Monthly Archives: March 2007

Cerita Ghairah

17
Filed under Economy & Finance

Saya ada satu cerita. Cerita ghairah. Pasal orang yang sudah naik berahi. Bila nafsu sudah memuncak memang susah nak dikawal lagi. Hati-hati.

Perokok tegar, kalau kita bagi nasihat, sampai ada hukum dalam agama pun, mereka tetap akan merokok. Jawapan mereka, “Kalau tak merokok pun mati jugak.”

Begitulah keghairahan seorang perokok. Bila nafsu merokok mereka sedang membuak-buak, pagi-pagi sebelum gosok gigi dan sarapan pagi terus hisap 3,4 batang. Peduli apa mereka kanser ke apa.

Peminat-peminat skim pelaburan cepat kaya di internet juga begitu. Kalau kita bagi nasihat, orang agama pun dah bagi hukum, mereka akan tetap join. Mereka akan tetap promote. Mereka akan tetap spam forum dan mailbox orang lain. Jawapan mereka, “Still paying maa.”

Begitulah keghairahan seorang peminat skim cepat kaya. Bila kita kata jangan, mereka tetap akan pusing fakta sana auta fakta sini untuk beri satu jawapan, “Kalau tipu takkan diorang bayar maa.” Peduli apa pelaburan itu sah atau tidak.

Fenomena mengghairahkan ini memang cerita panas. Ada orang yang sampai hilang kawan!

Pesanan Khidmat Masyarakat

Doodads (?)

9
Filed under Cashflow Club, Personal Finance

Ada 2 sebab kenapa anda terperangkap dalam situasi kewangan anda sekarang.

1. Anda terlalu banyak liabiliti.

2. Perbelanjaan doodads yang terlalu banyak.

Anda akan mempelajari mengenai doodads kali ini. Doodads adalah istilah yang diguna pakai dalam set permainan Cashflow adalah bermaksud perbelanjaan yang tak berapa nak penting dari sudut kewangan.

Perbelanjaan yang sebegini adalah seperti anda melazimi minum kopi RM 10 secawan. Seminggu 7x. Ketagih barangkali. Perkara-perkara yang anda rasa high-class, mewah dan biar pape asal bergaye…

Anda tahu ke mana duit anda dibelanjakan?

Ia termasuk juga percutian keluarga, kenduri kendara, saman speed trap, bowling, baju baru, jersi bola Liverpool, kasut baru, emas intan berlian dan sebagainya. Melainkan anda sedang melatih anak anda menjadi Shalin Zulkifli yang kedua, barangkali ia adalah satu pelaburan. Tetapi kalau sekadar suka-suka, maka ia akan menjadi doodads.

Tak boleh ke beli doodads?

Boleh. Tapi beli aset dulu baru beli doodads. Senang cerita lah, anda perlu sediakan akaun doodads yang khas. Berapa banyak anda nak belanjakan untuk “kemewahan” selama sebulan. Dan jangan lupa buat active income dulu.

Apa yang selalu berlaku adalah, pendapatan dihabiskan dengan membeli doodads tanpa ada perancangan. Sudahlah tidak merancang, beli doodads pakai kad kredit pula. Aset entah ke mana, liabiliti menggunung pula.

Bukan susah untuk keluar dari Rat Race. Kalau sudah mula buat active income, kini kawal pula perbelanjaan doodads anda. Pilihan di tangan anda.

Market Wizards & Motley Fool Investment

1
Filed under Books, Stocks

Sekiranya anda berminat dalam dunia pelaburan khususnya dalam saham, futures, commodities & forex maka ada 4 buku awal yang perlu anda baca dengan teliti.

The Market Wizards: Interview with Top Traders

The New Market Wizards: Conversations with America’s Top Traders

Stock Market Wizards: Interview With America’s Stock Traders

Seperti mana yang tertulis pada kulit buku-buku ini - “Top Traders”, maka buku ini lebih cenderung kepada mereka yang berjaya seperti Richard Dennis, Bruce Kovner, Ed Seykota, Paul Tudor Jones, Linda Raschke dan lain-lain dalam aliran technical analysis.

Dan anda tidak akan membaca temuramah dengan Peter Lynch, John Bogle, Phil Fisher, Warren Buffet, Benjamin Graham dan lain-lain dalam aliran fundamental analysis, dalam 3 buku yang saya cadangkan di atas.

Manakala ini adalah buku awal mengenai aliran fundamental analysis :

The Motley Fool Investment Guide

Selamat membaca!

Simpan dulu kemudian labur

10
Filed under Cashflow Club, Personal Finance


Dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang konsep active savings. Simpan dulu kemudian barulah melabur.

