Melayu Boleh

Filed under Economy & Finance, Melayu Boleh


Ini bukan artikel ghairah saya. Dipetik dari mailing list Azizi Ali (Millionaires From Different Planet). Saya copy paste sahaja untuk bahan bacaan melayu boleh … eh.. bacaan anda semua.

———————————————————-

I wrote about a certain ‘investment’ operating through the Internet last month. As expected, I received a couple of e-mails from the ‘investors’ of the scheme, telling me why I was wrong about the ‘investment’. I have attached his e-mail and also my reply for your reading pleasure.

Have fun!

Assalamualaikum Saudara Azizi,

Buat pertama kali setelah beberapa lama saya mengikuti tip-tip dan nasihat berguna daripada saudara, tiba-tiba terdetik rasa kurang hormat kepada saudara. Ini hanya kerana pendapat saudara tentang swisscash yang terlalu dangkal. Sebagai seorang yang menganggap diri sebagai seorang pakar/profesional dalam memberi pandangan, sepatutnya pandangan dan nasihat tersebut datangnya daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman mendalam saudara sendiri.

Dalam kes swisscash ini, tidak wajar jika saudara katakan bahawa daripada nama swisscash adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelabur dengan nama switzerland sedangkan kebenarannya swisscash tidak pernah pun mengatakan bahawa mereka dari switzerland dalam website mereka. Swisscash adalah produk pelaburan oleh Swiss Mutual Fund (1948). Base mereka ialah di Republik Dominican dan pejabat operasi mereka juga di New York.

Lagi satu dakwaan saudara bahawa skim ini akan recycle duit adalah tidak tepat dan dakwaan bahawa jenis perniagaan atau pelaburan yang mereka jalankan tidak boleh diketahui oleh umum adalah tidak tepat kerana saudara boleh mendapat maklumat tersebut melalui website mereka.

Saya nasihatkan saudara cuba dulu melabur sedikit contoh usd100 atau jika tidak berminat silalah layari website grup kami untuk mendapat maklumat lanjut.

Untuk makluman saudara, saya baru saja melabur sebulan tetapi income dah lebih 40%. Jangan hilangkan rasa hormat orang lain terhadap saudara hanya kerana pandangan saudara sesekali dangkal. TQ.

tuandean@mail.com

Jawapan Azizi Ali:

Wa’alaikumsalam Tuan Mohd Fakaruddin,

If I say that Swisscash is the best investment in the world, would it make everything alright?

But how can I say such a thing when all the signs are showing that it is a Ponzi scheme? How can I say it when all the alarm bells are ringing and red flags are showing that it is a Ponzi scheme? So I cannot and will not say it because I know Get-Rich-Quick (GRQ) /Ponzi schemes will not do anyone good.

Here, you are either part of the problem or you are part of the solution. If you ‘invest’ in Ponzi schemes (even though the money may be just a token amount), then you are part of the problem. By staying out, then you are part of the solution.

In many ways, the GRQ schemes operating on the Internet are pretty much like the Superman movies. Everyone - except the actors in the movie - knows that Clark Kent is Superman. The signs are obvious: Kent and Superman are the same height, same size an heck, they even look the same. What’s more, every time Kent is missing, Superman show up. And everytime Superman is around, Kent is not there. So the signs are obvious to everyone, except to the actors in the movie. They do not, cannot and will not see the signs.

Similarly, the signs showing that the GRQ schemes operating on the Internet (and off it as well) are scams are obvious to everyone, except to the voluntary victims. Just as the actors are blind to the fact that Clark Kent is Superman, the voluntary victims are blind to the fact that the GRQ schemes are scams. They do not, cannot and will not see the signs.

1. Semua skim Ponzi akan menggalakkan ‘pelaburnya’ merekrut ‘pelabur’ baru, kerana itulah cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itulah yang saudara sedang lakukan sekarang dengan meminta saya melabur diskim ini.) Tanpa ‘pelabur-pelabur’ baru, skim tersebut akan berkubur dengan cepat.

