Bayar Hutang Atau Labur Duit Dulu ?

Sekiranya tuan mempunyai RM 100 ribu sekarang.

Patut buat bayar hutang-hutang berikut atau laburkan duit tersebut terlebih dahulu ?

  • Mungkin ada hutang pendidikan; hutang PTPTN, hutang MARA, hutang PETRONAS
  • Mungkin ada hutang personal loan; hutang kahwin, hutang down payment beli rumah
  • Mungkin ada hutang kenderaan; kereta dan motor
  • Mungkin ada hutang kad kredit.
  • Mungkin ada hutang rumah

Duit itu juga boleh dilaburkan dalam …

  • Emas
  • Saham
  • Hartanah
  • Unit trust
  • REIT
  • ETF
  • Dan lain-lain.

Maka bagi menjawab persoalan ini, maka ini adalah tiga (3) perkara yang perlu tahu:

1. Debt-free vs financially free

Apabila kita dah tidak lagi ada hutang, kita sudah debt-free.

Tapi belum tentu sudah financially free.

Apakah perbezaannya ? Antaranya ialah individu yang financially free tidak perlu tengok lagi harga makanan pada menu. Pesan sahaja nak makan apa.

Individu yang financially free juga dapat membuat pilihan untuk berhenti kerja sekarang juga dan menikmati persaraan awal. Sebab tabung persaraan dah cukup. Pendapatan pasif sudah ada. Hutang tidak semestinya sudah habis bayar, tetapi hutang yang terkawal.

2. Kos Melepas Bayar Hutang

Langsaikan hutang lebih awal barangkali membolehkan tuan menerima cashflow tiap bulan.

Tetapi tindakan tersebut dapat menyebabkan duit tadi tidak dapat digunakan untuk membina pendapatan pasif melalui pelaburan.

Maka untuk buat informed decision, senaraikanlah semua hutang. Semak berapa % kadar caj yang dikenakan. Buat kiraan dan jangan main agak-agak sahaja. Tidak tahu cara kiraan maka kena belajar. Ini dapat membantu dengan soalan seterusnya.

3. Dah Ada Kemahiran Jana Untung Lebih Dari ASB ?

Simpan duit di akaun bank simpanan biasa, maka pulangan setahun tak sampai 1%.

Namun jika anda menyimpan di Tabung Haji atau ASB, maka berpeluang mendapat antara 5% – 7%. Jadi, bandingkan dengan berapa yang perlu anda bayar setahun untuk kos hutang, dan berapa yang anda dapat setahun, dari untung menyimpan.

Mana lebih untung, simpan duit ke bayar hutang ?

Kalau nak dapat lebih dari apa yang Tabung Haji & ASB bagi, maka langkah pertama kena buat ialah cari ilmu pelaburan dahulu. Ini kerana hanya dengan Tabung Haji – ASB seseorang individu itu boleh dapat untung tiap tahun antara 5% – 7% tanpa ada ilmu pelaburan. Nak dapat lebih kena belajar.
.

Baguslah sekiranya tuan dah berfikir soalan ini.

Ini adalah masalah individu yang terlebih duit. Bukan individu yang pening kepala nak makan pun tidak cukup duit tiap bulan. Maka, kena fikirkan cara untuk optimakan harta sedia ada dengan menstrukturkan semula hala tuju kewangan masing-masing supaya nampak jalan yang lebih jelas.

Maka boleh lakukan cara kewangan Do-It-Yourself (DIY) atau mula buat temujanji dengan mana-mana independent financial planner. Jangan cakap sebarang orang yang kita ni ada duit. Bahaya. Sediakan dulu halatuju kewangan yang jelas.

Lepas sudah nampak halatuju, maka sangat mudah nak buat keputusan sama ada nak gunakan wang tunai itu tadi untuk langsai hutang atau dilaburkan dahulu.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.