Bagaimana Tuan Dapat Menjadi Pelabur Bijak Walaupun Masih Kekal Makan Gaji

workinv

Semua orang yang menanam bersungguh-sungguh, dapat hasilnya.

Sama ada melalui hasil makan gaji, mahupun hasil perniagaan.

Setiap pilihan, menjadi orang makan gaji atau berniaga, ada baik dan buruk. Bukan hanya orang berniaga sahaja boleh jadi kaya. Malah orang berniaga lebih mudah dibebani hutang keliling pinggang akibat kegagalan perniagaan.

Jadi, bagaimana nak jadi seorang pekerja, pada masa yang sama adalah seorang pelabur bijak supaya pada usia persaraan nanti mempunyai harta yang mencukupi ?

Berikut adalah 5 langkah asas:

1. Lepas Dapat Gaji Terus Simpan

Simpan dahulu.

Selebihnya baru belanja.

Bukannya lepas berbelanja, selebihnya baru simpan. Buatlah sebegitu setiap bulan lepas dapat gaji, jika memang mahu tidak cukup duit setiap bulan.

Tuan perlu membuat simpanan supaya:

  1. Persediaan zaman susah
  2. Persediaan untuk memulakan pelaburan.

Menyimpan ini nampak mudah tetapi ia memerlukan komitmen & disiplin yang tinggi. Jika tuan gagal menyimpan, maka peluang untuk gagal menjadi pelabur juga adalah cerah.

2. Simpan Bersama “Tangkai”

Simpan dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank itu perlu.

Tetapi jangan banyak sangat.

Simpan sekadar keperluan sahaja. Selebihnya, duit gaji tuan yang disimpan itu tadi ditukar dalam bentuk harta selain matawang. Aset matawang tunai ini habis dimakan inflasi.

Di Malaysia, tempat paling asas untuk tujuan ini adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji.

3. Kurang Berbelanja

Duit masuk lebih dari duit keluar.

Orang Jawa kata, “Spend less than you earn,

Makan dan minumlah, tapi jangan berlebihan,” – Surah al-A’raf: ayat 31.

Kos sara hidup selalunya diluar kawalan kita. Barang-barang asas, keperluan.

Namun, kos gaya hidup itu adalah dalam kawalan kita. Barang-barang yang tidak ada pun tidak mati. Mungkin perlu, tetapi tidak ada pun ok. Masih ada pilihan lain yang lebih murah. Contohnya telefon bimbit.

Apabila kita sentiasa mengawal perbelanjaan dari hari pertama dari gaji pertama, secara automatik hutang pun menjadi terkawal.

4. Buat Pelaburan

Setelah membuat simpanan asas dalam ASB / TH.

Maka setiap tahun tuan memperoleh agihan pendapatan. Bahasa orang kampungnya, dapat bonus atau dividen.

Gunakan sebahagiannya menjadi modal pelaburan untuk membeli unit-unit saham atau pun hartanah. Ini adalah level kedua tukar gaji jadi harta.

Harus diingat, menyimpan itu ibarat bina bot kecemasan. Melabur pula adalah macam membina kapal Titanic. Orang yang melabur tanpa ada simpanan, bakal karam seumpama Titanic.

Antara strategi pelaburan ringkas yang dapat diguna pakai adalah membeli produk exchange traded fund (ETF), atau syarikat berhad berkaitan indeks  di Bursa Malaysia (khususnya ketika harga jatuh). Saya namakan ini sebagai strategi pelabur defensif.

Amalkan selama 30 tahun. Tuan pasti dapat mempunyai lebih banyak harta dari 70% penduduk di Malaysia.

Strategi pelabur defensif ini sangat suai untuk orang malas, tidak mampu atau tidak ada masa menguruskan pelaburan secara aktif.

5. Kura-Kura Pasti Menamatkan Perlumbaan

Ingat balik cerita arnab dan kura-kura.

Get rich, slowly.

Sabar. Sabar. Sabar. Bab ini ramai yang gagal.

Baru dapat kerja semalam, sudah berbelanja macam seorang jutawan sejak minggu lepas. Gaji RM 2,500 tetapi berbelanja macam bergaji RM 5,000. Nak jadi pakar bidang (specialist) pun perlukan paling kurang 10 tahun, takkan boleh jadi jutawan dengan sekelip mata.

Ini belum ada simpanan asas, sudah bercerita pasal pelaburan sana pelaburan sini.

Comments on this entry are closed.