2. Pulangan yang dijanjikan adalah 20% (atau lebih) sebulan, yang bermakna 240% setahun! Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20 - 34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada pengurus dana tersebut. Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat?

3. Adakah masuk akal yang pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 20% bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Kalaulah ‘pengurus’ dana itu betul melaburkan wang dalam forex, hedge funds dan sebagainya, pelaburan tersebut pun tidak membayar hasilnya lepas satu atau dua bulan. Jadi kalau ‘pengurus’ sendiri tidak dapat hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut? Jawapannya dari poin 13 di bawah.

4. ‘Pengurus’ dana hanya menyebut forex, hedge funds, komoditi dan lain-lain (to impres people who wants to be impressed) tetapi tidak menerangkan dengan terperinci tentang pelaburan-pelaburan tersebut. Siapa pun boleh sebut - sebab cakap saja.

5. Sebab pelaburan itu ada di ‘offshore’ tidak bermakna yang pulangannya akan menggunung. Pelaburan di ‘offshore’ adalah sama sahaja dengan pelaburan di ‘onshore’ - mutual funds, unit trusts, fixed deposits dan sebagainya.

6. Anda sendiri baru sebulan membuat ‘pelaburan’ (ehm, ehm) dalam skim tersebut. Adakah itu bermakna anda seorang pakar dalam pelaburan dan orang lain yang tidak melabur dangkal?

7. Pendapat dan kata-kata anda bermakna ratusan pakar kewangan di Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Azizi Ali dan juga media massa Malaysia adalah salah! Saya tidak fikir kami salah.

8. Untuk pengetahuan anda, saya telah membuat kajian yang terperinci tentang pelaburan ini di Malaysia dan juga di negara-negara asing termasuk di UK, USA dan Eropah. Very, very few people have heard of Swisscash. Isn’t that strange? Only Malaysians and Singaporeans (and a handful of others) seem to know about them. Could the rest of the world be so blind? Or could we be the ones who are being taken for a ride?

9. Sebagai seorang Chartered Financial Consultant, saya telah belajar tentang semua pelaburan di dunia. Saya juga telah membaca lebih 700 buah buku tentang kewangan. Further, I have studied about money and investments for the past 15 years. So I will reserve my comments about the ‘dangkal’ part.

10. Tidak ada seorang Financial Consultant yang bertauliah di dunia akan mengatakan pelaburan sebegini adalah valid kerana mereka tahu ianya skim Ponzi.

11. Semua ‘pelabur’ skim Ponzi akan berkata “Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu.” Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu merbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? You don’t have to try drugs to know that it will bring serious consequences to you, your family and everybody else around you.

12. Semua jawapan yang diberikan oleh ‘pelabur’ Swisscash sekarang adalah sama sahaja seperti apa yang diberikan oleh ‘pelabur’ skim Pak Man Telo di tahun 1980an. The exact same answers - the local banks are jealous, the government don’t understand the investment and the non-investors are blind for not investing in this ‘golden’ opportunity.

13. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your ‘investment’ is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur’ baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.

14. Jika rakan anda memberikan anda wang daripada hasil rompakan, apakah anda akan terima wang tersebut? Jika rakan anda memberikan anda wang hasil daripada jualan dadah, apakah anda akan terima wang tersebut? Saya jangka anda akan menolak wang tersebut kerana tahu ianya hasil daripada kerja yang haram. Well, wang daripada skim Ponzi juga adalah salah dan pada pendapat saya adalah haram.

