUSkannya manakala keuntungan pendapatan jadi HALAL..