Bagaimana Nak Selesaikan Hutang ?

61hutang

Hutang kad kredit.
Hutang rumah.
Hutang pelajaran.
Hutang kereta.
Hutang kahwin.

Macam-macam hutang keliling pinggang.

Untuk selesaikan hutang, ada 5 langkah utama yang perlu kita lalui:

1. Akui masalah

Jangan lari dari masalah.

Kita ada hutang. Kita kena catat semua hutang. Kita kena tengok jumlah-jumlah hutang yang kita telah kumpul dengan sedar atau tidak sedar selama ini.

Kita kena hadapi kenyataan. Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Tulis semua hutang dan akui kesilapan lepas dan bersedia untuk memulakan hidup baru.

Ini adalah langkah paling penting dalam proses untuk keluar dari masalah belenggu hutang.

Benar, kita akan rasa teruk. Rasa down. Rasa hidup dah tidak berguna. Tapi itulah prosesnya.

2. Berhenti berhutang

Jangan tambah hutang.

Cukuplah dengan hutang yang ada.

Macam Lagu Salleh Yaacob, “Gali lubang tutup lubang.

Jika kita tak dapat uruskan hutang sedia ada, apakah ada jaminan kita dapat uruskan hutang yang baru pula?

3a. Kawal perbelanjaan

Budgeting.

Memang remeh dan menyusahkan.

Tetapi ia amat penting. Plan beanja dan catat semua ringgit dan sen yang keluar.

Jika kita tidak mempunyai catatan, maka sekarang adalah masa untuk mencatat. Kumpul resit, bawa buku catatan kecil dalam poket atau beg tangan dan mula berjimat cermat.

Kita kena tahu tabiat perbelanjaan kita. Tanpa catatan, kita tak tahu di mana kita dapat baiki.

Setiap sen yang keluar mesti dicatat. Beli air mineral, coklat, surat khabar. Semua. Tiada pengecualian. Selepas sebulan, jumlah & perkara yang paling mengejutkan kita itu adalah perkara utama yang perlu kita potong dan kawal.

3b. Tambah pendapatan

Hanya jika kita tahu cara memulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan.

Jika kita perlu buat bisnes / pelaburan yang perlu kita tambah hutang. Lupakan.

Tekanan hutang keliling pinggan yang sedia ada itu sudah cukup besar. Mampukah kita menghadapi tekanan hutang bisnes baru pula?

Sila buat bisnes yang modalnya sangat rendah sahaja. Kalau tidak tahu, jangan buat langsung. Tumpukan proses #3a sahaja.

4a. Do-it-yourself (DIY)

Buat sendiri jika mampu.

Jika kita jenis yang dapat menguruskan sendiri, maka sila dapatkan buku-buku berkaitan pengurusan hutang yang ada di pasaran. Ada made in Malaysia. Ada dari negara lain. Prinsip yang mereka kongsi adalah sama. Aplikasi sahaja berbeza.

Jangan cari cara paling perfect. Jangan cari cara paling mudah. Jangan cari jalan yang menjanjikan 100% berjaya. Tidak wujud benda macam tu. Cari cara yang kita paling selesa dengan diri sendiri.

4b. Dapatkan bantuan pakar

Jika kita tak dapat urus sendiri, dapatkan bantuan.

Maka sila berhubung dengan organisasi yang ada menawarkan khidmat kaunseling hutang. Yang paling popular (dan percuma) di Malaysia adalah Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).

Namun dengan organisasi lain dan perunding kewangan, kena faham mereka ada kos tersendiri.

5. Sila ikut sepenuhnya plan setel hutang

Disiplin.

Tiada alasan.

Macam orang sakit. Mana boleh terus sihat lepas jumpa doktor. Ada jadualnya. Ada ubatnya. Banyak pengorbanannya macam kena jaga makan, kena bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

Itulah pentingnya lalui proses #1 di atas.

Pengorbanan.

No pain, no gain.
.

Mahukah tuan mengetahui cara-cara untuk mempunyai lebihan duit setiap bulan supaya mempunyai tabungan khas untuk keluar dari beban hutang ? Sila klik link yang diberikan di bawah untuk maklumat lanjut.

Klik sini –> www.panduancashflow.com

Comments on this entry are closed.