24 comments… add one
  • Pak Macho Apr 11, 2012

    Semoga jutawan2 Malaysia yang ada Bugatti Veyron contohnya tidak bermewah melampo-lampor. Salurkan wang ke arah yang lebih baik. Contohnya bantu anak-anak cerdik pandai yang kurang berkemampuan sambung belajar.

  • Acik fosilmitra Apr 12, 2012

    Setuju dgn Pak Macho… Harta didunia hanyalah hiasan semata².. Mudah² kita takkan alpa dgnnya…

    *Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya surah at-Taubah ayat 38 yang bermaksud:

    “Apakah kamu cukup puas dengan kehidupan dunia sebagai kehidupan akhirat? Padahal nikmat hidup di dunia ini (jika dibandingkan dengan hidup di) akhirat hanyalah sedikit.”

    Maksudnya segala keseronokan, kelazatan, kemewahan dan kepuasan yang ada di dunia ini, yang mampu kita capai di sepanjang hayat kita yang singkat ini sangatlah sedikit. Jangan habiskan keseronokan di sini kerana kemungkinan besar kita kehilangan keseronokan hidup di akhirat.

    Samalah kisahnya seperti seorang yang akan menghadiri dua jamuan. Jamuan pertama di rumah kawan manakala jamuan kedua di sebuah hotel. Jamuan pertama menghidangkan nasi putih dan telur goreng serta kicap. Orang tadi makan dengan lahapnya, tiga pinggan nasi dan tiga gelas air membuatkan perutnya penuh membuncit.

    Kemudian dia pergi ke jamuan kedua yang dibuat secara ‘buffet’. Udang besar saja tiga jenis masakan, nasi beriani, ayam panggang, ikan bakar, pelbagai jenis pembasuh mulut, ada ais krim dan pelbagai lagi. Dapatkah orang tadi makan lagi? Sudah tentulah tak dapat kerana segala keseronokannya sudah dihabiskan dalam jamuan yang pertama tadi. Padahal jamuan pertama tadi hanyalah makanan biasa iaitu nasi putih dan telur goreng.

    Begitulah tamsilannya. Sebab itu kita mesti bijak dalam menentukan masa depan kita di akhirat nanti.

    – Petikan Tazkirah Alexanderwathern.

  • aman Apr 12, 2012

    Setuju…setuju…harta didunia hanyalah pinjaman sahaja.

    Buat org tak kaya cam kita pun boleh menyumbang, tak payah nak tunggu jadik kaya.

    Sebagai contoh bank in kat sini, AQSA SYARIF BERHAD Maybank 551575004299. Seplo hinggit sebulan pun dah ok. Kalau dapat satu juta org Islam mesia derma, dah dapat seplo juta sebulan. Menyumbang kearah kesejahteraan org Palestin.

  • Adelaian Apr 13, 2012

    Ni org kaya kedekut nih. Nak belanja utk diri sendiri pun sayang.

    • hiro Apr 16, 2012

      orang yang kedekut takde nak derma duit dia untuk kebajikan. baik beli ipad utk sendiri macam student malaysia yg dapat pinjam ptptn

      • VWfan May 4, 2012

        budak dapat ptptn berlagak macam billionaire dalam masa seminggu je, pastu balik makan megi…pastu terpekik macam monyet mintak ptptn dihapuskan padahal ko dah pi blanja duit diaorang macam org haus tak minum setahun…patut ke…

  • Adi Hanif Apr 13, 2012

    Hebat! video pun pakai yang tape lagi tu!

  • orang baru Apr 13, 2012

    betul tu orang kaya kedekut nak jimat tak bertempat, tak leh jadi contoh. kita mesti kena balance juga cara nak berbelanja dan berjimat. saja nak tunjuk jimat tapi kat rumah tandas diperbuat dari emas tak hairan….gimik je

    • VWfan May 4, 2012

      mane ko tau? ko ade baca bibliografi dia? cakap jangan sebarang cakap…ntah2 ko yang macam tu tak? takde duit buat macam gaya jalaludin hassan berlakon orang kaya…

  • pedra blanca Apr 14, 2012

    adelaian, buffet blh brfikir dia hanya pgurus kpd harta2 tsebut bukan pemilik. Pengurus kena buat mcm2 kos benefit analysis spaya pulangannya optima. Tidak spt sebahagian kaumku beli keta mahal2, ada niat nk show off kat org lain yg dia well off, justify dgn kajta2 dah keja penat2…duit ada belanja la

  • Azila Apr 17, 2012

    Ini sekadar pemerhatian rambang saya sahaja…

    Orang Melayu barangkali ada pemahaman yang asal saja ada duit, atau jadi kaya, pasti saja kekayaan itu mahu digunakan untuk diri sendiri. Banyaknya akan digunakan untuk membeli kehendak-kehendak diri. Rumah, kereta, perhiasan dan lain-lain.

    Mungkin dengan anggapan bahawa, ‘Dah kaya, ke mana lagi nak digunakan duit-duit ini kalau bukan memenuhi kehendak hati?’

    Mungkin kebanyakan kita tidak dapat menerima pandangan atau nilai yang dipegang oleh seorang Warren Buffet yang kekayaan yang dibina, bukan hanya untuk dirinya sahaja.

    Malah, kekayaan itu dibina untuk membuat kebajikan….

  • amin007.ledang Apr 17, 2012

    Bilik dia luas sikit dari pondok kayu saya hehehe

  • Zuhair May 3, 2012

    Nak jadi kaya, kena tau cara gandakan duit. Nak jadi zuhud, jangan simpan sifat cintakan harta dalam hati.
    Boleh ja nak guna harta tu untuk diri sendiri, tapi jangan dilupakan orang yang lebih memerlukan..

    • VWfan May 4, 2012

      kalau dia ni muslim pasti dia muslim paling kaya kat dunia ni, and kalau apa yang dibuat selepas dia mati tu jadi kenyataan dalam keadaan dia seorang muslim, hanya Allah saja yang layak untuk membalasnya…pelik kan, orang kafir macam dia ada motivasi untuk derma banyak2 selepas mati walhal kita secara umum tahu balasan allah kepada orang yang kafir selepas mati adalah azab neraka, inikan pulak kita yang bila mana harta itu dibelanjakan pada jalan yang benar, jaminan dan ganjaran allah itu pasti? kenapa kita masih lagi lokek dengan apa yang kita ada?

  • AWIE May 4, 2012

    begitulah sifat manusia yang kerdil ini kadang-kadang PELUPA.. memang la sempurna bukan milik kita tetapi hakikatnya apabila kita berilmu, InsyaALLAH ALLAH akan dibuka jalan kerana DIA la yang Maha Mengetahui. Begitulah perlu bagi kita supaya saling berpesan sesama kita.

  • Rozi May 8, 2012

    Donald Trump?:)

  • Lawrence Vision May 17, 2012

    Mungkin itu dah cara dan minat dia dengan bilik macamtu, who know kan.sebab minat manusia ni macam2 ada yang suka kecik, besar, mewah, sederhana jadi saya lihat ini lebih kepada aspek cara dan minat dia

  • En Taza Jun 12, 2012

    Memang menarik tapi ada ramai gak orang islam macam dia cuma tak ditonjolkan jer contoh cam pengasas Al Rahji tu…

Leave a Comment