Berapa Yang Diperlukan Untuk Bersara ? Lelaki Ini Ada Jawapannya

wbiey

Lelaki ini adalah pelabur paling kaya di dunia.

Warren Buffett namanya.

Pada usianya 26 tahun, beliau telah pun “bersara”. Pada tahun 1956 beliau telah mempunyai…

Simpanan: $174,000
Perbelanjaan tahunan: $12,000
Kos sewa rumah: $175 / bulan

Berdasarkan jumlah simpanan dan perbelanjaan tahunan sebegini, sebenarnya beliau dapat memilih untuk hidup tanpa bekerja untuk tempoh 14 tahun!

Konsep bekerja dari rumah (working from home) pun bermula. Menjadi pelabur sepenuh masa menggandakan simpanan dengan membeli saham bisnes-bisnes yang sedang dijual pada harga murah.

cikgu buffett

Warren Buffett mengajar kelas ‘Sound Investing in Stocks’

Berdasarkan kiraan inflasi ( www.usinflationcalculator.com/ ), berikut adalah nilaian tahun 2015:

Simpanan: $ 1,513,537.72
Perbelanjaan tahunan: $ 104,381.91
Kos sewa rumah: $ 1,522.24

Sekiranya tuan tertanya-tanya bagaimana dia boleh mempunyai duit simpanan sebanyak itu, barangkali nota di bawah ini ada jawapannya:

— Warren Buffett: 10 Fakta Menarik

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<

Comments on this entry are closed.