Bisnes Sunnah

… and it (business) has to be run by honest and able people – Warren Buffett

Bisnes menyelesaikan masalah orang lain.

‘Bisnes sunnah’ menyelesaikan masalah apa?

Benar. Kita kena ikut apa yang Nabi Muhammad saw buat sedaya upaya kita. Namun, dalam bab bisnes, menjadi seorang peniaga itu sendiri merupakan satu sunnah.

Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Tidak kisah apa yang kita jual. Selagi ianya halal. Orang yang jual burger juga boleh dapat pahala sama dengan para penjual kurma. Kecenderungan mahu menjadi Islamik namun tidak didasari ilmu & pemahaman yang betul sering membuatkan kita tersasar jalan.

  • Nabi saw berniaga sejak kecil. Adakah Nabi saw berniaga ‘makanan sunnah’ ?
  • Bisnes JV Nabi saw bersama bakal isterinya, Sayyidatina Khadijah, didasari oleh bisnes ‘minuman sunnah’ atau sikap & akhlak Nabi saw sebagai seorang peniaga hebat & paling amanah?
  • Sayyidatina Khadijah mendapat referral dari peniaga-peniaga lain dan adakah referral itu diberikan kerana Nabi saw berpakaian jubah & serban ?
  • Nabi saw juga mendapat bahagian upah & keuntungan yang tinggi berbanding pedagang lain ketika itu dari Sayyidatina Khadijah, apa maksudnya dari sudut operating income ? Apakah yang menjadi justifikasi ?
  • Nabi saw menjadi pelabur dan melantik al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi menjalankan bisnes. Dari ramai-ramai Sahabat yang lain, atas dasar apa agak-agaknya baginda memilih Saib dan bukannya orang lain?

Tuan puan,

Sunnah dalam bisnes adalah kena ada akhlak dan ada kompetensi. Bukannya sekadar jual ‘produk sunnah’.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.