Untuk menjadi pelabur professional, anda perlu memilih untuk menjadi salah satu daripada yang berikut, fundamental investor atau technical investor.
Tidak menjadi satu masalah sekiranya anda mempunyai kedua-dua kemahiran tersebut. Apa yang menjadi masalah adalah sekiranya anda langsung tidak mempunyai ilmu pelaburan!
1. Fundamental Investor
Asas kepada fundamental investing adalah penyata kewangan. Sekiranya anda bagus dan seronok membaca penyata-penyata kewangan, dan anda tahu apa itu aset, liabiliti, P/E Ratio, ROE, cashflow, EBIDTA, earnings, profit margin, expense, amortization, taxes, interest rates dan sebagainya, maka fundamental investing adalah untuk untuk anda.
Warren Buffet adalah contoh seorang genius dalam fundamental investing.
2. Technical Investor
Mereka juga dikenali sebagai trader dan speculator. Asas kepada technical investing adalah price. Price is everything. Bar chart, candlestick, P & F chart, overbought, oversold, oscillator, momentum, chart pattern, sideways market dan sebagainya adalah antara ilmu yang perlu diketahui oleh technical investor.
George Soros adalah genius dalam technical investing.
Apakah Persamaan Antara Keduanya?
Sekiranya anda betul-betul mahir menggunakan ilmu-ilmu ini:
1. Anda akan melabur tanpa menggunakan emosi - greed & fear.
2. Anda boleh mengelakkan penipuan (fraud) & manipulasi.
3. Anda boleh mendapat pelaburan yang menjana keuntungan sama ada pasaran sedang menaik atau menurun.
4. Anda tidak lagi akan berpegang kepada kata-kata: High Risk = High Return.
5. Anda akan berasa lebih yakin dan tenang dengan pelaburan anda.

“Risk comes from not knowing what you’re doing.”
Jangan risau, permainan Cashflow 101 mengajar anda mengenai asas fundamental investing, dan permainan Cashflow 202 mengajar anda mengenai asas technical investing. Dan anda boleh menyertai bengkel-bengkel Cashflow ini tidak lama lagi.
Justeru, sekiranya sekarang anda melabur dalam pasaran tapi anda tidak mengetahui salah satu daripada kedua ilmu ini, maka anda sebenarnya tidak melabur, tetapi anda sebenarnya berjudi - gambling!
Dan sekiranya anda berminat untuk melabur tetapi tidak mempunyai masa, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan maka anda perlu bertindak:
1. Mula mempelajari mengenai ilmu pelaburan, atau,
2. Serahkan duit anda kepada pengurus dana yang berlesen, tetapi anda tidak pernah kenal dan bersua muka pun dengannya - iaitu melabur dalam dana amanah (unit trust), atau,
3. Serahkan duit anda kepada pengurus dana yang berlesen, dan anda kenal dan pernah bersua muka dengannya - iaitu melabur dalam private hedge fund (Oh, jika anda tidak mempunyi x00,000 dalam akaun bank maka jangan bermimpi untuk melabur di sini!)
Apa lagi, pilih jalan anda sekarang. Jangan risau there are many ways to skin a cat!