15. Anda boleh ambil harta anak kecil yatim piatu - kerana dia tidak berdaya untuk menghalang anda dan dia juga mungkin tidak faham situasi sebenar - tetapi apakah tindakan anda itu betul? Jika anda tahu benda itu tidak betul, apakah anda akan melakukannya kerana peluangnya ada di depan mata? Wang daripada skim-skim tersebut adalah daripada poket orang lain. Tiada usaha, tiada kerja dan tiada apa yang di ‘value-added’. Apa yang pasti ialah semua mereka akan kehilangan wang akhirnya. Kini anda tahu situasi sebenar, adakah anda masih mahu melabur di skim sebegitu?

16. At the end of the day, it is your money. You do what you want with it. Just don’t drag others into it.

Are we men of steel and character or are we made of straws that can be crushed by the flimsiest wind? I’d like to think the former, where we think and act rationally, especially when it comes to investments. Kita melabur hanya selepas membuat kajian yang teliti tentang pelaburan tersebut dan risiko-risikonya, dan juga mengambil kira keadaan kewangan kita. Of course we will make mistakes along the way (I made a few myself) but that is the very nature of investments. They come with risks. So it is no shame to lose.

But it is another story altogether when it comes to GRQ schemes. All the signs are there and all the alarm bells are ringing - including warnings from Bank Negara, the Securities Commission and now Azizi Ali.

Are we so blind not to see the obvious signs? Are we so desperate that we are willing to lose our money and even our dignity in the process?

Saya boleh menceritakan 1,001 sebab lagi (klik di bawah untuk lebih informasi) mengapa pelaburan yang dibincangkan adalah satu skim Ponzi, tetapi saya tahu ia merupakan usaha yang sia-sia - kerana anda sudah membuat keputusannya. So I will not confuse you with the facts further since your mind is already made up.

http://www.MillionairesPlanet.com/books_specialreport.htm

As for the ‘respect’ bit, Tuan Mohd Fakaruddin, I have never done anything in my life just to make people love and respect me. I do what I love to do, give it all I’ve got, do the best that I can and tell things as it is. After that, whether people judge that I’m good or small or half good or half small is up to them. If they like what I do, then I’m happy. If they don’t, then that’s fine too. This is a free country.

While I can warn people about the dangers, I cannot stop anyone from throwing their money away. Again, at the end of the day, it is your money. You can do whatever you want with it, including giving it to con man.

I consider this matter closed.

Wassalam.


More Interesting Posts:
Majalah Pelaburan Berbahasa Melayu?
Jom Ke Seminar Membongkar Rahsia Pelabur Bijak
Siaran Ulangan: Jom ke Seminar Suruhanjaya Sekuriti
About
BJ adalah skim cepat kaya? : Majalah I yang tidak teliti
Cikgu Suraya
Big Deal, Small Deal

10 Comments

  1. Posted March 30, 2007 at 8:12 am | Permalink

    haha.. point menarik, Superman and Clark Kent.

    Pepper spray do not cause ones blind, money do.

    Pakdi: Selamat aku eh… gua tak berlakon dalam cerita Superman..

  2. Posted March 30, 2007 at 8:43 am | Permalink

    jika saya tidak pasti kemanakah wang saya dilaburkan , tiada butir2 detail maka takyah la laburkan wang tu. kalaulah wang swisscash ini dilaburkan ker judi dan arak , short selling market. so , sama2 la kita makan duit tuh yek

    Pakdi: Memang lucu bila sulit sangat pelaburan dia tu. hehe… ada pembetulan sikit en kucau, short selling is permissible.

  3. Posted March 30, 2007 at 12:59 pm | Permalink

    aikk?? dia baru sebulan “melebur” dah kata orang yang berbelas tahun melabur tu dangkal? Sungguh hebatya orang ittew.. :)

    Pakdi: Ia juga bertindak macam skim cepat pandai-pandai ;)

  4. Posted March 30, 2007 at 2:15 pm | Permalink

    abah kadang2 pegi gak azizi alinye talk/seminar…hrmm..harap2nye dpt yang bagus2 jelah…

    Pakdi: ‘Abang’ asne macam mana ? ada pergi tak? hehe.. :)

