Bagaimana Suruhanjaya Sekuriti Menentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Shariah ?

comp

Siapa yang tentukan bagaimana produk pasaran modal seperti pasaran saham patuh Shariah atau tidak ?

Pihak yang mempunyai autoriti untuk mengeluarkan fatwa dan mempunyai kuasa untuk melaksanakannya adalah Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

MPS SC telah membangunkan kaedah Shariah stocks screening yang bersesuaian dengan perkembangan pasaran modal Islam di Malaysia. Sebab itu dalam nota ini tuan dapat melihat ada kaedah lama (qawl qadim) dan kaedah baru (qawl jadid).

Berikut adalah kaedah yang baru.

Penentuan status patuh Shariah (Shariah stocks screening) untuk sesebuah syarikat di Bursa Malaysia.

Kaedah penilaian ini bermula pada November 2013. (Tuan dapat bandingkan dengan kaedah yang lama selepas membaca nota ini sampai habis)

Perubahan utama melibatkan dua penilaian:

A. Penilaian aktiviti bisnes

1) Aktiviti yang jelas haram pendapatan perlu kurang dari 5%. Iaitu aktiviti perbankan riba, insurans, judi, arak, babi, restoran tak halal, hiburan yang tidak patuh Shariah, pendapatan dari akaun riba dan rokok.

2) Aktiviti dalam ‘grey area’ pula pendapatannya perlu kurang dari 20% seperti syarikat hotel & resort, syarikat broker saham, sewa hartanah untuk aktiviti no 1).

B. Penilaian ratio kewangan

Kaedah ini meneliti balance sheet sesebuah syarikat.

1) Duit tunai syarikat perlu disimpan dalam akaun perbankan Islam / instrumen kewangan Islamik sahaja.

2) Hutang syarikat mestilah diterbitkan / datang dari perbankan Islam / instrumen patuh Shariah seperti sukuk.

Sekiranya tunai & hutang dari sumber riba maka tak boleh lebih dari 33% dari jumlah aset syarikat. Jika lebih dari ratio ini, maka status syarikat pun bertukar menjadi tidak patuh Shariah walaupun aktiviti bisnes patuh Shariah.

Selain itu imej / persepsi umum yang melibatkan Shariah juga diambil kira.

Sila klik link di bawah untuk ke laman ICM dan senarai saham patuh Shariah.

i. Islamic Capital Market
ii. List of Shariah-compliant Securities by SC’s Shariah Advisory Council

Nota: Kaedah dibawah ini tidak lagi diguna pakai.

Catatan dibawah ini hanya sebagai rujukan akademik sahaja.

Kaedah shariah stocks screening yang lama adalah seperti berikut:

Semua kaunter saham adalah halal melainkan syarikat yang perniagaan terasnya mempunyai:

1. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
2. Perjudian dan pertaruhan;
3. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
4. Insurans konvensional;
5. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
6. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;
7. Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
8. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Seterusnya, MPS SC mempertimbangkan persepsi umum dan juga maslahah.

Sekiranya ada syarikat yang mempunyai pendapatan yang bercampur dari 8 perkara yang ditetapkan di atas, maka MPS SC mempunyai tanda aras berikut:

a. 5 peratus (pendapatan riba, judi, arak dan babi)
b. 10 peratus (perkara yang sukar dielakkan, FD riba dan tembakau)
c. 20 peratus (hasil sewa premis yang melibatkan perniagaan haram)
d. 25 peratus (bisnes itu ok tapi selalu bercampur dengan pendapatan haram seperti hotel, resort & broker)

Selaku orang biasa, tak mampu nak kira semua.

Maka Islamic Capital Market (ICM) Suruhanjaya Sekuriti telah memudahkan urusan kita.

Kita cuma perlu rujuk senarai tersebut, 2 kali setahun. Tapi kalau dah pakai broker halal maka lebih mudah.

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

28 comments… add one
  • Ameen Jul 20, 2012

    Salam Pakdi,

    SC telah melakukan beberapa perubahan ke atas Islamic stocks screening methodology seperti pada link di bawah:-
    http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=1170&menuid=&newsid=&linkid=&type=

    Walaubagaimanapun ianya akan mula diguna pakai pada penghujung tahun depan.

    • Pakdi Jul 20, 2012

      Betul, saya maklum.

      Saya akan update bila kaedah baru tersebut berkuatkuasa sebab senarai saham patuh Shariah semasa masih guna kaedah yang sedia ada.

      Sila peringatkan saya ya nanti 🙂

  • abu_muadz Jul 23, 2012

    yang kedua tu saya tak faham.. contohnya, adakah jika percampuran pendapatan riba, judi, arak dan babi itu kurang daripada 5% maka ia adalah dibenarkan?

