Bagaimana Nak Tahu Sesuatu Skim Pelaburan Itu Menipu Atau Tidak ?

alert

Nota untuk kita-kita.

Yang sayang orang-orang di sekeliling kita.

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sentiasa memberi amaran dan mengemaskini senarai skim-skim pelaburan tidak berlesen. Selalunya pelaburan sebegini menjanjikan untung setiap hari, minggu dan bulanan dan peserta hanya perlu goyang kaki tunggu duit masuk.

Orang yang kentut pun tak mahu mengaku dia kentut di khalayak ramai, ini kan pula orang-orang yang memang mahu menipu duit orang ramai. Selalunya di laman sosial mereka berbuat begini:

  • Gambar berdiri atas kereta sport.
  • Tayang duit.
  • Kononnya ada selebriti sokong.
  • Kononnya ramai ustaz join.
  • Kononnya Dato Tan Sri Tun pun masuk

Skim peleburan ini menyebabkan orang-orang yang kita sayang menambahkan hutang mereka semata-mata mengejar harapan palsu yang diberikan. Akhirnya, duit lesap seterusnya dibebani hutang keliling pinggang.

Sila klik link-link di bawah untuk mendapatkan maklumat tersebut ya:

BNM; Financial Consumer Alert
SC: Investor Alerts

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.