Bagaimana Pelabur Dapat Membantu Bisnes Startup

cloud-business

Ada dua orang.

Seorang kita panggil Usahawan Ahmad dan seorang lagi Pelabur Haikal

Usahawan Ahmad mahu memulakan perniagaan menjual air lemon di kawasan rumahnya tetapi dia tidak cukup modal. Dia memerlukan modal untuk memulakan perniagaan.

Maka, Ahmad dapat memperoleh modal daripada

  • Simpanan peribadi
  • Membuat pinjaman
  • Menjual saham

Usahawan Ahmad mengambil keputusan untuk mendapatkan modal daripada menjual saham. Perniagaan Ahmad bermula dengan 1,500 saham.

  • 1000 saham adalah untuk Ahmad
  • 500 saham akan dijual dengan harga RM1/saham

Pelabur Haikal pula sedang mencari bisnes yang memerlukan modal. Setelah mengetahui hal ini, dia pun berjumpa dengan Usahawan Ahmad.

Haikal dapat membantu Ahmad dengan cara:

  • Memberi pinjaman, atau,
  • Membeli saham

Setelah membuat kajian tentang perniagaan Ahmad, Haikal mengambil keputusan untuk membeli 500 saham yang dijual oleh Ahmad dengan harga RM1/saham

  • Haikal membayar RM 500 untuk 500 unit saham, sebagai ekuiti.
  • Ahmad menerima RM 500, sebagai modal.

Ahmad kini mempunyai modal sebanyak RM500 untuk memulakan perniagaan.

Apa Yang Berlaku Pada Tahun Pertama

Untuk tahun pertama, berdasarkan laporan kewangan syarikat:

  • Perniagaan mengalami kerugian
  • Dividen saham adalah RM 0.01/saham

Usahawan Ahmad masih tekad untuk meneruskan perniagaan menjual air lemon.

“Ek, eleh dapat RM 5 aje?”

Pelabur Haikal ada dua pilihan,

+ Menjual semua saham dan mendapat dividen sebanyak RM 5
+ Teruskan melabur di syarikat Ahmad

Kerana Haikal percaya perniagaan Ahmad dapat berkembang.

Pelaburan Adalah Untuk Jangka Masa Panjang

Setelah 5 tahun, perniagaan Ahmad telah menjadi semakin kukuh dan mendapat perhatian masyarakat. Orang ramai semakin suka membeli air lemon Ahmad.

Berikut adalah rekod dividen sepanjang 5 tahun perniagaan:

  • Tahun 1 – RM 0.01 / saham
  • Tahun 2 – RM 0.06 / saham
  • Tahun 3 – RM 0.20 / saham
  • Tahun 4 – RM 0.41 / saham
  • Tahun 5 – RM 1.00 / saham

Setelah 5 tahun, jumlah dividen yang diterima oleh Pelabur Haikal adalah RM 1.68 sesaham, bersamaan dengan RM 840.

Modalnya permulaan cuma RM 500.

Kenapa Pelabur Haikal Layak Menerima Duit Sebanyak Itu ?

Pelaburan berbeza dengan meminjam wang.

Risiko yang ada dalam pelaburan adalah lebih tinggi.

Kita akan bersama dengan jatuh bangun perniagaan tersebut. Perniagaan untung, kita untung. Perniagaan rugi, kita rugi.
.

Terima kasih Bill Ackman, kerana membantu saya memahami sedikit sebanyak tentang perkara ini!

About the author: Young Padawan di planet Pakdi.net

Comments on this entry are closed.