Biografi Syed Mokhtar Albukhary

syed mokhtar

Syed Mokhtar AlBukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia.

Anggaran kekayaan berjumlah RM10.6 billion.

Melalui alBukhary Foundation, beliau menerajui 3 buah syarikat utama iaitu MMC, Tradewinds, DRB-HICOM dan beberapa syarikat yang lain.

Buku setebal 209 muka surat ini memuatkan sejarah hidup beliau dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke hari ini. Segala perit jerih membangunkan empayar perniagaan beliau diceritakan secara terperinci di dalam buku ini.

Salah satu bahagian yang menarik adalah apabila penulis bertanyakan soalan kepada beliau :

“Perniagaan anda begitu besar, jadi mengapa anda masih bekerja keras?”

Jawab beliau :

“Kita semua perlu menjadi kuat dan berjaya supaya kita mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain”

Hari ini, Syed Mokhtar memiliki 3 kumpulan syarikat utama yang menggaji lebih 110,000 orang dan 250,000 secara tidak langsung. Melalui Yayasan Albukhary, beliau telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan kebajikan seperti mendirikan masjid, memberi biasiswa dan tuisyen percuma, mendirikan pusat dialisis percuma, memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, dan pelbagai lagi kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan.

Bagi Syed Mokhtar, beliau hanyalah penjaga kekayaan dan kekayaan tersebut harus dibelanjakan untuk kebaikan manusia.

12 Fakta Menarik Mengenai Syed Mokhtar AlBukhary

1. Bergelar jutawan pada usia 30 tahun dan membeli kediaman mewah di Kenny Hills di Bukit Tunku.

2. Mendirikan perkahwinan pada usia 41 tahun dengan sepupunya, Sharifah Zarah.

3. Bermesyuarat dengan pekerja beliau bermula pada pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi.

4. Usahawan yang dilahirkan dari program Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1971. Kata beliau, tanpa dasar ini beliau tidak akan berada di tempat sekarang.

5. Bisnes pertama beliau adalah perniagaan pengangkutan lori yang kemudiannya perniagaan beras. Disebabkan perniagaan beras telah dikuasai oleh orang Cina, beliau terpaksa menghantar sendiri beras terus kepada peruncit menggunakan lori yang ada.

6. Beliau juga pernah rugi di dalam perniagaannya seperti projek tanaman koko di Johor dan juga bisnes hartanah disebabkan kemelesetan ekonomi pada tahun 1985.

7. Menyelamatkan MMC dan PERNAS yang sedang mengalami kerugian teruk dan pengurusan yang kucar-kacir.

8. Setiap perniagaan baru yang bakal dijalankan, beliau akan melantik beberapa orang sebagai business partner untuk menjalankan perniagaan tersebut dan beliau sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat berkenaan.

9. Lebih suka bekerja di belakang tabir dan tidak suka menonjol di media.

10. Setiap hari, beliau akan menelefon 100 orang yang terdiri daripada peneraju-peneraju perniagaannya bagi mendapatkan input terkini perkembangan perniagaan masing-masing.

11. Hanya memandu Proton Perdana, memakai tali leher apabila perlu sahaja dan jarang menghadiri majlis.

12. Membiayai pelajaran adik-beradiknya ke luar negara dengan pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan yang dijalankan.

5 Nasihat Syed Mokhtar

1. Jangan terlibat di dalam perniagaan berbentuk Ali-Baba. Orang Melayu mengambil ekuiti yang diperuntukkan kepada mereka, dan kemudiannya menjual kepada orang Cina dengan harga yang lebih tinggi. Melayu terbabit hanya terlibat dalam perniagaan pada nama sahaja, realitinya yang menjalankan perniagaan tersebut ialah orang Cina. Contoh seperti pajak permit & lesen, dan IPO.

2. Sebagai peniaga, adalah penting untuk tidak sekadar menjadi budak suruhan sahaja. Perlu ada inovasi dan sentiasa memajukan diri dan perniagaan. Daripada pembekal menjadi pengeluar (industri pembuatan).

3. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda.

4. Buat dahulu, bercakap kemudian.

5. Kekayaan mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda juga harus memberi.

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

14 comments… add one
  • azizan mazlan Apr 16, 2013

    tak kisahla ko nak jadi melayu paling kaya ke, tapi jangan tekan rakyat.sejak Robert Kuok bagi dia ni pegang gula, 4x naik harga.

    • aduka Apr 16, 2013

      cakap berapi, pakai kereta perdana.. betul ker?..
      sepatutnya tak perlu dia nak rebut semua tu, dunia hanya sementara, kalau nak buat kebajikan jadi macam nik aziz tu, orang akan lebih percaya..
      ni kebajikan dibuatsebab nak lari dari cukai.. kebajikan yang sepatutnya dibuat tak dibuat..turunkan harga barang bagi semua produck yang engkau jual..itupun dah kebajikan namanya.. sudahlah.temberang lebih..
      kuat bodek & mengampu..

      • zol Apr 16, 2013

        kenapalah dengan kau orang ni, ada seorang dua orang melayu yang kaya kau sakit hati.Berpuluh ribu jutawan cina tak pulak kau kesah.

      • mentra Apr 17, 2013

        Jadi Nik Aziz? Bodoh macam lumut tu? Nampak fakir tapi hati busuk penuh hasad dan kesumat.
        Berapa sen Nik Aziz bayar zakat kalau dibandingkan dengan Syed Mokhtar?
        Islam tak suruh umatnya hidup daif. Dan yang paling Islam tak suruh ialah tadah tong macam orang papa kedana kat ceramah….buat malu aje

      • wutever Aug 24, 2013

        assalammualaikum at least ad anak bangsa yg maju n most important islam……. kau suka ker diperintah cina tu. lu mau ingat ckit dia dh bnyk tol org islam….. kau jgn nk beza-bezakan pemimpin dan usahawan… apa2 pun ko di takat mana skrng nie….. pgi google sikit la…….

    • mentra Apr 17, 2013

      Harga gula tak ditentukan oleh Syed Mokhtar la tapi oleh pergerakan pasaran.
      Yang harga barang naik, kau bising…tapi nilai upah kerja naik, peluang menambah pendapatan yang luas terbuka di mana-mana, kau tak ambil kira.

      Jadi manusia ni belajar-belajarlah mensyukuri nikmat… macam mana rezeki tu nak berkat kalau hidup penuh dengan keluhan dan rungutan

  • titan Apr 17, 2013

    harus memberi. sangat setuju.

  • pelandok Jun 4, 2013

    Ada juga orang Melayu dengki bila Melayu lain kaya…

  • Jubah Muslimah Jun 14, 2013

    Dah habis baca yang ini dan sangat disarankan untuk semua yang ingin atau sudah mempunyai perniagaan. Sangat inspiring….

  • asj2013 Oct 10, 2013

    2 *toot* di atas antara virus yang wujud dalam bangsa melayu sendiri. Tak kira ke berapa byk pahala yang beliau buat dengan memberi 110,000 orang peluang pekerjaan. Kalau nak ikut bodoh mcm *toot*, dah ada 110,000 orang akan terus menganggur.

  • Rose Oct 30, 2013

    Cuba ambil iktibar dari perkara yang baik yang telah dia lakukan, jangan asyik nampak keburukan orang lain. Kalau ya pun ada keburukan, harus diselidik bukan percaya 100% pada media massa yang belum tentu sahih.

    Seperti pada Firman Allah ?????? ?????? :
    “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

  • smiley May 1, 2014

    X nmpk jgn ckp bkn2..x baek

  • asrul Nov 5, 2014

    subhanallah.. moga2 aku bakal menjadi seperti syed bukhari

  • moden murah Jun 16, 2016

    Terima kasih Pakdi. Syed Mokhtar memang idola saya semenjak kecil lagi.

Leave a Comment