Bagaimana Nak Tahu Sesuatu Produk Kewangan itu Patuh Shariah Atau Tidak?

benki

Di Malaysia, dunia kewangannya ada 2 sistem.

Satu sistem Islam, satu sistem konvensional.

Jadi ada institusi kewangan yang disebut full fledged (100% patuh Shariah) macam

  1. Bank Islam
  2. Bank Muamalat,
  3. al-Rajhi Bank
  4. Kuwait Finance House
  5. Asian Finance Bank
  6. Bank Rakyat

Manakala ada institusi kewangan yang cuma subsidiari sahaja yang 100% patuh Shariah, tapi aktiviti syarikat kumpulannya tidak. Maybank Islamic (bawah Maybank Group), CIMB Islamic (CIMB Group), Public Islamic (Public Bank Group) dan seterusnya. Senarai penuh adalah:

  1. Affin Islamic
  2. Alliance Islamic
  3. AmIslamic
  4. CIMB Islamic
  5. HSBC Amanah
  6. Hong Leong Islamic
  7. Maybank Islamic
  8. OCBC al-Amin
  9. Public Islamic
  10. RHB Islamic
  11. Standard Chartered Saadiq.

Tengok Nama

Secara umumnya, untuk kenal pasti sama ada sesuatu produk bank itu patuh Shariah atau tidak, produk tu ada “al-” di hadapan, dengan nama-nama berbunyi Arab atau ada “-i” di belakangnya macam Current Account-i, Cashline-i dan Home Financing-i.

(iPhone, iPad dan iPod? he he he)

Untuk unit trust, selalunya ada “al-” di hadapannya. Nama-nama yang berbunyi Arab.

Untuk tujuan perlindungan, beli dari syarikat takaful dan bukannya syarikat insurans. Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Prudential BSN Takaful.

Letterhead Surat & Perjanjian

Pastikan apa-apa dokumen yang kita tandatangan, header surat, perjanjian dan tempat tandatangan ada tertulis nama perbankan Islam, nama syarikat takaful misalnya.

Kalau Prudential sahaja, AIA sahaja atau Great Eastern sahaja tanpa ada perkataan takaful, maka itu maksudnya produk insurans. Untuk bank, sila rujuk nama bank yang disenaraikan di atas atau rujuk panduan di bawah.

Senarai Rasmi dari Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti

Berikut adalah senarai untuk rujukan:

1. Senarai perbankan Islam di Malaysia
2. Senarai syarikat takaful di Malaysia
3. Senarai dana patuh Shariah di Malaysia.
4. Senarai saham patuh Shariah di Malaysia

Website Bank

Untuk lebih spesifik, buka Google dan search nama institusi Islamik.

Misalnya, nak tahu Maybank Silver Investment Account tu Islamic ke tidak?

CIMB Gold Investment Account tu Islamic ke tidak?

Maka, untuk kes seperti di atas;

1. Search Maybank Islamic atau CIMB Islamic.
2. Cari dalam website mereka produk yang kita mahu tahu.
3. Jika ada, ia patuh Shariah. Jika tiada, ia tidak patuh Shariah.

Semoga panduan ini dapat membantu kalian menguruskan wang secara halal.

Bacaan Lanjut:

  1. Sekiranya Tuan Diberitahu Sesuatu Pelaburan Itu Halal, Pastikan Wujud Panel Penasihat Shariah
  2. Cara Semak Status Saham Patuh Shariah Di Bursa Malaysia

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

23 comments… add one
  • Ameen Oct 24, 2012

    Biasa2 kan juga memahami aqad yang digunakan bagi satu2 produk islamik atau dana patuh Syariah. Bagi produk islamik perbankan dan takaful, ianya ada dijelaskan dalam Product Disclosure Sheet di website produk perbankan islamik / pengendali takaful yang berkenaan. Bagi dana patuh Syariah pula rajin2 baca prospektus bagi memahami konsep pelaburan dan aqad Syariah yang diaplikasikan.

    • Suzardi Maulan Oct 25, 2012

      Betul. Terbaik.

  • ilyas Oct 25, 2012

    terima kasih pakdi…

  • ilyas Oct 25, 2012

    thanks pakdi..

  • Akmal Oct 25, 2012

    Terbaik Pakdi

  • Arrazi Nov 20, 2012

    Tips yang mudah Pak Di. Semoga rezeki yg dimakan menjadi halal dan diberkati oleh Allah

  • WRizuan Dec 20, 2012

    Baru la jelas 🙂 thanks

  • titan Apr 17, 2013

    iphone memang tak kiralah. haha

  • wan Apr 27, 2013

    salam pakdi,

    syarikat tmpt sy bekerja menyediakan benefit fullfledge insurance (ING) kps staff & keluarga staff, di mana saya rasa ianya adalah insurans konvensional.

    apakah hukumnya? adakah hukum ini di antara syarikat dan penyedia insurans sbb staff tak mencarum pun. hanya menerima benefit yang disediakan oleh syarikat.

    mohon penjelasan

  • mujahidah wa syuhada May 29, 2013

    asslm..produk insurans islam ni mcmne yer lbh bg sedikit penerangan……

  • mujahidah wa syuhada May 29, 2013

    Produk insurans Islam ni mcmne bleh bg penerangan x??…..

    • anuar safian Sep 3, 2013

      Saya lebuh prefer perkataan Takaful dari Insuran Islam. Kerana ‘insuran’ itu sendiri adalah haram, ditambah pula dengan perkataan Islam maka akan bercelaru. So lebih baik guna Takaful, jenamakan produk Takaful melalui namanya..

  • Fahira Fauzi Jan 8, 2014

    terima kasih pakdi

  • jaishah Apr 9, 2014

    T ksh ats prkongsian, byk sgt manfaat yg diperolehi,jazakumullah…
    Saya nk tnya pakdi ttg florex,apa pndpt pakdi halal ke tak?

  • Tariq Fuad Sep 15, 2014

    Assalamualaikum Pak Di,
    1. Bagaimana dengan produk yang dikeluarkan oleh perbankan islam yg hanya subsidiari saja patuh syariah tu?adakah halal?

    2. Bagaimana kita hendak tahu sesuatu bank itu full fledged atau tidak?
    Terima kasih.

  • wani88 Sep 26, 2014

    alamak,mcmn ye..sy dh join kat CIMB-ASB BIJAK..dah 2 tahun dh..sebulan potong dlm beberapa ratus la..so every 3years baru boleh amek dividen sahaja..after years baru boleh kluarkan semua..so mcmna ye?boleh explain tak..is it melanggar hukum?takutlaa..

  • hazlin Dec 31, 2014

    Aslmkm Tn.Pakdi..
    Mohon masukkan Great Eastern Takaful sbg salah satu syarikat takaful di Msia..spt yg ada dlm website BNM..
    Ramai yg masih tertanya2..
    Terima kasih tuan.

  • Razli Nov 25, 2015

    Teruskan perjuangan!

  • Shah May 25, 2016

    Assalamualaikum.
    Sekarang saya confuse tentang Takaful n Konvensional, ada yg satu company ada kedua-duanya. Agent boleh jual Takaful n Konvensional, konvension @ annual dinner mereka bercampur.. dah mcm bercampur menjadi satu.

    Dibolehkan ke lercampuran itu @ nama Takaful just marketing plan untuk menarik pembeli Muslim.

  • Yaya Jul 18, 2016

    Apa hukum membuat loan dgn cimb islamik.. mksud nya blh @ x ?

Leave a Comment