Benjamin Graham – Pengasas Value Investing

Benjamin Graham adalah sifu kepada Warren Buffett.

“One of the luckiest events in my life was when I met Ben Graham.”

Berikut adalah 10 perkara yang menarik tentang Benjamin Graham.

1. Beliau dikenali sebagai father of value investing, prinsip pelaburan yang melihat kepada nilai sesebuah syarikat dan membelinya dengan harga yang murah.

2. Antara yang terawal memperkenalkan konsep hedging dan arbitrage. Semua bermula dengan mencari nilai.

3. Memperkenalkan Mr Market. Satu analogi yang dapat membantu kita memahami apa itu pasaran.

4. Mempunyai sejumlah murid yang berjaya dan yang paling popular adalah Warren Buffett.  Mereka digelar sebagai “The Superinvestors of Graham & Doddsville.”

5. Buku yang mesti dibaca oleh profesional dalam bidang saham adalah ‘Security Analysis’.

6. Buku yang mesti dibaca oleh pelabur runcit biasa macam kita-kita ini adalah ‘The Intelligent Investor’.

7. Kesemua anak murid Graham mempunyai teknik pelaburan yang berbeza tetapi mereka semua berpegang kepada prinsip yang sama. Apa yang ditekankan oleh Graham adalah framework pelaburan yang berpegang kepada prinsip yang betul.

8. Beliau pernah kehilangan hampir semua kekayaan semasa Great Depression  1929 dan disitulah prinsip ‘Value Investing’ bermula.

9. Prinsip Value Investing menekankan betapa pentingnya untuk ‘protect your capital first’. Dalam erti kata lain menurut English idiom – “A bird in a hand is worth two in a bush.”

10.  Apabila Ben Graham ingin bersara, Warren Buffet memujuknya untuk jangan bersara lagi. Jawapan beliau kepada Buffet, “Money won’t make any difference to you and me, Warren. We’ll be the same. Our wives will just live better.”

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

7 comments… add one
  • Aqif Azizan Sep 10, 2012

    Saya ada baca buku tentang prinsip pelaburan Value Investing. Pendekatan seperti ini nampak lebih selesa untuk diri sendiri. Satu daripada sebabnya adalah kita menilai berdasarkan kemampuan syarikat.

    Kena belajar banyak lagi tentang cara untuk membaca profail syarikat. 🙂

    • Pakdi Sep 10, 2012

      Sebaiknya kena cari sumber asal juga 😉 Jadi sila lah beli juga buku The Intelligent Investor.

  • Fazrol Sep 10, 2012

    Banyak juga startegi dlm pelaburan nie ye…
    Saya cuma tahu tentang diversify ja.. He he…

    P/s – opis dah dekat, teringin nak jumpa Pakdi face to face.. He he..

    • pakdi Sep 11, 2012

      Ya, ada banyak strategi yang ada, pilih lah yang mana sesuai dengan kita 🙂

Leave a Comment