  5. shueqry
    Posted March 31, 2007 at 4:18 am | Permalink

    asmkm, shueqry here, pakdi pekabar? harap sihat hendaknya…

    wahh, kagum saya stail Azizi Ali menjawap email tu, i call it “clean-cut” style..bagi saya yang belajar mengenai Banking & Finance, jarang sekali ada pelaburan yang cepat dan banyak utungnya..

    kalau juga ia pelaburan, kenapa perlu cari orang lagi kan..but, as any other reader says, it is still, considered as a business ( from acertain point of view).. terpulang pada mind setting masing-masing, (juga poket duit masing-masing) .. its your money, up to you..

    bagi pendapat saya, rezeki tuhan maha luas..thanks for the info :-)

    Pakdi: Sama-sama :)

  6. Posted April 2, 2007 at 9:29 am | Permalink

    Tq Pakdi satu email yang menarik dan satu kenyataan yang padat beserta bukti bukti yang mengyakinkan

    Pakdi: Hanya berkongsi maklumat :)

  7. Posted April 2, 2007 at 10:17 pm | Permalink

    errrhh , permisible eh short selling. ermm tapi ade gak ulama berpendapat takleh . tapi aku kirer bleh kot

    Pakdi: Ada perselisihan pentafsiran tentang hadis tu.

  8. Posted April 8, 2007 at 7:41 pm | Permalink

    huh!isu swisscash ke?hehe..

    saya pernah bertekak lidah sidalah satu forum tempatan berkenaan isu ini.
    saya kaitkan swisscash dengan program2 ponzi yang begitu popular sebelum2 nya.memang banyak persamaan dan klu yang menunjukkan ianya ponzi.Ni link ke forum tu :
    http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=23178

    Baru kelmarin saya ade membuat satu topik di blog saya berkenaan isu terkini swisscash disini :
    http://onlinebisnes.com/malay/2007/04/07/program-swisscash-sudah-tenatswisscash-scam/

    Ianya dah nampak kian goyah…apa yang saya dengar ade pertukaran besar dalam pelan pelaburan yang meyebabkan swisscash membekukan sebahagian profit bulanan pelabur2 pada plan tertentu..bila ini terjadi ,akan ramai yg panic dan mereka yang sebelum ini gah melabur disana akan cuba mengeluarkan duit dan megelah dari reinvest.. ini akan membawa lebih banyak bencana kepada swisscash..yg akan membuatkannya akan hilang keseimbangan dalam cashflow.. seterusnya gilung tikar..senasib dengan program ponzi yang lain..

    Pakdi: Hmm…

  9. Posted May 17, 2007 at 3:07 pm | Permalink

    Salam Pakdi,

    Lama tak jenguk kat sini. Saya pun dpt juga emel Azizi Ali pasal Clark Kent tu. Rasa kelakar tapi analogi Clark Kent tu memang tepat sekali.

    Memang masalah nak convince orang yg dah terpedaya dgn skim cepat kaya ini yang benda itu tak betul.

    Saya cakap kat adik2, bisnes dadah atau jual orang, mungkinlah kot dapat untung macam tu. Susah nak bercakap dgn org yg kurang ilmu tetapi rasa dia dah terlebih pandai.

    Pakdi: Salam K.Nectar, mmg payah. adakalanya saya pun tak mampu nak bercakap apa-apa. tapi dengan usaha menulis di blog sebegini harap dapat membantu mengurangkan walaupun cuma 0.1% sahaja.

  10. Posted June 6, 2007 at 2:58 am | Permalink

    Hapuskan Pelaburan Haram!!! :)

One Trackback

  1. [...] mencecah 463 entry kerana masing2 berdebat halal-haram pelaburan ini. Malah bacaan saya melalui blog Pakdi mengenai seorang Chartered Financial Consultant, Azizi Ali juga telah mengkelaskan ia suatu skim [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It