Artikel kali ini saya cuba berkongsi tentang peluang-peluang pelaburan yang ada setelah anda menyimpan.

1. Savings Account

Ini bukan tempat pelaburan. Tapi anda perlu ada sejumlah wang tunai yang mencukupi di dalamnya.

2. Fixed Deposit

Perbankan Islam melabelkannya sebagai pelaburan mudharabah. Pulangannya sekitar 2-4% mengikut tarikh matang. Anda simpan RM 10,000 di dalamnya dengan pulangan sekitar 2-4% dan bank pula memberikan pinjaman kepada anda dengan kadar 8% setahun (faedah / keuntungan). Siapa lagi bijak? Anda atau bank?

3. Amanah Saham

Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya, dan belum sempat duit anda dilaburkan ia sudah susut nilai kira-kira 5-8% akibat upfront fee dan tiap-tiap tahun ia susut nilai lagi antara 0.5-2% untuk management fee. Dan anda pula mengharap pulangan 8-12% setahun, kalau ada untung.

4. Tabung Haji

Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya untuk menunaikan haji! Anggaplah 4-5% pulangan di dalamnya sebagai booster dari Allah swt agar kita cepat-cepat menjadi tetamu Baitullah. Sebaiknya, tak payahlah keluarkan duit dalam Tabung Haji ni selagi anda belum menunaikan haji. Ni asyik kata tak datang seru je.

5. KWSP

Kalau anda bekerja di Malaysia dan tidak ada akaun KWSP, cepat-cepat berhenti dan cari syarikat lain. Bersyukurlah KWSP memberikan anda pulangan walaupun sekitar 4-5% sahaja. Bukan mudah nak uruskan dana yang berbilion di dalamnya. Ia duit hari tua anda dan anda boleh gunakan akaun 2 untuk pembelian rumah.

6. Amanah Saham Bumiputera

Untuk Bumiputera sahaja. ASB tidak ada upfront fee. ASB tidak ada management fee. Duit anda tidak susut nilai walaupun 0.001% pun sebelum ia dilaburkan. ASB bagi pulangan konsisten 8-10% dalam bonus dan dividen. RM 10,000 yang anda simpan, hujung tahun dapat RM 800. Tidak mahu menyimpan di dalamnya sebab ada pendapat yang menyatakan ASB haram? Itu pilihan anda.

7. Exchange Traded Fund

Amanah saham yang didagangkan di dalam bursa. Tetapi malangnya ia belum ada lagi di Bursa Malaysia. Upfront fee & Management fee yang minima. Boleh tanya Singapore Exchange kalau berminat lebih lanjut.

8. Saham Bank Rakyat

Pulangan 15% setahun yang konsisten kebelakangan ini. RM 10,000 yang anda simpan, anda dapat RM 1,500 pada hujung tahun dan ia sudah dizakatkan. Setakat penulisan ini ditulis, anda masih perlu queue untuk menyertainya.

9. Saham

Ada ilmu tertentu untuk melabur? Pilihlah sama ada mahu jadi fundamental investor atau technical investor. Kalau malas nak belajar, pergi cari amanah saham sahaja. Jangan menggatal nak beli saham IPO ke, 2nd Board, MESDAQ ke, 1st board ke ke kalau belum tahu baca financial statement atau mengenali bar chart, candlestick, P&F Chart dan sebagainya.

10. Warrant & Options

Adik beradik tiri. Warrant, bapak dia syarikat awam berhad. Options, bapak dia stock exchange. Lagi volatile dari saham. Hak untuk membeli saham. Stock options belum ada di Malaysia. Hanya warrant sahaja yang boleh dijual beli setakat ini.

11. Futures & Commodity

Pasaran hadapan. Indeks saham ada. Kelapa sawit mentah pun ada. Itu sahaja yang ada di Malaysia. Kalau berminat dengan indeks saham luar negara, emas, perak, minyak mentah, kacang soya, besi, kopi, kapas dan sebagainya sila rujuk ke pasaran luar negara.

12. Forex

Perdagangan matawang asing. Hati-hati, terlalu banyak scam forex. Pilih broker yang betul. Kalau takde ilmu pelaburan tertentu, lupakanlah sekejap, dan pergi belajar dulu.

13. Bon

Kalau baru ada RM 999,999 lupakanlah sahaja nak melabur dalam pasaran bon. Di Malaysia, hanya pelabur institusi yang menguasainya dan individu tertentu yang ada net worth yang sangat tinggi.