    • Pakdi Jul 23, 2012

      Maksudnya, syarikat A core business dia adalah halal. Tapi pada masa yang sama dia ada tunai dan disimpan dalam FD. Income dari FD mesti tak lebih dari 5%.

      • WMS Dec 3, 2013

        salam Pakdi,

        SC menghalalkan syarikat yg pendapatan haramnya <5%. Saya tak pakar muamalat / islamic finance tapi adakah ini sbnrnya di benarkan oleh syara'?

        mohon pencerahan pakdi

  • ruzaiuddin Aug 15, 2012

    Salam Pakdi
    Saya nak tanya ASB dan AHB tu patuh syariah ke ?

  • Uzey Mourinho Sep 5, 2012

    As salam Pakdi..

    Sy sorg aktivis belia dan giat dlm program pencegahan dadah.. Bleh x sy beli saham non-syariah dan untungnya sy bg utk program persatuan belia dan rumah anak yatim di kawasan sy.. Sbb mintak derma dan bantuan lambat dan susah nk dapat.. Kalau dpt pun sikit sgt.. Kebetulan sy tahu dan selalu main saham.. Sy jamin sy xguna langsung untuk diri sy..

    • Suzardi Maulan Jun 30, 2013

      Persoalan ini sama dengan persoalan boleh tak mencuri untuk bantu rumah anak yatim 🙂

  • abdul razak Jun 30, 2013

    salam pakdi……
    saya masih baru berkecimpung dalan saham….
    saya nak tanya dalam satu2 syarikat yang disenaraikan kadang2 ada syarikat yang mempunyai bnyak kaunter …contoh JCY di ada JCY_CN, JCY_CO yang lebih murah …adakah saham2 begini boleh di beli ataupun tidak…kalau boleh bagimana kah kiraannya sbb sy perhatikan ada kaunter banyak volume dan ada yg lain tak ada volume….

    tq….

    • Suzardi Maulan Jun 30, 2013

      CN, CO adalah warrant. Tidak disarankan untuk orang baru sama sekali.

  • zifa Nov 18, 2013

    salam,

    saya ada persoalan..
    dengan ekonomi US yang ‘shut down’ sesuai ke untuk membuat pelaburan saham?

    Terima kasih

  • Asyraf Nov 29, 2013

    Salam Pakdi,

    Bagaimana nak kenalpasti saham IPO yang baru ditawarkan adalah patuh syariah atau tidak?

    Terima kasih
    Asyraf
    Johor Bahru

  • amin007.ledang Dec 7, 2013

    Ditanya satu soalan ” The statistic of non syariah compliance companies being removed, I can see that non muslim CEO might lead to removal of syariah compliance, while muslim CEO might add to syariah compliance. Before this, I do not consider this factor is important but now I hanged my mind. Foreign fund from USA and Europe might use bible compliance.”

    my friends in Islamic financial field, how should i respond?

  • syawal nizam Feb 1, 2014

    Assalamu’alaikum…pakdi,
    sye nak tanya, kalau saye join pelaburan syarikat bernama INDEXGB macam mane tahap keselamatan dari yang haram.adakah syarikat tu patuh syariah? atau pihak suruhanjaya sekuriti belum ada data syarikat berenaan…mohon sangat maklumannya.. 🙂
    jazakallah

  • Hewitt Aug 25, 2014

    Assalamualaikum pakdi.. Saya nk tnya, MFace menggunakan cara pendapat seperti saham melalui penjualan tapak iklan.. Game adalah salah satu jenis tapak iklan yg mereka sewa.. Halal x sewa tapa utk iklan game? Maaf sya x pasti

  • lanz Aug 28, 2014

    assalammualaikum pakdi..daham mface tu halal ke atau tak

  • mohd mazli Sep 22, 2014

    apa pandangan pakdi terhadap pelaburan di pacific mutual fund berhad? adakah pelaburan di situ boleh dikategorikan sebagai pelaburan yang patuh syariah? mohon pencerahan…

  • fatin Sep 11, 2015

    salam pakdi,

    Saya ada kemusykilan sedikit. Sekiranya pada mulanya sesuatu saham itu patuh syariah. Selama beberapa ketika ia melonjak naik umpama tiada hari esok. Tup2 suruhanjaya securiti declare x patuh syariah. Apa perlu saya buat?

  • Zain Azrai Feb 24, 2016

    Assalammualaiku Pakdi,

    Apa perlu saya buat kalau sebelum ni kaunter yg sy beli ada dalam list shariah compliant dan tiba-tiba kaunter tersebut jadi non-shariah compliant? Kalau dari segi hukum bagaimana? Perlu saya jual semua saham saya?

Leave a Comment