Bagaimana Nak Tahu MLM Itu Scam Atau Tidak ?

alert

Nota untuk kita-kita.

Yang sayang orang-orang di sekeliling kita.

Sesebuah syarikat jualan langsung bertingkat juga dikenali sebagai multi-level marketing (MLM) ini perlulah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Jadi, itulah langkah pertama yang perlu dibuat iaitu membuat semakan sendiri apakah sesebuah syarikat itu mempunyai lesen jualan langsung. Semakan ini dapat dibuat dengan berhubung terus dengan pihak kementerian melalui laman web mereka — Portal Rasmi KPDNKK

Selain KPDNKK, semakan / aduan juga dapat dibuat menerusi Direct Selling Association of Malaysia (DSAM). Ini laman web mereka — DSAM

Seterusnya menurut Direct Selling Association of Malaysia, sila berwaspada terhadap kaedah-kaedah promosi berikut.

  • Apabila ada syarikat MLM yang meminta ahli supaya buat pembiayaan peribadi. Ini tidak betul.
  • Apabila ada syarikat MLM yang menjual keahlian + starter kit lebih dari RM 200. Kalau mahal selalunya tidak betul.
  • Apabila ada syarikat MLM yang menyatakan tuan dapat untung sebab usaha mendapatkan ahli baru, itu salah dan melanggar undang-undang.

Apabila seseorang itu menyertai skim-skim jualan langsung / MLM yang sedemikian selalunya mereka menjadi lebih miskin dari sebelum menyertai mana-mana syarikat. Keuntungan patut datang dari jualan produk sahaja.

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<

Comments on this entry are closed.