Bina Bisnes Yang Boleh Dijual

Buat bisnes ada dua cara.

1) Nak jual kotak, atau
2) nak jual masa.

Penjual kotak dan penjual masa tidak ditentukan oleh pendapatan. Ia ditentukan oleh bagaimana mereka bekerja.

Penjual masa perlu menggunakan banyak masanya sendiri untuk bekerja, penjual masa tidak boleh digantikan dengan penjual masa yang lain, dan penjual masa selalunya menjual dirinya sendiri.

Tetapi penjual kotak tidak begitu.

Penjual kotak mencipta sistem. Penjual kotak membina aset yang dapat djual beli. Penjual kotak mengeluarkan produk. Penjual kotak tidak perlu menjual dirinya sendiri. Penjual kotak boleh mengupah orang lain untuk menjual kotak-kotaknya.

Siapakah penjual masa?

Penjual masa adalah konsultan, peguam, doktor, akauntan, pensyarah, jurutera, speaker, motivator, ejen insurans, ejen saham amanah, jurujual, pereka fesyen dan sebarang kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi.

Dalam erti kata lain, he is a professional!

Adakah menjadi penjual masa ini salah?

Tidak. Ia tidak salah. Cuma penjual masa tidak boleh buat kerja lain kerana penjual masa perlu menjual masa dan dirinya kepada orang lain.

Ia bagus sekiranya kalian memang benar-benar minat.  mempunya passion terhadap kerja-kerja tersebut. Kalian buat benda itu sampai ke hujung nyawa. Pendek kata, kalau tidak dibayar gaji pun, kalian memang suka kerja tersebut. Tanya diri kalian balik, adakah kalian bekerja sebagai penjual masa adalah kerana minat?

Ia juga bagus sekiranya kalian melakukan semua itu untuk menolong orang lain. Seperti kalian sudah berpengalaman 30 tahun dalam industri dan kini kalian memilih untuk menjadi pensyarah untuk menyumbangkan dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Kalian memang suka membantu orang yang memerlukan. Anda terasa mempunyai tanggungjawab tertentu untuk membuatnya sendiri.

Jika disebabkan 2 perkara ini, memang ia adalah sangat sesuai untuk kalian. Kalian akan melakukannya kerana ikhlas. Duit bukan lagi sebagai ukuran.

Self-Employed adalah penjual masa

Jika dirujuk kepada quadrant yang dicipta oleh Robert T. Kiyosaki, orang yang bekerja sendiri adalah penjual masa. Dia lah bos, dia lah janitor, dia lah designer, dia lah marketer, dia lah salesperson, semua benda adalah dia dia dia dan dia!

Banyak sebab kenapa hanya dia dia dia dan dia! Itu perlu dibicarakan dalam tajuk yang lain.

Namun, penjual masa boleh berubah menjadi penjual kotak sekiranya dia boleh mencipta satu sistem yang baik dan melantik orang yang layak untuk menjadi ketua dalam sistem tersebut.  Selepas itu, boleh terlibat dalam bisnes yang lain pula.

Siapakah Penjual Kotak?

Majoriti penjual kotak adalah business owner.

Penjual kotak membina perniagaan yang dapat dijual. Perniagaan yang dapat diambil alih oleh orang lain.

He is working on his business (NOT in his business).

Dia membentuk perniagaannya agar menjadi satu aset yang bernilai.

Jalan penjual kotak adalah perjalanan yang panjang dan berliku. Bukan semua orang sanggup menempuhnya. Hanya orang yang luar biasa akan berjaya mencapainya kerana ia memerlukan lebih dari sekadar minat. Minat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penjual kotak yang berjaya.

Jatuh bangun adalah perkara biasa. Tetapi setiap kali terjatuh, dia akan menjadi lebih kuat. Dia akan menjadi lebih bijak. Sebab itulah minat sahaja tidak mencukupi. Kerana dugaannya terlalu besar, lebih besar dari penjual masa.

Penjual masa atau penjual kotak?

Tidak salah kalau hanya mahu menjadi seorang penjual masa. Cumanya, ini lah perbezaan yang kalian perlu faham, kenapa ada orang seperti Ingvar Kamprad (Ikea), dan kenapa ada orang hanya kekal sebagai Abu si Tukang Kayu.

Sekiranya kalian dapat menjual bisnes kalian kepada orang lain, maka itu tandanya kalian menjual kotak. Sekiranya tidak, maka itu tandanya kalian menjual masa.

Jadi, apa pilihan kalian?

Dapatkan buku e-Myth Revisited untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara ini. Boleh didapati dalam versi asal dalam Bahasa Inggeris atau edisi terjemahan terbitan PTS.

About the author: Suzardi Maulan, penulis tutorial online Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

8 comments… add one

  • ummi Aug 15, 2010

    Kadangkala kemahiran juga modal yang boleh digunakan.

  • Urus Aug 16, 2010

    Abu si Tukang Kayu pun boleh menjana passive income yang besar jika beliau menggunakan pelan perniagaan yang sesuai. Beliau juga boleh mencipta satu sistem yang baik dan melantik orang lain mengendalikan sistem tersebut.

    Ringkasnya, tak kira anda seorang “penjual masa” ataupun “penjual kotak”, mencipta sistem perniagaan yang baik adalah fasa yang amat penting sekali. :-)

  • FadzilahMamatPM Aug 21, 2010

    Good article Pakdi.. :)

    Tapi sebagai seorang Unit Trust Consultant, saya menganggap kerjaya saya bukanlah hanya menjual masa malah turut menjual kotak.

    Ini kerana, saya juga mendapat passive income daripada pelaburan tambahan, career benefit, dan juga daripada jualan kumpulan saya.

  • Amin007.Ledang Sep 1, 2010

    “Namun, penjual masa boleh berubah menjadi penjual kotak sekiranya dia boleh mencipta satu sistem yang baik dan melantik orang yang layak untuk menjadi ketua dalam sistem tersebut. Selepas itu, boleh terlibat dalam bisnes yang lain pula.”

    tak faham, boleh bagi contoh???

  • syazam Sep 2, 2010

    Salam Pak Di,
    seek yr opinion on the following type of business (by surfing the link below):

    330hyper.com/e-hyprobulksms.html

    in my humble opinion the business of selling device that can send sms in bulk is okay. but if we observe carefully the return/ income is not from the selling of the device but actually comes from the ability to introduce this product to another person (to become downliner). the more downliner you get, the more income you will get.

    fyi, this scheme is so famous as there are a lot of people have joint this scheme. tqvm…

    • mny Sep 10, 2011

      “in my humble opinion the business of selling device that can send sms in bulk is okay. but if we observe carefully the return/ income is not from the selling of the device but actually comes from the ability to introduce this product to another person (to become downliner). the more downliner you get, the more income you will get.”

      thus, i believe it will fall under the MLM-SP (MLM – SKIM PIRAMID) a.k.a. head hunter. This is not a business, it just a trick to make the people at the above system become richer and the last person (or level, let say 2/3 level from bottom) will definitely loss.

      It will crash when no more downline to join the system..To make it easy, what kind of business that required a lot of agents rather than a lot of customer?? Funny isn’t it..

      Just my 2 cents.. Please correct me if i’m wrong.. Thanks

      • mny Sep 10, 2011

        Oh btw pak di, you got a nice blog with good information.. Please keep it up and if u don’t mind i would like to share a lot of articles from here with other people..

  • NIZAM Mar 22, 2011

    Pengedar DCL boleh dianggap sbg penjual kotak tak?

Leave a Comment