Berapakah Modal Yang Diperlukan Untuk Memulakan Pelaburan Saham ?

div

Untuk melabur perlukan modal.

Namun berapakah modal yang diperlukan ?

Jawapannya ada pada diri tuan sendiri. Nota ini mengenai modal yang diperlukan untuk tuan membina pendapatan dari sumber pelaburan.

Manakala sekiranya tuan mahu membuat pengiraan kos pembelian saham, dan modal membeli 1 lot saham, maka sila rujuk link-link yang diberi di bawah:

Kos Membeli Saham di Bursa Malaysia
Jika Serius Melabur Dalam Saham, Sila Terus Buka Akaun Dengan Syarikat Broker

Jadi, bercerita pasal modal ini begini …

1. Apakah Tuan Sudah Menyimpan ?

Maka untuk bermula gunakan sebahagian sahaja simpanan terlebih dahulu, sebagai modal pembelajaran.

2. Berapakah Itu Sebahagian ?

Iaitu sejumlah yang sanggup rugi 100% sahaja.

3. Income vs Growth

Setelah lepas fasa pelabur baru, untuk membuat pelaburan secara serius, apakah objektif pelaburan tuan ? Apakah tuan mahu …

i) Retire now, hidup dengan hasil dividen tahunan
ii) Retire later, membuat tabung persaraan sendiri.

4.  Income

Sekiranya mahu retire now.

Jika tuan perlukan RM 100,000 setahun, maka modal yang diperlukan adalah bermula dari RM 1,000,000

5. Growth

Sekiranya mahu retire later.

Modal serius sebanyak RM 30,000 yang berkembang pada 10% setahun, selepas 30 tahun ia dapat berkembang menjadi RM 523,482.07

Maka untuk tujuan growth ini, maka kita kena buat tabungan khas pelaburan.

RM 300 sebulan. RM 100 sebulan pun ok. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tuan buat simpanan khas dari sebahagian duit gaji tiap bulan, khusus untuk tabung pelaburan saham.
.

Sekiranya tuan berminat untuk sesi coaching saham, sila klik link berikut –> Coaching Pelaburan Saham

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.