Bisnes Sublet; Jana Pendapatan Tanpa Perlu Memiliki Hartanah

slet

Dah lebih setahun saya menguruskan bisnes sublet kecil-kecilan ni.

Niat asal nak cari pengalaman menjadi tuan rumah sementara menunggu hartanah sendiri.

Ye lah, umur dah makin lanjut. Portfolio hartanah masih belum ada. Banyak beli bisnes orang lain sebelum ini.

Kerja-kerja yang nampak remeh tapi sebenarnya sangat kritikal dalam kejayaan sublet ialah kita kena ‘scan’ dahulu lokasi hartanah mana yang ‘laku keras’. Bukan semua hartanah yang ‘hot’ dan banyak ‘demand’. Apa yang saya belajar dari filem The Pursuit of Happyness ialah kegagalan Chris Gardner mencari ‘demand’ terlebih dahulu. Cari ‘channel’ dulu bak kata pengamal BMC, baru kita sediakan ‘supply’.

Bisnes sublet ini adalah alternatif yang baik kalau kita masih lagi belum mempunyai modal yang cukup untuk memiliki hartanah sendiri. Jadi tidak perlu risau untuk belajar jadi tuan rumah atau pelabur hartanah dengan adanya sublet ini. Bakal graduan ataupun graduan muda pun boleh mulakan kerana modal yang diperlukan adalah minima.

Apa Kelebihan Buat Sublet Ni?

Pertama, sementara kita mengumpul modal yang lebih besar.

Kita boleh belajar on the field terus, untuk tahu lokasi ‘target’ kita ni ada potensi untuk disewakan ke tidak. Jangan main beli hartanah sahaja, nanti nak buat sewa pun tak untung. Dah la banyak duit kena keluar kalau nak beli sesuatu hartanah.

Kedua, kita dapat ‘direct access’ dengan empunya hartanah yang kita nak sublet tu. Biasanya, kita cuba dapatkan persetujuan pajakan selama 3-5 tahun. Jadi kita mempunyai satu tempoh yang panjang untuk kita pujuk empunya jualkan secara terus kepada kita nanti. Hoho.

Bagaimana Nak Cari Hartanah Yang Berpotensi Buat Sublet ?

Ada cara susah.

Cara yang saya buat selama ni.

Dan sudah tentu ada cara yang mudah. Boleh kata 50% kerja-kerja ‘research’ telah dibuat dalam satu ebook hartanah yang tengah ‘hot’ di pasaran. Siap ada list lagi. Salah satu kawasan ‘hot’ dia memang ada bisnes sublet yang saya sedang jalankan. Kantoi. Haha.

Saya sebenarnya iri hati kerana salah satu bonus ebook dia untuk ‘scan’ hartanah berpotensi ni, menjimatkan 50% teknik kovensional yang saya praktiskan sebelum ini.

Adoilah. Kalau dari awal saya tahu kan bagus. Jimat masa dan tenaga. Hoho.
.

Nota ini disediakan oleh Zulkhairi Zulkifli, orang minyak. Ebook yang penulis maksudkan adalah 50 List Hot Sublet. Sekiranya tuan mahu tahu lagi tentang bisnes sublet, sila klik link berikut untuk maklumat lanjut — Ya, saya mahu tahu lanjut tentang 50 List Hot Sublet

Comments on this entry are closed.