Bagaimana Nak Tahu Keuntungan Sebenar Keuntungan Pelaburan Saham & Unit Trust ?

Sebagai pelabur, tuan mesti track setiap pembelian yang dibuat.

Tidak boleh agak-agak lagi. Modalnya berapa, untungnya berapa ?

Pelabur tegar akan melakukan tracking seperti ini:

  • Tarikh beli
  • Harga beli
  • Jumlah unit
  • Kos; brokerage fee / clearing fee / sales charge
  • GST
  • Jumlah dividen yang diterima
  • Catatan sebarang aktiviti korporat seperti share split, right issuance, spin off dan sebagainya.

Selepas jual catat perkara yang sama:

  • Tarikh jual
  • Harga jual
  • Kos; brokerage fee / clearing fee / sales charge
  • GST

Selepas itu kiralah return on investment (ROI).

Selepas tuan mendapat kiraan total ROI, kiraan seterusnya ialah return secara terkompaun juga disebut sebagai compound annual growth rate (CAGR).

Jangan guna kiraan pulangan purata kerana ia tidak menggambarkan return yang sebenar.

Pulangan Purata vs Pulangan Terkompaun

Pulangan purata 15% berbeza dengan pulangan terkompaun 15%.

Pelabur tegar tahu perbezaan kiraan pulangan purata (average return) dengan pulangan terkompaun (compounded return).

Satu hari misalnya tuan mendengar ada kawan berkata.

_______ [isi tempat kosong] bagi untung 150% dalam tempoh 10 tahun.”

Maksudnya, modal RM 10 ribu berkembang menjadi RM 25 ribu.

Wow. 150%!

Tuan pun berkira-kira. 150% ÷ 10 = 15% setahun! Wow. Wow.

Mengukur prestasi pelaburan secara ROI purata sebegitu untuk membuat perbandingan adalah tidak tepat. Gunalah ROI terkompaun. Dalam contoh di atas ROI terkompaun adalah 9.6% sahaja.

Tuan Razali Razman ada menerangkan dengan lebih terperinci kenapa kiraan pulangan secara purata adalah tidak tepat. Sila baca nota yang disediakan oleh beliau:

Mengapa Kiraan Pulangan Purata Tidak Tepat ?
.

Sekiranya tidak pasti, tuan dapat merujuk kepada mana-mana independent financial planner supaya dia dapat membuat pengiraan keuntungan pelaburan seterusnya memberikan second opinion terhadap usaha yang telah tuan buat selama ini apakah ianya pelaburan yang untung dan berbaloi.

About the author: Suzardi Maulan merupakan seorang licensed financial planner. Beliau menawarkan total solution investment plan secara Islami kepada klien supaya mereka tidak perlu lagi bimbang, financially.

Comments on this entry are closed.