Bajet Seorang Graduan Muda di Kuala Lumpur Pada 2015, Realiti Atau Ilusi ?

klcc 0001

Hai, masih bersama Hafiz Hadi

Terima kasih kepada sekalian pembaca baik hati.

Sebab sudi memberi nasihat & tunjuk ajar kepada saya tentang perancangan bajet bulanan yang saya buat sebelum ini, sila rujuk:

Pemuda Ini Menunjukkan Gaji Graduan Muda RM 3,500 Pada 2015 Tidak Cukup, Anda Setuju ?

Gaji RM 3,500 anak muda di KL.

Cukup atau tidak ?
.

Sila lihat pengiraan yang dibuat dan berikan penyelesaian…

Posted by Suzardi Maulan on Wednesday, November 4, 2015


.
Berdasarkan komen-komen tuan puan semua, majoriti memberi komen gaji kasar RM 3,500 itu cukup kalau tinggal di Kuala Lumpur. Malah, sudah tahap dapat bermewah.

Inilah realiti graduan muda yang baru nak masuk alam pekerjaan. Kami tak tahu apa yang bakal kami lalui.

Jadi dengan gaji sebanyak itu, berdasarkan maklum balas tuan puan sekalian, maka nampaknya dapatlah kami survive di samping kos GST, kenaikan harga tol & kenaikan harga barangan.

Bajet Perbelanjaan Baru

1. Kumpulan Simpanan Wang Kerja (KWSP)

Tak dapat elak, kena bayar RM 350

Jumlah: RM 350

2. Kereta & Kos Berkaitan Kereta

Impian di hati memanglah nak pakai kereta macam Honda City atau pun Toyota Vios.

Lepas survey dan buat bajet awal, cadang nak beli Myvi sebab rasanya Myvi tu dah murah.

Atas nasihat orang ramai, tak jadi beli Myvi. Saya memilih untuk beli kereta 2nd hand. Macam 2011 Perodua Viva 989 EZL Elite full spec. Harga RM 20,000. Nak beli tunai, takde duit lagi sebab baru habis belajar. Carilah kereta yang bukan baru, tapi tidak lah terlalu lama. Jadi, suka tak suka terpaksa bayar bulan-bulan RM 300.

Selain bayar installment, saya juga persiapkan bajet:

  • Minyak & Tol: RM 150
  • Tabung Penyelengaraan Kereta: RM 100
  • Kos Parking: RM 200

Bukan tak nak naik pengangkutan awam, tapi memang perlu kan kereta atas sebab-sebab tertentu.

Jumlah: RM 750

3. Sewa Bilik

Nak beli rumah belum mampu.

Nak sewa rumah mahal.

Maka kekalkan sewa bilik je la dulu macam bajet lepas.

Jumlah: RM 400

4. Makan Minum

Ramai yang cakap saya patut berjimat bila soal makan minum.

Baik, kena cari kedai makan murah-murah di kawasan Kuala Lumpur dan belajar ikat perut. Belajar memasak juga satu alternatif. Jadi ini pelan saya :

  • Untuk sarapan saya perlu makan roti, biskut, jem dan buat teh ‘o’ / air kosong. Tapi mungkin ada masa tak sempat. Jadi saya sediakan RM 2 sehari bersamaan RM 60 sebulan. Harap ada lebih.
  • Untuk makan tengah hari, saya perlu makan di foodcourt atau keluar cari gerai-gerai makan murah. Supaya bajet makan tengah hari paling banyak RM 10 sehari. Sebulan RM 300 untuk makan tengah hari.
  • Untuk makan malam, jangan beli di kedai makan. Usai balik pejabat, masak. Beli barang-barang dapur dan masak makan malam untuk berjimat. RM 150 sebulan untuk barang dapur. Harap ada lebihan.

Saya terus potong bajet untuk keluar minum dengan kawan-kawan. Kalau ada lebihan baru terima ajakan kawan-kawan untuk keluar minum-minum. Sorry guys.

Jumlah: RM 510

5. Telefon Bimbit

Harap dapat bos yang suka guna WhatsApp.

Ambil pakej data plan dengan kadar berpatutan. Rasanya boleh dapat dalam RM 70.

Jumlah: RM 70

6. Hujung Minggu

Ramai yang bagi pendapat RM 200/sebulan untuk belanja hujung-hujung minggu terlalu tinggi.

