Benarkah Pelaburan Tuan Selama Ini Untung & Berbaloi ?

lo

Barangkali tuan sudah ada pelbagai jenis harta pelaburan.

Macam-macam sudah beli.

  • Emas
  • Unit trust
  • Hartanah
  • Saham
  • Dan lain-lain

Sekarang mahukah tuan tahu bagaimana untuk tahu pelaburan-pelaburan tersebut menguntungkan dan juga berbaloi ?

Betul, untung 3% pun masih untung tetapi ianya tidak berbaloi kerana di Malaysia kita sudah ada Tabung Haji dan juga ASB. Kedua produk ini dianggap satu pelaburan yang selamat kerana seseorang individu itu tak perlu ada ilmu pelaburan pun boleh dapat 5% – 8% setahun.

Ini kerana apabila kita melabur, sasaran pelaburannya adalah seperti berikut:

  • Nak dapat lebih untung dari inflasi / FD
  • Nak dapat lebih untung dari TH
  • Nak dapat lebih untung dari KWSP
  • Nak dapat lebih untung dari ASB
  • Nak dapat lebih untung dari indeks saham

Untuk mengatasi inflasi,  pelaburan bermodalkan RM 10 ribu pada 5 tahun lepas, hari ini modal tersebut mesti berkembang lebih dari RM 11,600. Itu baru nak lawan inflasi. Maka jumlahnya sudah tentu lebih besar kalau nak lawan return TH, KWSP dan ASB.

Keuntungan yang selalu disebut-sebut dalam pelaburan di atas adalah dinyatakan dalam pulangan terkompaun.

Maka untuk mengetahui sama ada pelaburan yang telah dibuat itu menguntungkan dan juga berbaloi maka buatlah kiraan return on investment (ROI) secara terkompaun atau dalam istilah yang lebih teknikal compound annual growth rate (CAGR).

Pulangan Purata vs Pulangan Terkompaun

Pulangan purata 15% berbeza dengan pulangan terkompaun 15%.

Mengetahui perbezaan kiraan pulangan purata (average return) dengan pulangan terkompaun (compounded return) adalah penting kerana ilmu ini dapat menyelamatkan seseorang individu itu terpengaruh dengan janji-janji manis pihak-pihak tertentu.

Misalnya pada satu hari misalnya tuan mendengar ada kawan berkata.

_______ [isi tempat kosong] bagi untung 150% dalam tempoh 10 tahun.”

Maksudnya, modal RM 10 ribu berkembang menjadi RM 25 ribu.

Wow. 150%!

Tuan pun berkira-kira. 150% ÷ 10 = 15% setahun! Wow. Wow.

Mengukur prestasi pelaburan secara ROI purata sebegitu untuk membuat perbandingan adalah tidak tepat. Gunalah ROI terkompaun. Dalam contoh di atas ROI terkompaun adalah 9.6% sahaja.

Tuan Razali Razman ada menerangkan dengan lebih terperinci kenapa kiraan pulangan secara purata adalah tidak tepat. Sila baca nota yang disediakan oleh beliau:

Mengapa Kiraan Pulangan Purata Tidak Tepat ?

Sediakan Jurnal Pelaburan Semasa Melabur

Apabila seseorang itu telah mempunyai catatan pelaburan yang bersistematik i.e. jurnal pelaburan maka adalah sangat mudah sudah untuk mengukur prestasi pelaburan diri sendiri selama ini.

Dapat tahu total ROI. Dapat tahu annual ROI. Yang paling penting dapat tahu compounded ROI.  Seterusnya dapat tahu apakah pelaburan yang dibuat selama ini berbaloi atau pun tidak.

Namun harus diingat, ROI bukan penentu prestasi masa hadapan. ROI adalah sangat sesuai untuk mengukur prestasi yang lepas. Dan bukannya satu-satunya petunjuk untuk membuat keputusan pelaburan.

Sekiranya tidak pasti, tuan dapat merujuk kepada mana-mana independent financial planner supaya dia dapat membuat pengiraan keuntungan pelaburan seterusnya memberikan second opinion terhadap usaha yang telah tuan buat selama ini apakah ianya pelaburan yang untung dan berbaloi.

Comments on this entry are closed.