Bijak Urus Hutang Supaya Hati Sentiasa Tenang

payc

Apakah tuan tahu ke mana perginya duit gaji tuan setiap bulan ?

Tuan perlu ambil tahu.

Jika bukan tuan yang ambil tahu, takkan makcik karipap pula yang tahu ke mana duit dari dompet tuan dibelanjakan. Tak begitu ?

Secara umumnya pendapatan kita dibelanjakan dan habis atau bertukar kepada 3 perkara berikut:

  1. Harta
  2. Simbol kemewahan
  3. Hutang

Atau kombinasi salah dari dua benda yang disebutkan.

Tukar Gaji Jadi Harta

Ini adalah perkara yang paling baik.

Apabila tuan menukarkan sebahagian duit gaji menjadi harta.

Ini bermaksud tuan mahu membayar zakat setiap tahun. Jika dari tahun ke tahun makin banyak pembayaran zakat dibuat, itu tandanya tuan telah menukarkan gaji menjadi harta. Itu adalah cara urus duit gaji yang betul.

Apabila gaji telah bertukar menjadi harta, satu hari nanti tuan dapat berjaya melaksanakan polisi DMLDDK. Duit masuk lebih dari duit keluar.

Tukar Gaji Jadi Simbol Kemewahan

Simbol kemewahan adalah kekayaan palsu.

Lebih malang lagi jika simbol kemewahan itu tuan beli dengan cara hutang!

Banyak skim-skim penipuan yang menawarkan duit setiap bulan menggunakan simbol kemewahan untuk menarik orang ramai. Sebabnya memang itu fitrah manusia suka benda yang baru, cantik dan berkilat-kilat.

Bayangkan masa baru berkahwin dulu. Suami masih dapat tengok kaki sendiri. Isteri masih macam anak dara. Tapi kalau itu sahaja yang kecantikan palsu itu sahaja yang kita cari, apakah perkahwinan itu kekal ?

  • Baju baru berjenama yang kita beli lusuh.
  • Kasut kulit yang kita beli rosak.
  • Makanan yang kita beli, habis.
  • Kereta baru lepas 3 tahun pakai, mula meragam.

Tukar Gaji Menjadi Hutang

Hans mendapat gaji RM 5,000 sebulan.

Bagaimana duit gaji bertukar jadi hutang atau menjadi milik bank ?

Apabila Hans membeli sebuah kereta. Dengan cara berhutang dengan bank. Tindakan ini adalah tindakan menukar harta menjadi simbol kemewahan dan hutang sekaligus.

Pada masa yang sama, Hans juga ada membeli sebuah apartment untuk tujuan pelaburan secara behutang. Tindakan ini menyebabkan beliau ada harta dan ada hutang juga sekaligus.

Maka, tindakan ini bergantung kepada apa yang dibeli.

Jika dengan membuat hutang, membolehkan beliau membayar zakat , maka itu tandanya beliau guna hutang untuk kumpul harta. Jika, berlaku sebaliknya, itu tandanya beliau guna hutang untuk kumpul simbol-simbol kemewahan.

Isu Keterhutangan Di Kalangan Rakyat Malaysia

strug

Kita cuma merasai betapa berharganya RM 10, apabila kita cuma mempunyai RM 1 di dompet.

Namun, ketika memperoleh gaji pertama dahulu kita tidak ingat pun betapa berharganya RM 10 yang sekeping itu.

Maka, ramai tersalah langkah dengan menukarkan gaji kepada hutang seawal mungkin. Sebab tidak dapat menangguhkan kehendak untuk memiliki simbol-simbol kemewahan. Dari hidup tidak berhutang, lama-lama hutang keliling pinggang.

Itu sebab pertama. Kemudian, kerana nak keluar dari beban hutang sedemikian ramai yang mencari jalan mudah untuk jadi kaya. Lebih-lebih lagi apabila kawan kata ada skim dapat duit setiap bulan.

Banyak pihak yang suka mengambil kesempatan kepada golongan sebegini.

Tawar skim janji tipu yang tawar untung tiap bulan. Mula-mula masuk sikit dan dapat. Bila dah tamak, digoda, dibisikkan supaya  supaya pergi ke bank membuat personal loan / financing dengan jumlah yang besar. Malah, ada yang menggadaikan harta yang sudah bebas dari hutang.

Apa yang berlaku ? Dah dengar cakap kaki penipu confirm lah kena tipu!

“Mana lah saya tahu dia tu kaki penipu Pakdi oi!”

Mana ada kaki penipu beritahu yang dia tu penipu. Adui… Tapi tanda-tanda penipuan itu wujud. Cuma sebab dah dikaburi $$$, maka tak nampaklah tanda-tanda penipuan yang manis macam tebu di bibir kaki penipu tu.

Hati-hati.

Slip gaji bukan lesen kumpul hutang sebegitu!
.

Kerajaan melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menetapkan:

Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius ?

Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya. Ini bermaksud baki gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.

Bukan sahaja polisi kerajaan, malah institusi kewangan pun tidak mahu para pelanggan mereka mempunyai kadar hutang melebihi 60 % – 70% dari jumlah pendapatan. Dari sudut prinsip pengurusan kewangan peribadi, kadar hutang yang ideal adalah di bawah 30%.

Kesan Mempunyai Banyak Hutang

Seterusnya Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) berkata:

Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.

(Direkodkan oleh Imam Baihaqi)

Justeru, hutang sewajarnya diuruskan dengan baik. Kalau sudah tidak dapat tidur lena di malam, mesti banyak kesan buruk yang berlaku untuk kehidupan peribadi seperti kesihatan, perkahwinan malah juga prestasi di tempat kerja.

Sebabnya bukan semua orang itu mampu dan berbakat membina pendapatan sendiri dengan bisnes. Kalau kerja terganggu sebab sibuk kira untung berniaga itu ok, boleh hantar surat berhenti kerja kepada bos. Jika kerja harian terganggu sebab hutang, maka bos pun pening kepala dengan gelagat sebegitu.

Kursus Bijak Mengurus Wang Edisi Urus Hutang

Sekiranya tuan mahu mengadakan kursus urus duit gaji edisi urus hutang untuk kakitangan organisasi , pejabat , jabatan sila berhubung dengan kami, AFIQ Training & Advisory melalui talian 0392079780 untuk mendapatkan sebut harga.

Atau, hantar emel ke info [@] afiqtraining.com dan sila maklumkan nama, jawatan, organisasi, no telefon dan keperluan latihan yang tuan perlukan.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.