Bagaimana Prestasi Pelaburan Kita Tahun 2010?

port

Sekiranya tuan puan melabur pada 1 Januari 2010, maka pada  31 Disember 2010, setiap RM 1 yang kalian laburkan memberikan pulangan berikut (ini adalah anggaran kasar ‘capital gain’ dan kos berkaitan belum ditolak):

1. Indeks FBM KLCI : 22 sen

2. Indeks FBM Shariah: 20 sen

3. Indeks S&P 500: 12 sen

4. Indeks Dow Jones: 10 sen

5. Emas: 25 sen

6. Perak: 78 sen

7. Petroleum: 15 sen

8. Kelapa Sawit: 45 sen

9. Axiata Bhd (TM International): 55 sen

10. Simpan bawah bantal: -2 sen

Catatan Pakdi

a. Pasaran saham Malaysia walaupun mencatat pulangan sekitar 20%, tetapi pasaran saham serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina mencatat lebih 30%. Walaupun begitu, pasaran saham Malaysia mencatat prestasi jauh lebih baik dari pasaran saham US (Dow Jones dan S&P 500)

b. Emas bukan aset yang mencatat pulangan paling tinggi. Pemegang saham Axiata Bhd, pekebun kelapa sawit, dan pembeli perak mencatat pulangan yang lebih baik. Justeru, tuan puan sudah mengetahui fakta dan auta yang disebarkan oleh penjual emas.

c. Oh ya, kiraan ini berdasarkan teknik pelaburan daging kambing, bukan pelaburan susu kambing. Sila baca Bab 19, buku Rancang Wang Dari Sekarang untuk tahu maklumat lanjut mengenai hal ini. Pengetahuan ini membantu kita membuat perbandingan yang lebih tepat, menjadi pelabur yang lebih bijak dan pandai kerana jika kita membandingkan ASB dengan emas / perak misalnya, ia merupakan perbandingan yang salah kerana keduanya adalah pelaburan yang berbeza.

d. Anggaran pulangan tahunan di atas menjadi satu penanda aras, maka sekiranya kita melabur dalam pasaran saham, kita sepatutnya dapat sekitar 20% juga, sekiranya lebih itu lebih baik.

e. Sudah tentu, mereka yang tidak buat apa-apa adalah yang paling rugi.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

17 comments… add one
  • abu Jan 5, 2011

    salam pakdi,

    saye ingin tahu bagaimana untuk invest dlm saham Axiata Bhd, kelapa sawit, dan perak? Harap pakdi boleh bantu jelaskan pd saye sbb saye fresh grad yg baru nk berkecimpung dlm dunia invesment..saye sentiase mengikuti web pakdi.net sejak 2bln lalu selepas terjumpe ketika melayari internet, semoga pakdi dpt berkongsi ilmu dgn saye..

    abu

    • pakdi Jan 5, 2011

      @Abu,

      Ini pulangan untuk setahun, iaitu pada 2010. Tahun 2011 tidak tahu lagi bagaimana. Selaku fresh grad, tuan dicadangkan untuk dapat duit / kumpul duit dulu, selepas itu baru melabur.

    • Amin007.Ledang Jan 31, 2011

      saya syor simpan dalam akaum mudarabah bank rakyat.
      tapi kena simpan setiap bulan.

      kalau dalam akaun ada sekurang-kurang RM 2000,
      pulangan setiap bulan dalam RM 1.00++

      atau cara lain penuhkan ASB hingga ke tahap maksima.

  • Aman Jan 5, 2011

    Walaupun silver lebih tinggi kenaikan berbanding emas, di pasaran tempatan spread silver masih paling tinggi. Penjual silver tempatan mengambil spread dari 15% hingga ke 61.9%. Spread emas dari 3.2% hingga 9.7%.

    Selagi penjual Silver tidak ramai seperti emas, sehingga itulah penjual silver sekarang akan ambil kesempatan.

    Beli kat internet ada penangguhan bayar dan terima, ada riba (hehe, terima kasih Pakdi pasal ajar…). Menurut UZAR, pemain riba kekal dalam neraka. http://muzir.wordpress.com/2010/12/31/video-kuliah-uzar-tentang-dosa-riba-dan-isu-kewangan/

    Nak beli kebun kelapa sawit tak mampu la plak…..

  • zamri Jan 5, 2011

    fakta yang menarik. apa analisis yang pakdi pakai ni?

    • pakdi Jan 5, 2011

      @Zamri, tengok harga awal tahun dan harga hujung tahun.