Atau dalam RM 50 seminggu

Jika begitu, ada minggu saya keluar. Ada minggu duduk rumah, main internet dengan pakej di atas. Nak tonton TV, TV pun tiada lagi. Saya potong separuh.

Jumlah: RM 100

7. Perbelanjaan Peribadi

Saya kekalkan.

Jumlah: RM 100

8. Belanjawan Bulanan

  • KWSP: RM 350
  • Kereta: RM 750
  • Sewa Bilik 400
  • Makan Minum: RM 510
  • Telefon Bimbit: RM 70
  • Bersuka ria hujung minggu: RM 100
  • Keperluan Peribadi: RM 100

Jumlah Perbelanjaan: RM 2,280
Baki Perbelanjaan: RM 1,220

Alhamdulillah.

Sekarang ada baki RM 1,220. Boleh saya bagi sikit pada ibu bapa, bayar duit takaful, pinjaman pelajaran, buat tabung pelaburan dan akhirnya boleh buat simpanan perkahwinan !

  • Ibu Ayah: RM 300
  • Takaful Diri: RM 80
  • Tabung Takaful & Road Tax Kereta: RM 70
  • Bayaran Pinjaman Pelajaran: RM 200
  • Tabung Perkahwinan: RM 350
  • Tabung Pelaburan: RM 170
  • Tabung Cuti-Cuti Malaysia: RM 50

Bagaimana sekarang ya ?
.

Poll di Twitter

About the author: Young Padawan di planet Pakdi.net

8 comments… add one
  • Syahmi Sapperi Nov 6, 2015

    Salaam…

    Semalam saya dah tulis panjang sebenarnya, tapi tiba-tiba tak boleh submit kerana internet terputus, dan apa yang saya tulis hilang…

    Cuma, lebih kurang itulah perbelanjaannya… Bilik mungkin boleh cari lebih murah… Tapi itu dah okey sangat…

    Cuma saya nak ingatkan, lain kali letakkan pemberian kepada ibu bapa sebagai ‘perbelanjaan’ tak boleh elak… Ibu bapa kita tu… Saya yakin, kalau kita utamakan ibu bapa, insyaAllah, rezeki tu datang dari sumber yang kita tak jangka…

    Apa-apa pun, tahniah… Macam ini baru hidup dalam kemampuan…

  • salam Nov 7, 2015

    Assalam… – Saya setuju dulukan pemberian ibubapa. Wlu x byk tapi ibubapa reda krn ank mengingati
    Dn mghargainya. Org tua kita sentiasa mendoakan ank dimurahkan rezki dn berjaya dunia akhirat.
    – Solat jgn tinggal wlu penat mcmanapun.
    Selalu berdoa jgn sombong dgn Allah. Minta seikhlas hati. Sesungguh Allah megetahui isi hati hambaNya.
    – Bertanggungjwp dgn kerja kita. Lakukan dgn ikhlas dn enjoy dgn kerja kita. Allah akan melapangkan kerja dn menenangkan hati kita. Kita akan rasa kepuasan , kebahgiaan dn ketenangan.
    – Cari teman yg mengajak kearah kebaikan. Sekira dpt tegoran dr teman ,terima dn nilaikan. Sesungguhnya kita x nampak kesilapan kita
    – Cuba kita renungkan org asing berebut dtg kesini dn boleh hidup mewah. Tpi kita x bersyukur di lahirkan di bumi Malaysia. Jadi kekalkan keamanan negara kita.

  • Acap Nov 9, 2015

    Bagus lah ada perubahan jika dibandingkan dengan sebelum ini. Kipidap…

    Ada satu lagi soalan? Bila nak kahwin? Haha

  • shazmie Nov 22, 2015

    Mantap cara urus duit tu. Boleh buat pembahagian jika gaji RM 2,500 sahaja?

  • Ir Dino Jun 13, 2016

    1) Try to get job with high pay. However, these jobs are normally riskier. Are you a risk taker or not? If you are a risk taker, go for it. If you like to play save, you should see item 2) to 6) below.
    2) Save at least 20% of your pay in ASB. Never take it out.
    3) Live below your mean.
    4) Continue upgrading your skill or futher your study.
    5) Save some money and buy car in cash if possible. Small car is fine unless your job requires good image.
    6) Always think long term.

Leave a Comment