Bagaimana Nak Tahu Sesuatu IPO Itu Patuh Shariah Atau Tidak ?

opz

“Macam mana nak tahu IPO tu halal ke tidak?”

Status halal sesuatu IPO agak ‘tricky’ kerana ia tidak disahkan lagi oleh Suruhanjaya Sekuriti sehinggalah penyenaraiannya selesai dan selamat didagangkan.

Berikut adalah komen yang dapat membantu dari Facebook:

Jadi, saya rumuskan panduan yang kita dapat buat – terima kasih Ustaz Adi Hanif Wafa.

Panduan Menyemak Status Halal IPO

1. Sila dapatkan prospektus syarikat tersebut.

Hari ini prospektus dapat diperoleh secara online (muat turun fail berbentuk PDF).

Jika tidak pasti sila berhubung dengan syarikat broker, jabatan ‘investor relations’ syarikat tersebut dan pihak berwajib seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

2. Jika prospektus tidak menyatakan hal patuh Shariah, maka dapat rujuk dengan syarikat broker kerana ada syarikat broker seperti BIMBSEC yang membuat semakan awal untuk perkara sedemikian.

3. Kalau masih gagal juga mendapatkan status halal IPO, maka kalian disarankan untuk tidak membelinya terlebih dahulu sehinggalah wujud keyakinan melalui pengesahan statusnya melalui Suruhanjaya Sekuriti.

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

3 comments… add one

Leave a Comment