  • Jejaka Jan 5, 2011

    Jangkamasa pelaburan satu tahun, beerti kita mengambilkira short term di sini. Kalau untuk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun agaknya pelaburan mana yang sesuai. Mungkinkah gabungan portfolio jawapannya? Pelaburan hartanah di mana tempatnya ya? – 2 sen ditaakul daripada inflasi tempatan atau nasional? Terima kasih atas maklumat.

    • pakdi Jan 5, 2011

      @Jejaka,

      1. Bergantung berapa apa yang kita mahu selepas 20 tahun.

      2. Hartanah tiada dalam kiraan ini kerana tiada “exchange” pasaran hartanah.

      3. Dari angka inflasi rasmi.

  • kadri Jan 5, 2011

    1) Saya suka analogi pelaburan kambing yang Pakdi ideakan. Senang faham. Saya sudah pun membaca buku Pakdi sekali lalu, dan akan baca sekali lagi untuk kefahaman lebih mendalam.
    (cara saya baca buku memang macam itu, mula2 ambil bau, lepas tu baru makan..heheh).

    2) Sangat setuju emas dan ASB tidak sepatutnya dibandingkan. Emas kalau jual semula, dah tentu xde emas dlm tangan lagi (jual kambing). ASB x payah jual dah tentu ASB tu dan profit milik kita jual (jual susu, kambing masih lagi ada utk hasilkan susu seterusnya).

    3) Sdr Aman : Kalau mengikut mengikut Public Gold, spread emas ~5% dan perak ~18%. Kalau rujuk harga untuk tahun 2010 Kitco, kenaikan emas 25% dan perak 65% (sama seperti anggaran kasar pakdi di atas). Jadi setelah ditolak spread, perak masih lagi untung 2 kali ganda berbanding emas. *Ini pendapat saya yg dhaif.

    4) Saya perhatikan artikel2 Pakdi berkaitan pelaburan emas agak “tawar”.

    5) Saya ingin berkongsi analisis amatur tentang rekod keuntungan pelaburan yang biasa dilakukan orang kebanyakan 🙂 –> http://kadoridesuyo.blogspot.com/2010/12/rekod-dividen-1993-2010.html

  • pakdi Jan 5, 2011

    Terima kasih kepada Aman dan Kadri kerana kongsi kos spread yang ada dalam emas dan perak.

  • pudin Jan 9, 2011

    x phm..”tawar” camna tu kadri?

    -nubis-

  • missai Jan 11, 2011

    bercakap tentang “perak” ni…camna agaknya nak buat pelaburan utk komoditi ni kat Malaysia? Kalau emas tu mmg dah ada macam2 la i.e saving book, emas ketul (maybank) dan barang kemas tu sendiri (kalau lebih dari utk pakai sendiri la).

    apa kaedah terbaik utk melabur dlm “perak” ni sbb kalau tengok harga “emas” dah terlalu tinggi utk dibeli…nak kata ada kaunter “perak” mmg tak wujud pun di BSKL ni…nak beli “perak” ketul2 pun, lagi la tak logik (sepengetahuan aku la)…atau aku sendiri yg tak expose dgn pelaburan berbentuk “perak” ni…

    sila lah para pembaca sekalian yg tahu utk kongsi bersama ye….Tima kasih.

  • trader Jan 13, 2011

    tolong minta penjelasan dari pakdi. kalau dah ada dijelaskan dalam artikel lain tolong beri link.

    saya ingin jual beli emas macam kedai emas tapi home-based (bukan PG) tujuan untuk mencari duit sampingan perbelanjaan rumah.

    katakan hari ini saya beli 1gm emas harga semasa RM139 dan simpanan bawah bantal.

    Selepas 30 hari harga naik RM145, lalu saya jual secara tunai kepada sesiapa yang berminat nak beli. Keuntungan ialah RM6.

    Adakah cara begini dibenarkan dan mengikut syariah?

    Kalau tidak, apakah cara yang mengikut syariah sekiranya ingin trading emas?

    Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada pakdi

  • adzim Jan 17, 2011

    kebanyak pelaburan yang pakdi senaraikan kenaikan adalah melebihi 20%.. kenapa ASB tidak boleh berikan dividen sebanyak itu? kerana ada yang berpendapat mengikut prospektus ASB mampu membayar sehingga 30% dividen..

  • dwen rasid Jan 18, 2011

    Bagus artikel ni……pakdi ada main saham ke?

  • zul Sep 15, 2011

    dimana untuk urusan juak beli perak yang sah dimalaysia?

Leave a Comment