Budaya Berhutang Anak Muda: Belanja Kad Kredit RM 702 Sebulan

Budaya berhutang generasi-Y. Orang muda dalam beban hutang yang serius. Kebanyakan mereka berusia 24-29 tahun dan berpendapatan antara RM 2,001 – RM 3,000 sebulan.

Kajian untuk pihak Era Consumer dan dibiaya oleh Citi Foundation (program Streching Your Ringgit Financial Education) ini melibatkan 1,002 responden berusia antara 18-35 tahun dan tinggal kawasan bandar.

Antara hasil kajian menunjukkan:

  • 47% anak muda dalam keberhutangan serius, 30% dari pendapatan kasar adalah untuk bayar hutang.
  • 37% hidup melebihi kemampuan diri sendiri.
  • 15% tiada simpanan langsung.
  • Jika mereka berhenti kerja, secara purata mereka hanya dapat bertahan selama 4 bulan sahaja.
  • Secara purata, perbelanjaan kad kredit adalah RM 702 sebulan. (Bayangkan berapa yang perlu dibayar sebulan?)
  • 37% tidak pernah memikirkan mengenai persaraan.
  • 60% yang telah memikirkan plan perasaan tidak berpuas hati dengan persediaan mereka.
  • Orang bujang lebih banyak hutang dari mereka yang sudah berkahwin.
  • 53.8% dari mereka yang banyak hutang adalah pemegang ijazah.

(Sumber dipetik dari Survey of Financial Behaviours and Financial Habits of Young Workers oleh Consumer Research & Resource Center dan majalah Personal Money Ogos 2012)

p.s. Ada orang dah berjaya potong kad-kad kredit mereka. Mahukah tuan menjadi seperti mereka, dapat menyelesaikan hutang kad kredit dengan lebih cepat? Klik sini untuk mengetahuinya.

About the author: Suzardi Maulan, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

8 comments… add one

  • Saharizam Aug 10, 2012

    Tahun 1998 saya mula kerja Mgmt Trainee gaji RM1,800. Pakai moto & takde handphone.

    Skrg fresh grad gaji RM2,200 tapi kena bayar bil handphone, kena ada kereta dll.

    Keperluan (atau kehendak) meningkat banyak tetapi gaji tak banyak meningkat.

  • Wan Serting Aug 10, 2012

    Bagi saya,kad kredit = kad hutang.Menggunakan duit masa depan untuk kegunaan masa kini.Sangat bahaya bagi sesiapa yang salahgunakan kad kredit.Saya tak memiliki kad kredit & hanya ada kad debit yang lebih selamat.

  • Lantoi Aug 11, 2012

    betul tuh saya dulupun keje graduate trainee officer disebuah bank terkemuka dgn gaji rm1800 dlm tahun 1997, sekarang kebanyakan graduate trainee dpt gaji lebih kurang 22oo . Emm 1997 ke 2012 agak lama tapi kenaikan gaji basic begitu slow…. dlm 400. something is wrong somewhere. Bila minta gaji min pun gomen kita ni sesak nafas nak bagi…
    entahlah…

  • pedra blanca Aug 11, 2012

    it’s time for a change…change for the better i

  • loqman Aug 16, 2012

    Setuju kenyataan “Orang bujang lebih banyak hutang dari mereka yang sudah berkahwin”. Inilah pengalaman sebenar saya. Masa bujang asyik enjoy je…. jalan sana, jalan sini, shopping itu shopping ini…….. tak cukup duit gaji , apa lagi guna kad kredit…. spi habis limit……….
    Dua tahun merana bayar kad kredit…… Bonus, gaji dan duit OT semua bayar hutang kad kredit.

    Dah kahwin baru ingat…. tambah ada anak…… Lepas tu cancel semua kad kredit dan mula menyimpan……. Akhir semua kad kredit selesai hutang……… Dan mula menyimpan dan sekarang dah ada beberapa asset……… dan duit simpanan……. dan sekarang mula buat pelaburan…….

  • nik Jun 18, 2013

    sbg org muda yg bru 5 thun kerja n masih bujang, aku bersyukur xpernah terfikir mggunakn kad kredit coz pekerjaan aku xmemerlukn utk mggunakan benda tu.stakat nk shopping 2 kali sebulan n keluar dgn kengkawan rasanye xperlu kemudahan tu. pengalaman tgk kengkawan yg ada 2, 3 jenis kad kredit memang menyeramkan.gaji makin naik pon mcm xbg makna pd depa coz keje duk bayar utang je.nk beli asset n bt pelaburan mcm aku pon xbleh.dulu kemain duk ejek aku dgn gelaran kedekut,minah penjimat tegar n mcm2 lg…tp hr ni bile tgk aku punya hutang kereta dah abis n ptptn mkin susut,baru depa senyap.lagi2 la aku dah mula beli rumah.lg tertutup mulut tu.masalah ni sebenarnye bukan soal gaji kecik ke besar ke..yg penting cr n disiplin kita dlm berbelanja.kalu belanja ikut nafsu, ikut org bukan ikut keperluan diri memang merana la..kengkawan yg gaji rm4000 sebulan n masih bujang mcm aku pon selalu mengeluh xcukup duit..tp xpernah nk usaha ubah cr berbelanja..slalu bg alasan xsanggup n leceh la..mcm2..

  • mukhsyen mohtar Jun 19, 2013

    solution, kena cari pendapatan sampingan..

  • Cikgu Wan Apr 14, 2014

    Masa mula2 kerja dulu. Dpt 2 kad kredit percuma dari bank. Lepas baca tentang keburukan kad kredit, terus potong kad sebelum sempat guna. Alhamdulillah :)

Leave a Comment