14. Hartanah

Semua orang nak rumah. Tapi bukan semua rumah orang nak duduk. Jadi, lokasi amat penting dalam pelaburan hartanah. Selain rumah, mungkin kedai dan pejabat juga boleh anda inta-intai. Melaburlah dalam hartanah untuk dapatkan cashflow terlebih dahulu barulah memikiran tentang capital gain.

15. Real Estate Investment Trust (REIT)

Macam beli amanah saham jugak. Tetapi syarikat REIT ini terlibat dalam sektor hartanah. Ia bukan pool of money untuk beli saham, tetapi hartanah. Ia dijual beli melalui Bursa Malaysia.

Bacalah…

Cadangan
Melainkan pilihan yang pertama, anda seharusnya belajar dulu tentang ilmu pelaburan tertentu. Kalau tidak anda akan disembelih oleh mereka yang mahukan wang anda. Invest in yourself first.

Impian di hati nak jadi jutawan, tapi kalau RM 10 pun anda tak sanggup nak gunakan untuk pendidikan ilmu kewangan, anda sebenarnya berangan-angan mat jenin sahaja. Itu mentaliti nak kaya cepat yang mesti dikikis segera.

Ini adalah sebahagian besar peluang pelaburan yang saya tahu, dan pastikan anda melabur di dalam pelaburan yang sah dan jangan sesekali terlibat dalam skim cepat kaya yang kini semakin canggih dan berleluasa di internet.

Sila rujuk panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum anda melabur.

Meeting BJ ke-6: Pursuit of Happyness

5
Filed under Motivation

Filem Pursuit of Happyness adalah simbolik American Dream. Tanggapan awal saya iaitu orang Malaysia tak suka filem autobiografi begini adalah salah. Panggung masih dipenuhi orang untuk cerita sebegini. Barangkali crowd nya adalah berbeza dari mereka yang menonton filem cintan cintun (oh, ini sekali lagi tanggapan sahaja, saya tiada bukti sebenarnya :P )

Ada banyak perkara yang kita boleh belajar dari filem ini.

1. Cari pasangan hidup yang memahami / mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama.
Isteri atau suami adalah orang yang penting sekiranya kita mempunyai satu matlamat hidup yang besar. Pastikan anda mendapat pasangan yang betul. Dan sekiranya anda sudah berkahwin, pastikan pasangan anda mempunyai level kefahaman yang sama / hampir sama dengan anda. Saya salute dengan Bahtiar dalam hal ini.

2. Allah menolong hamba-Nya dalam cara yang kita tidak sedar
Dalam filem tersebut, watak Chris Jr ada bercerita mengenai hal tersebut. Sila rujuk di sini untuk versi lain cerita tersebut.

Pada awal filem tersebut, ditunjukkan babak pertolongan sebegini apabila seorang broker saham yang menaiki kereta sport berhenti di hadapan Chris Gardner dan dia bertanyakan 2 soalan:

1. What do you do?
2. How do you do it?

Di situlah perjalanan hidup mula Gardner berubah dan sekali lagi, apabila Gardner melakukan prospect call kepada salah seorang pengurus dana pencen.

3. Find a right product to sell
Chris Gardner melakukan kesilapan besar apabila dia menjual produk yang tidak mempunyai permintaan. Find a need in the market first.

4. Kalau anda fikir anda yang paling susah, ada lagi orang yang lagi susah dari anda
Kadang-kadang kita rasa kita adalah manusia paling malang di dunia. Baru kena buang kerja. Menganggur sudah masuk 3 tahun. Hutang keliling pinggang. Dan sebagainya. Tapi kita masih ada tempat berlindung. Kita masih boleh makan dan minum. Kita belum terpaksa tidur di tandas awam dan mendapatkan perlindungan rumah kebajikan.

5. Be persistence
Ada sebuah cerita yang saya dapat menerusi emel. Perlumbaan katak untuk ke menara yang paling tinggi. Dari beribu-ribu katak yang mengambil bahagian, hanya ada seekor katak yang berjaya. Rupanya katak tersebut seekor katak yang pekak! Klik sini untuk membacanya.

Ada masanya kita perlu menjadi orang yang “pekak”. Pedulikan apa orang nak kata. Kita tahu matlamat dan tujuan hidup kita. Orang kata ia mustahil kerana dia yang berfikiran begitu. Kenapa anda biarkan orang lain menggagalkan hidup anda sendiri?

Terima kasih kepada semua warga BJ yang sama-sama menonton tempoh hari. Walaupun ada yang merah mata selepas tu, apa salahnya ;) If you have a dream, anda perlu menontonnya.

Close
E-mail It