Bagaimana Nak Tahu Unit Trust Yang Patuh Shariah ?

Ini adalah tambahan untuk nota berikut.

Sila baca dahulu nota ini:

Bagaimana Nak Tahu Sesuatu Produk Kewangan itu Patuh Shariah Atau Tidak?

Nota ini adalah spesifik untuk tuan yang bertanyakan bagaimana untuk tahu sesuatu unit trust itu patuh Shariah atau pun tidak. Maka caranya adalah sila semak prospektus untuk dana tersebut.

Prospektus ini boleh diperoleh dari ejen yang datang mempromosikan atau cari sendiri di laman web syarikat pengurus dana tersebut. Ini adalah contohnya.

Cari siapakah panel penasihat Shariah yang dilantik untuk fund tersebut. Ada nombor telefon yang dapat dihubungi untuk mengesahkannya. Sekiranya nak tahu lebih terperinci, maka dalam prospektus ada laporan khas mengenainya seperti berikut:

About the author: Suzardi Maulan merupakan seorang licensed financial planner. Beliau menawarkan total solution investment plan secara Islami kepada klien supaya mereka tidak perlu lagi bimbang, financially.

Comments on this entry are closed.